Tone Excel

Sunday, June 1, 2014

Pengalaman Ibu 4 : Burung Besar

Hai dah lama tak tulis blog ada dalam 4 hari kot.. huhuhuh mula-mula ingat nak tulis pengalamn kat Kellie's Castle tapi tak berkesempatan last-last tengok labu sayung jer lah hahahhaha. Kellie's Castle anganku musnah .... yang tinggal hanyalah Kellie's Custard.. sedap gak makan custard hujung-hujung minggu neh.. nak2 custard jagung simple jer.. k lah berbalik dengan pengalaman Ibu.. ada beberapa lagi pengalaman Ibu yang belom habis lagi dikongsi.

Esok aku akan share tentang pengalaman ibu tentang perjalanan nya kat tanah kubur.. boleh tahan gak lah seram nya tau...


Korang pernah nampak  burung bangau atau burung unta? Kalau tak pernah tolong google sekarang...




Dah-dah tak payah google.. lambat.. nah aku tunjukkan yang atas neh burung bangau k?
yang kat bawah neh burung unta.. seksi tak burung unta neh? seksi kan? aummm.... hahhahaha



K lah mengarut jer aku neh... kalau korang perhatikan antara gambar Burung Unta dengan Burung Bangau,, Burung Bangau kaler putih tapi kecik sikit dari Burung Unta, sebaliknya Burung Unta bulu berwarna coklat kehitaman dan lebih besar dari Burung Bangau.

Katakanlah bulu Burung Unta tuh kaler putih tiba-tiba korang nampak tengah-tengah malam.. apa yang korang fikirkan? mungkin korang masih ingat burung lagi kan? tapi kalau burung besar tuh terbang tinggi dan berpusing-pusing keliling korang?

Sebenarnya selain dari Pengalaman Ibu neh, aku pernah dengar beberapa pengalaman orang yang berkongsi di Misteri Jam 12.. tiap kali kalau diorang nampak 'benda tuh' mula-mula diorang ingat Burung Bangau.. tapi diorang akan pelik ,, kalau Burung  Bangau atau Burung Unta sekalipun, boleh ker dorang terbang dari tanah ke puncak pokok ketapang atau pokok beringin??? ok lah mungkin normal.. cuba bayangkan korang duduk apartment, tiba-tiba tengah malam korang nampak burung besar tuh terbang dari bawah ke atas, dari tingkat 'Ground floor' ke Tingkat 12.. tinggi tak? apa korang fikir waktu tuh? huhuhu

Oklah berbalik pengalamn ibu, sebelom aku dengar cerita ibu neh aku pernah dengar banyak cerita tentang pengalaman orang yang berjumpa dengan burung besar ini yang meragukan. Menurut Ibu, ada satu malam Ibu ternampak Burung Besar neh,, mula-mula ibu ingat Burung Bangau.. tapi Ibu berasa pelik bila Burung Bangau neh warna matanya merah,,

Burung Besar tuh macam faham yang Ibu dah tahu 'dia' tuh siapa, sengaja jer makhluk tuh pusingkan kepala dia 360 darjah .. huhuhuhu

Then, dia terbang plak keliling Ibu.

Sebenarnya, aku pon macam pernah ternampak kelibat Burung besar neh kat satu tempat.. tapi aku just buat bodoh.. sebab aku rasa dia cuma burung.. kepada korang yang pernah terlihat kelibat burung besar neh malam-malam berhati-hati lah.. jangan mulut tuh cabul nak menegur ke apa.. kang tak pasal-pasal dia tunjuk diri dia yang sebenar..

tapi, kalau korang masuk "Night Safari" kat Zoo tuh tolong pertimbangkanlah bila korang ternampak "Burung Besar" tengah-tengah malam kat dalam zoo yek heheheh...




Sumber Foto :

1) Burung Bangau

http://1.bp.blogspot.com/-3rvFECr1ek0/UdZw4ba6y1I/AAAAAAAAO9Y/mbY0zU16HFo/s631/Gambar+3.0.jpg

2) Burung Unta

http://4.bp.blogspot.com/-hdGdZ-q5gFE/Tz6FO51volI/AAAAAAAADpU/lalCz9Q-4EI/s1600/Burung+Unta.jpg


No comments:

Post a Comment