Kaitan Kayap dengan Sihir.

Cerita neh, sudah bertahun berlalu. Terjadi dalam saudara terdekat aku jugak.. Cuma aku agak terkilan, Mak Saudara aku neh meninggal dalam usia yang muda.. Dia bukanlah adik beradik kandung mak aku.. Tapi sepupu dengan mak aku.. Kalau sepupu mak aku,, kira pangkat mak sedara gak lah.. Tapi walaupun dia pangkat mak sedara  dengan aku, aku dah terbiasa panggil dia akak,, biarlah aku namakan dia sebagai Kak Iza.



Aku tak nafikan, Kak Iza seorang yang berada.. Rasanya tak keterlaluan kalau aku cakap dia kaya. Cerita bermula bila Kak Iza 'renovate' rumah dia.. Faham-faham jer lah,, renovate rumah neh bukan macam beli ikan, sayur kat pasar harganya.. makan puluh2 ribu gak.. Tambahan pulak rumah dia tuh 'double storey' mungkin boleh makan ratus ribu kot.

Ngam2 lepas dia 'renovate' rumah. tiba-tiba ada satu makhluk neh, dia bukan islam tapi tak payah lah aku sebut apa kaum dia,, takut nanti jadi isu perkauman lak, datang jumpe Kak Iza sebab nak pinjam duit .. memang Kak Iza tak dapat tolong.. Tapi orang tuh tak marah.. Tapi dia tepuk2 belakang Kak Iza sambil kata "Tak pe, Tak pe".

Lepastuh, Kak Iza tiba2 terkena penyakit kulit.. Sorry cakap, ada yang kata kayap.. terlalu teruk keadaan dia,, aku tak tengok dia masa tuh,, tapi dengar cerita saudara aku yang lain,, sampai berdarah-darah muka dia sebabkan penyakit kulit yang dideritainya tuh.

Agak lama gak dia berubat dengan hospital.. berjumpa pakar perubatan modern.. pernah gak adik Kak Iza, suruh dia berubat dengan Pakar Perubatan Tradisional, sebab macam tak ada kesudahan jer.. Tapi Kak Iza cakap, "Sorry lah aku tak nak berubat dengan Bomoh, takut nanti boleh jadi syirik"..

Bukan setakat adiknya sahaja, malahan doktor yang merawat dia tuh pon sampai leh cakap "Saya rasa, cuba awak berubat dengan pakar perubatan tradisional pulak, bukan apa, saya pon percaya sihir neh wujud"..

Tapi Kak Iza tetap tak nak,,  beberapa hari sebelum Kak Iza meninggal dunia, dia pernah cakap "Aku tak nak mati,  kalau aku mati, macam mana dengan anak2 aku? diorang kecik lagi "..

Beberapa bukti yang menguatkan dakwaan yang Kak Iza disihir bila adik dia terperasan, dekat belakang Kak Iza ada bekas tapak tangan.. mungkin tapak tangan orang yang cuba nak pinjam duit dekat Kak Iza tu kot,, tegas adik Kak Iza..

Selain itu, masa malam kematian Kak Iza, adik Kak Iza lepas bacakan Yaasin dia tergerak hati nak tengok belakang Kak Iza, yang peliknya bile dia tengok, kesan telapak tangan tuh dah tak ada lagi.. Bukan kesan tapak tangan tu jer.. malahan kulit Arwah Kak Iza pon macam sedia kala, tak ada lagi tanda-tanda kayap tuh.. itulah yang menguatkan statement adik kak Iza, bahawa Kak Iza disihir,, mungkin dendam atau niat orang tuh dah terbalas bila Kak Iza mati,, barulah Kayap tu hilang..

hurm..  buat yang tak tahu penyakit kayap tuh macam mane,, boleh lah tengok gambar kat bawah neh..
Sumber Foto : Encik Google


Comments

  1. Suami akk tengah mengalami penyakit kayap ni sekarang. Orang hantar...sekarang tengah berubat

    ReplyDelete
  2. saya pun terkena kayap,sudah berbulan...tak baik2 lgi...kulit muka sudah kering tpi dalaman masih sakit lgi...saya sudah putus asa...

    ReplyDelete
  3. Saya pun sedang mengalami kayap. Mcm2 ikhtiar dah cuba tapi masih belum ada tanda sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapa saya sedang alami sakit kayap ni , mcm2 ubat dah cuba , , masih mencari jalan penyelesian

      Delete
  4. KAYAP NI, KENA PAKAI CARA KAMPUNG. LAWAN DIA DENGAN AIR TAWAR DAN BEDAK SEJUK. SEBAB KAYAP NI PANAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERUBAT LA SEBELUM TERLAMBAT, LAGI2 KAYAP ULAR BOLEH BAWA MAUT. INGAT UBAT KAMPUNG JE. UBAT FARMASI OR HOSPITAL TAK JALAN.

      Delete
  5. Rawatan kaedah Ruqyah dan rawatan sains perlu buat seiringan. Jangan bendul sangat ikut jer apa diajar sains. Sains apa yang kita nampak di alam fizikal, alam ghaib kena kaedah lain

    ReplyDelete
  6. betullah dakwaan saya yg kayap ni ada kena mengena dengan makhluk halus.. sebab bila mak say ubatkan org, mak saya dpt rasa sakit sekali.. seolah2 benda tu tak bagi mak saya ubatkan dia hm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts