Ilmu Pukau Pak Arab


Tadi bila aku dengar Misteri Jam 12 kat Youtube yang tarikh 05/11/2013 aku jadi tertarik nak share pasal pengalaman pukau yang aku pernah alami sendiri.

Dua kali aku di pukau. Aku bercerita cuma untuk sesiapa yang baca blog aku neh lebih hati-hati. Modus operandi memang sama, dan apa yang aku perasan pelaku tu memang orang dari Asia Barat, kalau tak orang Arab mungkin Iran macam tu lah.. sebab aku boleh perasan dari Bahasa Inggeris yang digunakan.




Pertama kali berlaku dalam hidup aku masa tu aku kerja sambilan dekat stesen pam minyak Petronas kat Alam Megah, masa tuh baru lepas SPM, sementara tunggu keputusan peperiksaan dan universiti aku kerja part time. Aku jadi cashier masa tuh, Aku ingat lagi, masa tuh waktu petang, kira waktu tengah orang ramai, orang dah balik keje & budak -budak dah balik sekolah memang orang tengah ramai nak isik minyak, tiba-tiba ada satu Pak Arab neh datang kat kaunter aku, macam tengah pegang barang-barang nak bayar, tak silap aku dia beli roti dengan air, aku nak pulangkan baki tapi dalam masa yang sama dia tanye aku soalan yang agak pelik, aku ade tak notes (duit kertas) yang nombor siri mule dengan Huruf Z. Masa tu aku agak bodoh, aku pon cariklah wang kertas yang ade huruf Z, lepastu bile dah takde, melarat-larat dia nak huruf lain lak.. Last-last notes yang dia mintak tu memang takder. Nak dijadikan cerita, masa aku tengah buat closing aku perasan duit aku short RM200??? Oh My...... English...!!!

Aku kira berkali-kali, sampaikan boss & supervisor aku pon turut sama-sama check kemana pergi duit tersebut, mungkin aku salah kira ker.. Masa tu dah berapa bulan aku kerja, memang tak pernah lah aku short sampai banyak tuh.. paling banyak pon lah kalau aku short pon, tak pernah lebih RM10, dari apa yang aku ingatlah sepanjang aku kerja disana..

Aku menangis.. yer lah RM200, bagi orang miskin macam aku neh memang besar nilai tuh,, RM200 tuh ntah untuk gaji aku berapa hari kerja ntah..  Haish!

Lepastu tengah aku nangis, tiba-tiba boss aku tanya, ada tak orang pelik-pelik macam Pak Arab ker datang kat sini? Tiba-tiba aku teringat, memang ada satu Pak Arab  datang kat aku mintak tukar notes yang pelik-pelik.. Boss aku terus cakap, hah!! aku dah terkena pukau. Sebab, sebelum kes aku neh memang kawan-kawan aku yang lain pernah kena gak.. Member aku dulu lagi kesian, ade kena sampai RM500 pon ade..

Aku menangis..
Aku menangis bukan sebab nak mintak simpati, tapi aku menangis sebab aku rasa geram yang teramat sangat kat Pak Arab tuh, sambil aku fikir dalam hati, kalau aku jumpa Pak Arab tuh, memang aku HABIS kan dia kat situ jugak!! aku takde nyer nak bawak pergi report polis ke aper.. betul aku cakap.. Geram gila babi aku masa tuh, sampaikan babi pon tak gila macam aku masa tuh! huh!

Lepastu boss aku pon playback CCTV untuk pastikan cerita aku, lepastuh boss aku slow talk dengan aku, masa tuh rakan-rakan setugas aku yang lain memang tak de,, masa tuh aku dalam bilik ofis dia, dia cakap, disebabkan aku tak pernah short sampai macam neh, jadi dia kata untuk kali neh, dia cakap takpelah, dia tak kan potong gaji aku. Biar dia tanggung shortage untuk hari tuh.

Tapi dia cuma mintak aku berhati-hati, katanya lepasneh ade beberapa cara untuk elakkan pukau..

1) Jangan pandang mata, kalau boleh masa berborak tuh pandang mata dia sekejap-kejap jer, sebab yer lah, dah nama pon customer, tak kan kita nak borak tanpa pandang muka dia, macam kurang sopan lak kan?. Kalau ape pon pandang batang hidung ker, mulut ker, kalau boleh elakkan eye contact terlalu lama.

2) Kadang-kadang ayat2 pukau neh boleh datang dalam bentuk nyaynyian. kadang-kadang mungkin kita pernah terdengar, lagu ape lah yang dinyanyi mamat/minah neh? macam biol jer.. woish!! biol-biol pon dia, lepastuh korang pon boleh jadi biol gak kalau termakan dengan korang lagu/ayat pukau tuh..

3) Lagi satu, kadang-kadang diorang neh suruh korang buat bende pelik2 contoh macam aku lah, dia nak notes yang ade huruf tu lah, ni lah.

Ok berbalik pulak pasal pengalaman aku, pengalaman kedua yang aku alami masa tuh aku kerja kat Mid Valley, masa tuh aku promoter, masa tuh aku kerja kat Galeri kraftangan, macam jual souvenir , normally customer aku memang foreigner, jarang orang Malaysia beli barang kat kedai kitorang, sebab barang-barang dia  memang mahal. kalau ade orang malysia beli pon, normally orang cina.

Masa tuh, aku shift petang, aku ingat masa tuh dah pukul 8 malam ke atas, suasana pon sunyi, masa tuh aku sorang jer dalam Galeri, aku perasan ada Pak Arab neh masuk, mula-mula nampak macam biasa , dia borak dengan aku tanya, barang neh semua buat dari mana lah, ape lah, tiba-tiba dia cakap dia berminat nak beli barang kat kedai aku, tapi dengan syarat dia nak notes yang ade huruf-huruf tertentu, Yang aku ni bodoh, mungkin aku dah lupa apa yang terjadi masa aku kerja kat Stesen Pam Petronas dulu, aku pon pergi bukak aku punye cash register secara manual, semata-mata nak carik notes yang dia nak tuh, yer lah, nanty aku ade sale, bile ade sale barulah ade komisyen. Mule-mule aku tunjukkan dia notes RM10, lepastuh notes yang dia nak tu tak der,, lepastuh boleh lak dia mintak nak tengok notes RM50.. leapstuh TAP!! terus aku teringat, pasal pengalaman aku kat Petronas, aku cepat-cepat tutup balik cash register aku, aku terus meluru ke pintu luar, mata aku liar mencarik security yang ronda kawasan aku waktu tuh,, Pak Arab tuh merayu-rayu dia siap cakap "Please Sister.." dalam hati aku, bile masa pulak bapak aku kawin dengan mak kau!! yang kau dok panggil aku sister neh,, aku terus bertegas cakap, aku takde duit RM50.. Yer lah pelik,, kata nak beli barang,, kalau nak pecah duit, kenapa nak tengok RM50 plak???

Pak Arab tuh semakin berani datang dekat dengan aku "Please Sister, I need that notes, please look into my eyes".. Eh what the F aku nak tengok mata kau. Aku terus berani cakap, "Better you go off, otherwise I will shout now!!!".. barulah Pak Arab tuh blah!! Lepastuh aku panggil jiran-jiran aku datang masuk dalam kedai aku, aku mintak diorang tunggu kat situ jugak, sementara aku tengah nak kira duit,, aku nak pastikan yang duit aku ada berapa masa tuh, Nasib baik cuma short dalam belas2 ringgit.. tak sampai RM20 pon seingat aku. Mungkin kesilapan aku atau pon Pak Arab tuh memang betol2 amik duit aku. Sebab masa tuh, Pak Arab tuh cuma sempat tengok duit RM10, RM1 & RM5 jer... bila dia mintak RM50 nasib baik aku tersedar..


Comments

Popular Posts