Sumpahan Foto Neng Jemah


Neng Jemah (Bukan Nama Sebenar) merupakan seorang Pakar Ilmu Hitam. Neng Jemah bukan sahaja menimbulkan huru hara sewaktu dia hidup, malahan selepas dia meninggal dunia pon dia masih menimbulkan kekacauan.



Selepas Neng Jemah meninggal dunia, orang-orang kampung masih lagi ternampak bayangan/susuk tubuh Neng Jemah.. Hal ini menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan orang kampung, walaupun Neng Jemah sudah tiada.

Akhirnya, selepas orang kampung puas berikhtiar, mereka berjumpa dengan satu pakar. Biarlah aku namakan Pakar tuh, Tok Dali. Menurut Tok Dali, dia tidak mampu untuk melenyapkan gangguan Neng Jemah selamanya,  tetapi apa yang Tok Dali boleh lakukan, mungkin dia boleh memindahkan gangguan atau menukarkan cara gangguan dengan cara individu. Maksudnya, setiap penduduk kampung akan dikacau oleh Neng Jemah secara individu untuk beberapa waktu, kemudian mereka harus 'transfer' gangguan tersebut kepada orang lain.

Tok Dali meminta orang kampung masuk ke dalam rumah Neng Jemah, dan meminta membawa gambar Neng Jemah yang masih ada dalam rumah tersebut. Nasib orang kampung, terjumpa satu gambar Neng Jemah yang tergantung di dinding.

Selepas orang kampung berhasil mendapatkan gambar Neng Jemah, mereka bertemu kembali dengan Tok Dali. Gambar potret Neng Jemah diserahkan kepada Tok Dali. Kemudian Tok Dali, menyerah gambar tersebut kepada salah seorang penduduk kampung untuk menjadi orang pertama yang diganggu oleh Neng Jemah, Tok Dali mengajar :

1) Mula-mula tenung gambar Neng Jemah , fokus pada bahagian mata, sambil membaca satu mentera (bukan mentera sebenar) "Pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok" baca mentera berulang kali sehingga ternampak bayangan Neng Jemah.

2) Kemudian untuk transfer sumpahan Neng Jemah kepada orang lain, orang tersebut haruslah 'passing' gambar Neng Jemah kepada orang lain dengan cara mengajar membaca mantera yang sama. Kemudian barulah sumpahan foto Neng Jemah tersebut hilang daripada orang tersebut.

Mengikut pengalaman orang kampung yang pernah melakukan sumpahan foto Neng Jemah tersebut, bila mereka ternampak bayangan Neng Jemah, mereka akan nampak Neng Jemah datang kepada mereka dengan senyuman (menurut orang kampung, sewaktu hayat Neng Jemah, dia seorang yang kaya dengan senyuman, sentiasa tersenyum), kemudian wajah Neng Jemah akan berubah, mata menjadi merah, dan lidah Neng Jemah akan  menjadi semakin panjang..

Kisah Sumpahan Foto Neng Jemah ini sudah 30 tahun berlalu, tetapi sehingga kini sumpahan ini tidak berakhir, jika dulu orang kampung akan datang kepada sorang demi sorang, dengan cara datang rumah ke rumah, atau bertegur sapa di pasar-pasar ataupun kedai kopi,. Tapi kini, lebih canggih,, menurut mangsa,, SEKARANG NEH FOTO NENG JEMAH DI EMAIL... So, sape2 yang ada terima satu email yang meminta anda membaca mantera tertentu sambil merenung gambar yang di e-mail. berhati-hati.

Walaupun blog ini hanya satu hiburan, tiada bukti secara visual ataupun audio untuk membenarkan dakwaan ini, tapi rasanya tak salah jika kita mengambil langkah  berjaga-jaga.

Comments

Popular Posts