Misteri Kematian Nike Ardilla

Hai, lama gak aku tak tulis blog.. Tapi bila tengok page view , tiap-tiap hari ada je pengunjung. Terima Kasih banyak bagi yang suka baca blog neh. Walaupun nama saya tak lah sepopular Hanis Zalikha dan sebagainya,, Saya Bangga Dengan Cara Saya.. Walaupun ada jugak yang menasihati supaya saya buat blog-blog lain macam tips ker, tutorial bertudung ker.. supaya rating tinggi. Senang nak dapat job menulis,, sebenarnya sebelum saya menceburkan diri dalam penulisan blog Selangkah, Dua Langkah, Tiga Langkah ke Alam Misteri neh saya pernah tulis blog blog lain. Tapi idea tuh tak berapa nak ada..  Lama-lama sejak buat blog neh lah yang ramai orang baca dan ada jer bahan untuk penulisan. kalau takde dok diam jer lah..


Saya cuma terharu, ingat dah beberapa minggu tak tulis blog,, mesti tak ada visitor,, tapi tengok menjangkau ribuan orang.. Terima kasih banyak-banyak kepada yang support saya.  Nak bagi BR1M sorang RM100 takde duit,, maka saya hanya mampu ucapkan terima kasih.

Macam sekarang neh, memang tak ada idea tapi bila google, tertarik dengan kisah Kematian Penyanyi Indonesia , Nike Ardilla. Disebabkan terlalu banyak artikel dalam Bahasa Indonesi, maka saya cuba mempersembahkan Kisah Kematian Nike Ardilla neh dengan cara saya sendiri.

 Kalau pergi karaoke, mesti lagu 'Suara Hati' menjadi penggemar pengunjung. Walaupun ramai yang tak boleh bawak dengan lagu tuh.

"Ku Tak Akan Bersuara..
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu
Ku Harapkan..


Ku Tak Akan Menduaka
Walau Kilauan Menggoda
Kasih dan Cintaku
Tetap Utuh Untukmu..


Hanya Ku Pinta Darimu
Setialah Selamanya
Sehingga Abadi
Cinta Ini Sayang
Itu kudoakan

Tak mungkinkan terjadi
Kehancuran Cinta Kita|
Seandainya hatimu
Seperti Hatiku
Seandainya Hatimu
Seperti Hatiku...."


Bukan setakat time karaoke jer, kalau layan lagu neh tengah-tengah malam pon memang syahdu jer rasa..'Touching' dengan lirik dan melodinya yang indah..

Ok lah, sedikit info tentang Nike Ardilla.

Nama : Raden Nike Ratnadilla
Nama Komersial : Nike Ardilla
Tarikh Lahir : 27/12/1975
Tarikh Mati : 19/03/1995
Lokasi Kematian : Jalan Riau (Dulu dikenali dengan R.S Martadinata)
Punca Kematian  :Ok Sebenarnya ada beberapa versi tentang kematian Nike Ardilla.

a) Kematian Kerana Kecuaian (Human Error) 

kemalangan jalan raya selepas melanggar pintu masuk sebuah pejabat Syarikat Nata Usaha Abadi, kerana Nike cuba memintas kereta dihadapannya, tiba-tiba ada satu kereta yang laju datang dari bertentangan arah, memaksa Nike Ardilla terlebih membelok keretanya ke kiri sehingga menyebabkan kecelakaan.


b) Kematian Berunsur Khianat

Sebenarnya sebelum Nike Ardilla meninggal, ada krisi cinta tiga segi antara Nike Ardilla, Enno Sigit (Cucu Perempuan Soeharto bekas Pemimpin Indonesia) dan Tommy Nasution (Anak Lelaki Bekas Gabenor Sumatera, Khairudin Nasution). Kemesraan Nike Ardilla dan Tommy Nasution pernah dilihat sendiri oleh Enno Sigit dan kawannya Ramon. Menurut Ramon, walaupun Enno tak marah, tapi dari raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia tak sukalah tengok 'boyfriend' dia sendiri 'bercengkerama' dengan perempuan lain, nak-nak pulak Tommy dan Enno dah 'couple' dekat 6 tahun.

Kemuncak Cinta Tiga Segi ini, apabila satu malam Enno Sigit dengan beraninya mengacu pistol tepat ke muka muka Nike Ardilla di M Club Diskotek (Disco) Blok M, Jakarta Selatan. Selepas kejadian itu, Enno berhijrah ke London untuk belajar. Sewaktu diberitahu Nike Ardilla dah meninggal, Enno cuma menjawab "Bukan Saya Lho!". Diorang pelik kenapa Enno jawab macam tu kan?

Tapi laporan polis kuat mengatakan, yang kematian Nike Ardilla bukanlah berunsur khianat. Ada yang mengatakan, polis saja cakap macam tu, tak nak babitkan Enno sebab Enno merupakan Cucu Soeharto, pada waktu itu Soeharto sangat berkuasa di Indonesia.

Tak kurang juga yang berpendapat, Peminat Fanatik Nike Ardilla tidak dapat menerima kenyataan yang 'Bintang Kehidupan' mereka telah pergi meninggalkan mereka, maka cerita tentang Enno Sigit diadakan bagi menunjukkan kematian Nike Ardilla berunsur pembunuhan.

c) Pengambilan Alkohol

Sewaktu ditanya kepada Produser A Hon, "Adakah benar saat kematian Nike Ardilla dia sebenarnya mabuk?"... A. Hon  dengan keras menjawab "Enggak.. enggak.. (tidak, tidak) Nike Ardilla tidak pernah mabuk).
Rentetan dari ulasan A Hon, wartawan menyiasat ke Pusat-Pusat Hiburan yang pernah dikunjungi oleh Nike Ardilla seperti Disco, Pub melalui bil yang dibayar oleh Nike, mereka mendapati Nike Ardilla tidak pernah memesan minuman keras(Alkohol).

d) Dilanggar Hard Top Merah

Ada saksi yang terlihat yang kereta Nike Ardilla dihimpit oleh Hard Top Merah yang menyebabkan kereta Nike Ardilla terlibat kemalangan. Tapi dalam laporan polis, memang tak ada cerita pasal Hard Top Merah neh, yang ada dalam laporan polis ialah sebuah 'Taft' yang laju yang datang dari depan menyebabkan Kereta Genio milik Nike Ardilla  terpusing stereng terlalu kekiri dan terpelanting lalu terlanggar tembok. Itu jer.

OK,
SEKARANG...
JENG JENG JENG...!!!
KISAH MISTERI DI KUBURAN NIKE ARDILLA

Nike Ardilla disemadikan di Kompleks Pemakaman Keluarga di Desa Imbanegara, Ciamis. Para pengunjung mendakwa kadang kala terlihat kelibat seperti Arwah Nike Ardilla berjalan-berjalan di kawasan perkuburan tersebut.Untuk Pengetahuan, kawasan perkuburan Nike Ardilla neh ada tempat penginapan, kadang kala pengunjung disitu di ganggu dengan bunyi orang mandi dalam bilik air atau ternampak seorang perempuan dengan muka tertutup berambut panjang.

Hasil penemuan dari Team Misteri Dua Dunia, Ustaz Hakim Bawazir mengatakan yang pergi takkan kembali lagi. Yang ada mungkin sekumpulan Jin Pengganggu yang berada di Kompleks Makam terbabit. Jin-jin itu meniru bentuk tubuh atau gaya Nike Ardilla dan merasuk kedalam tubuh manusia yang jiwanya kosong yang suka mengelamun lantas mengaku sebagai Nike Ardilla.

Menurut Ustaz Hakim Bawazir lagi, diantara Alam Kubur dan Alam Kehidupan ada satu tembok  atau dinding yang kuat (Barzakh) dimana dinding ini tidak mampu ditembus oleh orang yang telah mati. Kita sering terdengar cerita roh orang meninggal yang merayau-rayau di tempat kemalangan atau kat tempat yang pernah ditimpa tragedi macam kawasan runtuhan Highland Tower mahupun tempat-tempat bencana seperti Tsunami.

Atas bantuan Team Misteri Dua Dunia, Ustaz Hakim Bawazir dapat menyimpulkan,, dari dialog dengan Jin (jin yang menggunkan tubuh manusia untuk merasuk) tersebut,  terungkap misteri kenapa ramai yang ternampak Arwah Nike Ardilla kat situ sebab tempat tu kotor, dan sepi dari bacaan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun dekat makan Nike Ardilla ada Surau, tapi surau itu jarang digunakan dan sepi dari lantunan ayat Al-Quran. 

Hasil daripada dialog dengan jin terbabit, jin itu juga akui yang dia tidak akan berani mengganggu orang yang sering baca Al-Quran. Rasulullah mengingatkan dalam satu hadis agar jangan menjadikan rumah kita seperti kuburan, bacalah ayat suci Al-Quran dirumah masing-masing agar terbebas dari gangguan jin dan syaitan. Jin dan syaitan  sering datang ke rumah yang sepi tanpa bacaan ayat Al-Quran.

So. the moral of the story, bacalah Al-Quran.

Sebelum itu , dimaklumkan, sumber penulisan blog kali ini ialah dari link-link blog dibawah.

1) http://ommanz27.blogspot.com/2012/12/misteri-kematian-nike-akhirnya.html

2) http://rockers90s.blogspot.com/2011/10/misteri-dibalik-kematian-nike-ardilla.html

3) http://www.fadhilza.com/2012/09/tadabur/misteri-makam-nike-ardilla.html

Comments

  1. Memang minat nike ardilla ni...sayang umurnya x panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Denger2 sih ada yang sengaja pengin Nike Ardilla meninggal. Konon katanya Nike merebut pacar Eno Sigit, bener gak sih?

      Delete
  2. iya tuh, bukan ngerebut kayak.nya emang tomy nasution.nya aja yang berharap besar jadi kekasihnya teh nike.
    Sampai.2 di ultahnya teh nike dihadiah.i mobil yg ber plat D 27 AK . Terbukti kalau tomy nasution mencintai teh nike, bukan enno sigit. Mungkin teh nike gak tau kalau mereka pacaran. Jd iya.2 aja tomy mau dketin nike.nya. . Nah swaktu kdkatan teh nike sma tomy terjadi. Eno gak sengaja liat langsung kdkatan mreka. Rasa cmburu hati datang dihati eno sigit. Maka dilakukanlah siasat untk membunuh teh nike, dgn cra menyuruh org lain agar tak terkesan kalau eno yg dibalik semua ini. Brangkatlah ia ke luar negri agar kedok dari semua rencana ini seolah olah bukan ia yg melakukannya, karna slama ini gosip cinta segitiga itu tercium oleh awak media.

    ReplyDelete
  3. iya tuh, bukan ngerebut kayak.nya emang tomy nasution.nya aja yang berharap besar jadi kekasihnya teh nike.
    Sampai.2 di ultahnya teh nike dihadiah.i mobil yg ber plat D 27 AK . Terbukti kalau tomy nasution mencintai teh nike, bukan enno sigit. Mungkin teh nike gak tau kalau mereka pacaran. Jd iya.2 aja tomy mau dketin nike.nya. . Nah swaktu kdkatan teh nike sma tomy terjadi. Eno gak sengaja liat langsung kdkatan mreka. Rasa cmburu hati datang dihati eno sigit. Maka dilakukanlah siasat untk membunuh teh nike, dgn cra menyuruh org lain agar tak terkesan kalau eno yg dibalik semua ini. Brangkatlah ia ke luar negri agar kedok dari semua rencana ini seolah olah bukan ia yg melakukannya, karna slama ini gosip cinta segitiga itu tercium oleh awak media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak benarlah semuanya itu krn atun sahabatnya sendiri Meng aku itu murni krn kecelakaan

      Delete
  4. Susah membuktikan.karna dizaman itu semua dibungkam.termasuk media dan polisi gak berani buka mulut.akhirnya rakyat biasa jadi korban.

    ReplyDelete
  5. Saat ini aku umur baru 27
    Cantik kan arwah nike ardila..

    Tepat rasa ku,
    nike ardila wanita baik
    Ada agama dlm diri.
    Aku juga kaget,nyata nya beliau dari luluhur raden ya

    Semoga aku bisa bertemu nya di
    Alam abadi nanti.aku meminati nya

    Mari kita tuju kan
    al fatehah pada
    Arwah nya
    Amin
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku juga amat meminati lagu2 nya. Sayang sekali umurnya ngak panjang.. tetapi jika dilihat dari kerosakan pada kereta nike akibat dari kecelakaan itu, ianya tidaklah seteruk mana yang memungkinkan nike tewas. Pastinya ada sebab lain yang menyebabkan kematiannya. Aku sampai sekarang ngak bisa terima yang nike sudah tiada.

      Delete
  6. Ada yang mengatakan kecelakaan itu berunsur sabotase

    ReplyDelete
  7. Ada juga yg bilang itu di sebabkan ada orang yg tdk menyukai karir nike ardilla

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Di sini sepertinya sesuai untuk aku kasi tahu sebuah kisah misteri yang berkait dengan artikel ni.

    Korang pernah dengar tak lagu "Ku Katakan Dengan Indah" nyanyian kumpulan Peterpan, lagu ini popular pada tahun 2005 yang lalu. Dikatakan lagu ini ada menyimpan sebuah kisah misteri di mana di dalam lagu tersebut ada suara seorang wanita yang mengikuti lirik lagu itu di baris "Kau hancurkan hatiku, kau hancur kan lagi...". Namun suara tersebut tidak diketahui dari mana asalnya, pihak studio sudah cuba memadam bahagia tersebut namun suaranya tetap tidak dapat hilang, namun mereka akur dengan kejadian itu dan membiarkan saja ia begitu. Kemudian mereka mendapat tahu bahawa studio rakaman yang mereka gunakan untuk merakam lagu mereka di situ sebenarnya pernah digunakan oleh arwah Nike Ardilla.

    Kalau tak percaya cuba korang dengar lagu tu.

    ReplyDelete

  9. Salam,

    Di sini sepertinya sesuai untuk aku kasi tahu sebuah kisah misteri yang berkait dengan artikel ni.

    Korang pernah dengar tak lagu "Ku Katakan Dengan Indah" nyanyian kumpulan Peterpan, lagu ini popular pada tahun 2005 yang lalu. Dikatakan lagu ini ada menyimpan sebuah kisah misteri di mana di dalam lagu tersebut ada suara seorang wanita yang mengikuti lirik lagu itu di baris "Kau hancurkan hatiku, kau hancur kan lagi...". Namun suara tersebut tidak diketahui dari mana asalnya, pihak studio sudah cuba memadam bahagian tersebut namun suaranya tetap tidak dapat hilang, namun mereka akur dengan kejadian itu dan membiarkan saja ia begitu. Kemudian mereka mendapat tahu bahawa studio rakaman yang mereka gunakan untuk merakam lagu mereka di situ sebenarnya pernah digunakan oleh arwah Nike Ardilla.

    Kalau tak percaya cuba korang dengar lagu tu.

    ReplyDelete
  10. Dan yang palinh seramnyer suara misteri tu sebiji macam suara arwah Nike Ardilla. Meremang bulu roma aku! Memang 100% sama! Tapi kenapa? Kenapa itu berlaku?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts