"Shhhh.... Ibu sebenarnya dah MATI"




Hai,
Dah lama aku tak update blog. Ada dalam seminggu lebih nak dekat dua minggu jugak lah aku tak mengadap laptop. Baru-baru ini aku  ke Pantai Timur menghadiri satu majlis perkahwinan. Bermacam-macam  pengalaman yang aku timba dalam meredah banjir, satu lagi dia mengajar aku erti KESABARAN. Ye lah, sedangkan  mereka disana diuji dengan kehilangan tempat tinggal tetapi aku pulak tak boleh nak pulang ke KL pada Isnin lepas, dengan jalan tutup dan aku dapat info tiket bas dari sana ke KL tidak dijual. Mujurlah semalam, ada rezeki aku tumpang kereta orang, ada dalam 10 jam perjalanan. Letih jangan cakaplah walaupun aku tak drive.

Kepergian aku kat sana, aku dapat satu cerita yang agak 'hot' untuk aku kongsi. Memang aku tak mintak izin tuan punya badan untuk berkongsi, tapi aku rahsiakan sedikit lah identiti pencerita. Biar aku namakan si pencerita ini sebagai Ayu (Macam biasa, bukan nama sebenar).


Aku memang betul-betul terkejut dan tersentak bila dia menceritakan ibu mertuanya sudah meninggal hampir 8 bulan, TETAPI orang lain masih melihat ibu mertuanya itu masih hidup. Dia lumpuh sebelah badan, hanya anggota kirinya  sahaja boleh diangkat. Tidak boleh bergerak, hanya mampu bercakap dalam tutur kata yang tidak dapat difahami dan boleh mengelipkan mata.

Menurut Ayu, pada diri ibu mertuanya ada tiga ekor jin yang menempel yang dipanggil 'Hantu Raya'. Seekor di bela dan diambil oleh ibu mertuanya sendiri sebagai penyeri dan penjaga diri, dua ekor lagi diperolehi dari suami (mungkin sudah meninggal dunia) dan dari arwah ibunya juga. Oleh kerana itulah, jasad ibunya masih dilihat masih hidup. Andaikata satu hari nanti jin-jin tersebut meninggalkan badan ibu mertuanya, yang tinggal hanyalah rangka, kerana ibu mertuanya benar-benar sudah meninggal dunia.

Aku cuba bertanya, apakah dia dan juga adik beradik suaminya tidak ikhtiar untuk memanggil perawat perubatan Islam agar dapat membebaskan jin-jin yang masuk dalam tubuh ibu mertuanya? Kata Ayu, hal ini sudah diketahui oleh adik beradik yang lain, tetapi mereka enggan. Mereka tidak mahu kehilangan ibu mereka.

Ayu sebenarnya sudah tidak tahan sering diganggu dengan terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan diatas bumbung rumah, lebih menakutkan dia pernah termimpi 'makhluk' tersebut dengan mata yang tersembur keluar. Kata Ayu, bukan mudah untuk membuang saka tersebut dari kehidupannya, kerana itu semua memerlukan kerjasama dari adik beradik yang lain, menurut kata seorang pakar perawat Islam yang pernah ditemui, untuk membuang saka, suaminya, ibu,ayah dan adik beradik yang lain perlu berada bersama sewaktu sesi perubatan.

Kesan Hantu Raya tersebut bukan sahaja memberi impak kepada Ibu Mertua, malahan memberi kesan kepada Ayu, Anak dan juga adiknya. Pernah sekali Ayu terlihat adiknya sedang berborak bersendirian, apabila ditanya kepada pakar adiknya berborak dengan 'Makhluk Perliharaan' tersebut.

Malahan anak  ayu juga mengidap penyakit jangkitan paru-paru, apabila bertanya kepada pakar, Hantu raya peliharaan ibu mertuanya itu sudah mula memakan organ dalaman anaknya. Walaupun kedengaran tidak logik, tetapi apabila dikuatkan dengan beberapa dakwaan Ayu yang Ibu Mertuanya akan takut, gelisah bahkan sehingga demam apabila pada satu hari Ayu dan Suami merancang untuk memanggil orang ramai membaca yaasin dirumahnya. Apabila dibawa ke hospital, doktor sahkan yang Ibu Mertuanya tidak demam.Pernah juga Ayu sengaja membuka bacaan Ayat Al -Quran dengan lantang dan kuat, tiba-tiba sahaja Ibu Metua Ayu meraung-raung dan menangis.

Mungkin kisah ini tidak logik tetapi perkara ini tidak mustahil jika hidup kita menggunakan pendamping dari kalangan jin dan syaitan. Ingatlah! Jin dan syaitan mungkin boleh menunaikan satu atau dua permintaan, tetapi implikasi akan ditanggung sehingga kita mati.

Comments

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts