Tone Excel

Friday, January 2, 2015

"Tuhan tolong,,,,Aku dah tak TAHAN!!!"


Tak tahu kenapa aku tak boleh tidur sepanjang malam ini. Puas bermacam-macam cara aku buat. Pernah aku terdengar orang syorkan kira kambing lah, berangan sebelum tidur lah tapi tak menjadi.
Aku sebenarnya tak tahu nak kata masalah ini berpunca dari persekitaran aku atau dari dalam diri aku sendiri. Nak kata aku membungkang sepanjang hari tak jugak.

Sebenarnya dari dulu lagi aku selalu perasan kadang-kadang kalau ada perkara nak jadi, mesti adalah perkara-perkara aneh yang muncul waktu tuh, sebagai contoh beberapa tahun yang lepas aku pernah tiba-tiba terbau hanyir darah kat tempat kerja, bila balik rumah tengok-tengok dekat kawasan rumah aku ada orang kena bunuh, pernah juga satu malam aku terjaga bila terdengar suara tangisan dalam bilik aku, padahal aku tidur seorang diri, aku tersedar, intai luar tingkap tengok-tengok ada perempuan kena pukul dekat luar rumah. Terpulanglah nak percaya ke tak, adakalanya apa yang nak terjadi tuh aku akan dapat mimpi siap-siap, contoh dua minggu lepas aku mimpi aku mandi dalam sungai yang luas, rupa-rupanya maksud mimpi tuh, aku nak kena harung banjir dekat Temerloh baru-baru ini. Mungkin orang dengar pun cakap aku neh poyo jer nak berlagak dan riak konon-konon ada kuasa firasat la tu. Sebenarnya sengaja aku nak canangkan satu dunia yang aku ada sixth sense supaya kebolehan dan kelebihan aku ni dapat ditarik oleh Tuhan secepat mungkin sebab aku dah betul-betul tak tahan. Ye lah orang yang ada sixth sense mana boleh cakap besar dan bagitahu orang lain yang dia ada kelebihan tu.

Aku tak tahu, adakah benda ini satu anugerah atau memang dekat dalam diri aku ini ada sesuatu. Mungkin penulisan aku kali ini agak panjang, tapi izinkan aku nak luahkan apa yang terpendam dalam diri aku selama ini. Sebenarnya ada sebab kenapa aku minat berblog tentang kisah-kisah misteri salah satunya sebab misteri ini sebahagian dari dalam diri aku.

Aku perasan gangguan atau aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya dah lama ganggu aku makin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku selalu perasan ada benda tak kena sebenarnya dalam bilik aku ini.

Pertama bilik aku ini memang sentiasa bergelap dan tak boleh ada lampu, dah beberapa kali bapak aku panggil orang wiring, cuma lampu dalam bilik aku jer akan terpadam.

Kedua aku pernah cuba sembahyang dari dalam bilik aku tiba-tiba ada angin kuat sangat-sangat tak tahulah kalau kebetulan kan. Angin yang kuat tuh cuma datang time aku nak sembahyang jer.

Ketiga bilik aku neh macam ada benda yang suka main pintu bilik aku. Aneh aku, pintu bilik bapak aku bersebelahan, kalau angin kenapa pintu bilik bapak aku tak bergerak. Kalau korang nak tahu pintu bilik aku neh memang agak susah nak bukak, kena tolak betul-betul baru dia terkuak, kadang-kadangkan tiba-tiba jer pintu bilik aku neh terkuak walau tak ada angin dan tak ada ribut. Tak kiralah siang-siang hari ker. Yang paling aku rasa takleh blah, pernah sekali masa tuh aku sorang kat rumah, pintu bilik aku neh dia main-main kejap bukak kejap tutup tapi tak rapat macam ada orang gerakkan, aku sendal dengan plastik hitam yang siap dengan penuh dengan pakaian, ko tau, 'benda celaka' (maaf terkasar bahasa) neh nak tunjuk kononnya dia neh wujud lah kot, 'dia' tolak plastik hitam yang isik baju tuh. Kalau anginkan, kenapa pintu tuh tak gerak sekali?Plastik berat berisi baju tuh jer bergerak tau!.Benda neh bukan aku sorang jer yang perasan, mak aku pun perasan gak tau.

Kalau aku nak citer pasal aku dan bilik aku neh sampai bila pun tak habis. Cuma aku geram malam ini,  aku rasa macam nak demam, betul-betul letih, aku cuba nak tidur asyik gelisah jer sampailah tiba-tiba dalam pukul 5 aku terdengar suara bapak aku azan. Aku keluar bilik, tengok-tengok dia tengah tidur dekat ruang tamu badan tak bergerak tapi mulut dia laungkan azan, bibir dia pun tak gerak tau. Aku panggil mak aku kejutkan dia sekali, barulah bapak aku cerita dia rasa macam ada 'benda' keluar dari bilik aku datang kat dia macam nak masuk dalam badan dia, benda tuh dah pegang kepala dia. Aku tanya dia, benda tuh 'berbulu' ker? Dia cakap mungkin, sebab pernah satu malam yang lain dia tidur dekat ruang tamu gak, dia rasa macam ada satu tangan berbulu dan kuku dia panjang tengah usap belakang badan dia.

Pergh, Aku terus teringat, aku pun banyak kali gak diganggu bila tiap kali tertidur dekat ruang tamu, aku pernah dihimpap dengan benda besar, warna hitam dan berbulu. Korang rasa?

Tu lah, aku rasa macam nak panggil Pakar Perubatan Tradisional tentang 'benda' yang melanda sama ada diri aku atau 'rumah/bilik' aku neh sendiri.

Betul aku cakap, kadang-kadang aku tak tahan. Benda neh kadang-kadang bila dia nak tunjukkan kat aku sesuatu, dia buat aku sampai tak boleh tidur malam.

Tolonglah Tuhan, izinkan aku menjadi manusia yang normal. Aku dah penat dengan semua ini! Pernah satu ketika dalam tahun 2014, aku tak boleh tidur sepanjang malam, sampai aku terpaksa jumpa doktor untuk mintak pil tidur. Aku dah makan, dalam pukul 10 aku masuk tidur, aku sedar pukul 3 pagi terdengar bunyi guli jatuh dan orang bertukang tengah-tengah malam. Serius aku memang tak tahan.  Aku jumpa doktor balik, doktor tuh macam percaya tak percaya cakap aku, katanya sesiapa yang dah makan pil tidur, adalah mustahil dia akan tersedar sendiri tanpa jam loceng!

No comments:

Post a Comment