Disampuk Jin Di Taman Botanik

Walaupun dalam kedatangan bulan Ramadhan, adakalanya cerita-cerita mistis ini seolah-olah tidak lekang dari bibir masyarakat. Ada juga yang mempertikaikan, "Eh tak akanlah dalam bulan Puasa pun ada hantu?"

 Tapi sebenarnya, memang wujud pun benda-benda ni dalam bulan puasa. Sebab yang kena belenggu hanyalah syaitan. Tapi jin tetap wujud. Pengertian jin ni termasuklah orang yang mempunyai saka seperti hantu raya, pocong, pomtianak dan sebagainya.

Oklah berbalik dengan pengalaman tentang seorang teman. Khabarnya kawan aku ni baru sahaja pergi berkhemah atau berkelah aku tak pasti, tapi yang pasti dia dengan teman-teman kolej pergi ke satu taman botani.

Kalau aku sebut pun mesti ramai yang kenal lah. Taman Botani ini terletak di selatan Malaysia. Kisah seorang kawan dia terkena 'keteguran' sewaktu disana.

Masa dekat Taman Botani tak nampak sangat. Bila dah balik KL baru perasan, kawan dia ni macam lain macam sikit. Tanya sepatah, jawab sepatah. Paling ketara, ramai teman sekolej perasan, dia ni tak makan-makan pun.

Tapi bila tanya, dah makan ke belum? Jawabnya dah.. Padahal dia memang tak makan. Sampailah satu hari, mereka tekad nak panggil seorang ustaz datang ke hostel mereka.

Masa malam tulah, baru kawan dia tu tunjuk belang, meraung-raung. Semua yang datang tolong pegang pun terkena tempias juga. Termasuklah teman aku ni. Tangan dia jadi kebas sebelah.

Dia pun risau, tanya ustaz, mujurlah ustaz kata tak ada apa-apa. Mungkin teman aku ni kuat semangat ataupun orangnya memang menjaga solat.


Comments

  1. ngeri la plak kne sampuk jin..huhu

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts