Tone Excel

Tuesday, April 11, 2017

Hantu Kopek Penunggu Rumah

Asalnya kepulangan aku ke Tampin tempoh hari aku nak cari hantu dekat Mydin Pulau Sebang. Disebabkan pakteh aku dah warning, katanya jangan berani sangat. Takut nanti kalau dia betul-betul muncul dekat depan muka, kau tak terkata apa. Kau cuma berdiri terpacak sampai ke Subuh. Huhuhu soram pulak den.





Tapi tak mengapalah. Walaupun aku tak dapat nak tengok face to face tentang kegemilangan hantu yang semakin unggul di mata hati penduduk Tampin, tapi aku dapat juga beberapa cerita yang bagi aku bolehlah tahan juga.

Okay, kali ini aku nak bercerita tentang misteri satu rumah sewa kat Tampin. Tampin tu besar juga. Tak perlulah aku nyatakan betul-betul kat mana rumah tu dekat bumi Tampin ni.

Khabarnya dekat Tampin ada satu rumah sewa dimana penyewanya memang tak akan tinggal lama. Kiranya memang betul-betul berhantulah. Selain dari kisah rumah sewa dekat Shah Alam dengan Taman Medan, hantu kat Tampin ni kira not bad jugalah tahap puakanya.

Kisah rumah puaka ni, bukan sahaja memberi kesan kepada penyewa malahan termasuk juga masyarakat sekeliling. Bayangkan, sampai jiran dia pun sampai demam-demam nak kena bawa berubat bila ternampak 'benda' tu.

'Benda' tu bukan reti duduk kat rumah je tau. Tapi berani juga melintas depan rumah jiran-jiran.

Aduhai.. tak padan dengan nama hantu kau ni, dahlah duduk rumah pun free sewa tak bayar. Alih-alih penyewa juga yang terpaksa keluar dari rumah. Tak cukup dengan penyewa, jiran-jiran pun kau nak kacau.

Berbalik pasal cerita pengalaman penyewa ni, punca sampai dia keluar dari rumah, bila ada satu malam tu dia balik dari kerja. Penyewa tu nurse tak silap.

Balik-balik je dah penat ingat nak landing atas katil terus jadi segar bugar balik bil dia nampak 'benda' tu tengah landing atas katil dia.

Masa tu dia pun tak cakap banyak. Terus dia bawa anak-anak keluar dari rumah malam tu juga, tumpang tidur rumah jiran-jiran.

Aku tanya gak pakteh aku, macam mana rupa 'benda' tu sampai orang nampak pun boleh pindah rumah, jiran-jiran nampak pun boleh demam.

Menurut pakteh aku, 'benda' tu gemuk, t*t*k dia besar dan layut jatuh ke bawah, dekat sekeliling dia ada dua orang budak, seorang budak macam tarik t*t*k dia ke bawah (bahagian depan badan), satu lagi t*t*k dia siap lipat atas bahu dan ada seorang lagi budak kecik bergayut kat situ.

Aku ingatkan seram sangatlah hantu kopek tu, walaupun aku tak pernah nampak, tapi aku rasa lawak pulak bila pakteh aku cakap hantu tu gemuk.

Serius weh, aku bukan nak mendeskriminasi golongan gemuk ni, sebab aku sendiri pun gemuk. Kalau manusia gemuk ni, bolehlah tahan juga kelihatan comel.

Tapi, bila cerita pasal hantu gemuk ni, aku rasa lawak. Pada aku hantu gemuk ni menjejaskan kredibiliti hantu-hantu yang seram kat Malaysia ni macam Cik Lang dan Cik Pon.

Kahkahkah


5 comments:

  1. mula- mula akak seram baca sebab akak ni mmg penakut..tp part last tu buat akak gelak la dik..hehehe...

    ReplyDelete
  2. adeh seram pula akak baca entry2 dalam ni hahahhaa, gigihkan juga lah baca :D

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  3. Tak tahu nak seram ker nak gelak nih. Memula tu macam seram jer. Tapi last tu lawak ☺

    ReplyDelete
  4. Haha ending tu win! Gelak2 jugak lepas tu start ingat yang awal balik. Seram pulak. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kecik, ingatkan hantu kopek dengan hantu susu makhluk yang berbeza....

    ReplyDelete