Tone Excel

Wednesday, April 30, 2014

'Teman Ilusi'




Sumber Gambar dari : http://thespiritguide.files.wordpress.com/2008/06/ghostgirl.png


Korang pernah dengar tak pasal 'Teman Ilusi' atau 'Halusinasi'???

Kebiasaannya teman ilusi ni selalu datang dekat budak budak yang berumur 4 tahun ke bawah.. Dalam erti kata lain umur budak-budak yang masih 'blur' lagi.

Jika di negara2 barat. 'Teman Ilusi' atau 'Teman Halusinasi' dianggap perkara normal. Mungkin 'Teman Ilusi' direka oleh kanak-kanak untuk menarik perhatian ibu bapa...

Tetapi tak kurang juga yang mengaitkan 'Teman Ilusi' neh suatu perkara mistik.

Penyebab yang menjurus aku untuk penulisan kali ini bila seorang rakan sekerja aku bercerita tentang anak buah dia yang mempunyai 'Teman Ilusi'. Waktu tu tengah dok melepak dengan dia lah.. 'mengular' kejap hehehehe maklum lah kami neh kan pekerja berdedikasi..

Menurut akak kat ofis aku neh dia cerita dia ada anak buah, anak buah dia selalu cakap dia selalu bermain-main dengan seorang 'Kakak'. Pelik ! memang pelik! Tak ada sesiapa yang boleh melihat 'Kakak' tersebut melainkan budak tu sorang.

Antara dialog atau perbualan Anak Buah kakak tuh yang diceritakan semula, yang bila diingat balik memang seram.

"Kakak??? Akak buat ape tuh? Dah lah jangan main air.. mari duduk sebelah saya neh".

"Akak... janganlah panjat seiling/terbang marilah duduk sebelah saya neh"

"Ok saya main permainan ini, akak ambik permainan ini akak main ok?"


Huhuhuhu menurut mak budak tuh,, memang seram dan meremang bulu roma bila dengar budak tuh bercakap,, tambah pulak masa tuh mak budak tuh berduaan jer dengan budak tuh.. Dah terang-terangan berduaan sape lagi 'Insan ketiga' tuh kan?


Nak dijadikan cerita akhirnya, Mak Budak tersebut jemput Ustaz datang kerumah mengaji Al-Quran, Alhamdulillah budak tuh kurang sebut pasal 'Kakak' terbabit..




2 comments:

  1. halusinasi ekk..!skang pn tgh halusinasi

    ReplyDelete
  2. sering muncul di film horror hollywood, ngeri juga kalau ketemu mahluk jin macam itu

    ReplyDelete