Kisah di Hospital.

Bila sebut hospital mesty ada bermacam-macam cerita lah.. Yang paling famous bagi sape-sape yang pernah kerja di rumah mayat. Tapi cerita aku kali ini takde kene mengena dengan rumah mayat, sebab kalau aku nak sebut satu-satu memang tak habis lah pasal rumah mayat tuh..Mayat hilang lah, mayat berdirilah, mayat tersenyum lah macam-macam.


Kisah 1 
Cerita diperoleh dari makcik aku. Tak silap aku masa tuh makcik aku baru lepas pantang bersalin. Dia bertuah dapat jenis ward/board A, VIP nyer bilik. kiranya memang bilik tuh memang dia sorang jer lah,, sekali dengan toilet  dalam bilik.. Memang dengar macam best, tapi sebenarnya ade pengalaman yang seram sejuk sepanjang masa dia berada dalam bilik tuh.

Katanya kadang-kadang dalam bilik air tuh dia boleh dengar macam ada orang tengah mandi dalam bilik air, sedangkan dalam bilik tuh cuma dia sorang jer,, sape lagi yang guna toilet kan? Cerita neh bukan sekali dua jer, memang selalu lah, bila dia bersendirian dengar ada orang mandi dalam bilik air..

Kisah 2
Kisah tentang seorang jururawat.. Biarlah aku namakan Jururawat tuh Jururawat Tik. Cerita Jururawat Tik neh pernah menggemparkan negara satu masa dahulu,, tak silap aku cerita neh sebelom aku lahir lagi.. Aku dapat cerita neh pon dari mak aku.. 

Ceritanya begini, Jururawat Tik neh sebenarnya dah meninggal dunia. Tapi orang selalu jer nampak dia dekat lift. Cerita pasal jururawat neh pernah keluar dalam surat khabar. Tapi dorang rahsiakan nama hospital.

Kisah 3
Neh plak cerita pasal seorang doktor. Pon dirahsiakan nama hospital. Doktor neh merupakan seorang Doktor untuk ibu-ibu bersalin. Doktor neh doktor perempuan. Menurut cerita, Doktor neh memang suka sangat dengan kerjanya, walaupun umur dia dah menjangkau 30 an dah lewat nak masuk 40 an, dia masih tak kahwin lagi. Konon nya dalam dunia neh, tak kan ada sorang laki yang boleh faham kerja nya. Mungkin sebelum neh dia dah pernah bercinta kot, lepastu dah dapat teman yang tak memahami, tu yang dia fade up tuh.

Nak dijadikan cerita, satu hari doktor tuh mati sebab kemalangan. Walaupun dia dah mati kemalangan, tapi masa malam kematian tuh, sepatutnya dia bertugas, tapi ada staff hospital ternampak kelibat dia.. Bukan setakat staff hospital, malah sehingga ke hari ini, ada pesakit yang menjadi bahan 'gurauan' doktor tuh kononnya, sebelum pesakit tersebut diperiksa oleh doktor sebenar, mereka akan diperiksa oleh doktor perempuan tersebut terlebih dahulu.. Menyebabkan pesakit menjadi pelik dan kebingungan apabila dia diperiksa dua kali oleh orang yang berbeza.





Comments

  1. Replies
    1. Kalau Kisah 1 tuh mungkin saya boleh katakan benar, sebab cerita dari makcik saya.. yang lain-lain tuh cerita dari mulut ke mulut.. terima kasih sebab selalu baca blog neh :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts