Arwah Isteri

Yer aku baru perasan.. Untuk bulan Februari neh, aku memang tak buat apa-apa catatan.. Memang ada beberapa cerita yang nak aku ketengah kan.. Tapi tak tau kenapa, aku teringin sangat sebenarnya nak cerita pasal satu cerita yang aku dengar kat Misteri Jam 12. Dah lama aku nak berkongsi,, jadi pagi neh aku godek-godek dulu dalam Misteri Jam 12 untuk cari cerita tuh.. Tapi tak jumpa plak..

Natijahnya, aku kongsi cerita neh,, dari apa yang aku ingat pasal tajuk kat atas neh.. Mungkin coretan aku neh ada tertambah atau terkurang asam dan garam.. Tapi jalan ceritanya tetap sama, tentang "Arwah Isteri" .Bagi aku cerita neh memang agak menarik. Tentang seorang suami yang telah kematian isteri selama 4 tahun. Biarlah aku namakan lelaki yang kematian Isteri tuh sebagai Badrul (Bukan nama sebenar).

Sebenarnya, telah 4 tahun Badrul kematian isteri,, tapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan neh makin kerap Badrul diganggu oleh arwah isterinya didalam mimpi.. Konon nya dalam mimpi tuh,, Arwah Isteri Badrul ingin menyampaikan sesuatu bahawa kematiannya bukanlah secara semulajadi..

Setelah diganggu berkali-kali.. Akhirnya Badrul mengambil keputusan nekad untuk bertemu dengan Pakar Perubatan Tradisional... yang dipanggil Pak Abu..

Sebelum pergi ke rumah Pakar Tersebut,, Pak Abu meminta Badrul membawa barang-barang milik Arwah Isterinya seperti sikat, pakaian dan seumpamanya. Disamping itu, Pak Abu juga meminta Nama Isteri, Nama Mak dan juga Tarikh Lahir Isterinya...

Setelah cukup apa yang diminta oleh Pak Abu,, ritual pun bermula..

"Wahai Shahila(Nama Isteri Badrul) kandungan Sharmilla(Nama Mak Shahila) yang lahir pada tanggal 30/02/1988... Wahai Shahila kandungan Sharmilla yang lahir pada tanggal 30/02/1988.. Wahai Shahila kandungan Sharmilla yang lahir pada tanggal 30/02/1988... Telah ku persiapkan semua peralatan dan barang-barang mu.. Hadirlah.. Datanglah.."

Selang beberapa minit setelah mantera itu dibaca berulang-ulang tiba Badrul merasakan seperti ada sesuatu,, seperti angin yang kuat.. Perasaan takut dan gementar datang tiba-tiba.. Badrul dapat merasakan seperti ada satu entiti yang berdiri di belakangnya.. Hendak ditoleh,, tak berani..

Kemudian Pak Abu bersuara " Nak, sekarang Isteri kau datang..."..

Badrul menoleh "Mana Pak Abu, saya tak nampak"

"Memang kau tak nampak sekarang,, nah sekarang kau hulurkan tangan kau,, Isteri kau akan ikut kau balik.. Tapi ingat kau kena buat isyarat memegang tangan neh sampai kerumah kau.. Lagi satu,, rumah kau tak boleh ada cahaya masuk,, tanggalkan ayat-ayat suci yang tergantung didnding rumah kau"

Bermula malam itu, hidup Badrul mula berubah.. Dia menjadi seorang yang murung dan pendiam dan hanya terperap dirumah.. sehinggakan dia gagal melaksanakan tugas nya sebagai seorang pekerja.. Dia tidak lagi pergi bekerja..

Dijadikan cerita, pada satu hari,,, ada seorang kawan Badrul datang kerumah untuk bertanya khabar.. Akhirnya perbuatan Badrul itu terbongkar, rakannya Karim sangat terkejut dan membawa badrul berjumpa seorang Ustaz..

Rupa-rupanya apa yang dialami Badrul hanyalah gangguan syaitan.. Yang hadir didalam mimpinya selama ini bukanlah Arwah Isterinya,, tetapi hanya Syaitan yang cuba menyesatkan yang mendorangnya untuk berjumpa Pak Abu untuk terjebak kelembah kesesatan yang lebih dalam...

Comments

Popular Posts