Tone Excel

Tuesday, May 19, 2015

Perempuan Misteri Di Ambert Court


Amber Court turut dikenali sebagai Amber Apartment mula popular apabila satu perempuan mati akibat bunuh diri. Semenjak dari itu bermacam-macam cerita yang didengari termasuklah Ina (bukan nama sebenar) yang turut pernah diganggu sewaktu pernah menetap disitu.
Secara ringkas, sebelum kita bercerita tentang pengalaman Ina, antara pengalaman yang biasa didengar bagi mereka yang pernah menetap disitu adalah kadangkala terlihat kononnya kelibat wanita yang terjun bunuh diri, tetapi sebenarnya bukan, 'benda' tersebut terbang dan kelihatan seperti sedang terjun.

Rasanya termasuk Ina mungkin diganggu makhluk yang sama seperti yang pernah dialami oleh orang lain. 

Cerita Ina bermula apabila dia yang pernah menetap bersama ibu bapanya disitu diganggu satu kejadian yang aneh. Kata Ina, setiap kali dia menaiki lif seorang diri, pasti ada seorang wanita yang sama-sama akan menaiki lif bersamanya. 

Pada mulanya dia tidak kisah bila dia asyik menaiki lif yang sama dengan wanita itu untuk beberapa kali. Sehinggalah pada satu hari Ina terdengar perbualan ibu dan bapanya berkenaan dengan gangguan-gangguan di Amber Court.

Entah bagaimana satu hari Ina terjumpa satu artikel akhbar lama tentang kisah seorang wanita berbangsa cina yang pernah mati bunuh diri disitu. Apabila dia amati, wajah wanita terbabit adalah orang yang sama-sama menaiki lif dengannya selama ini.

Selain dari kisah Ina ini, antara kisah yang selalu didengari oleh mereka yang menyewa disitu adalah sering diganggu dengan bunyi orang berlari-lari, wanita mengilai, TV terbuka sendiri dan kelibat seorang wanita sedang terjun bunuh diri, tetapi bila lihat dibawah tiada pun jasad wanita yang telah terjun tersebut.

No comments:

Post a Comment