Tone Excel

Saturday, May 23, 2015

Perjalanan dari Johor ke KL ada Kucing Hitam dan Sesuatu...


Kali ini cerita dari pengalaman seorang teman yang pergi ke sebuah site di Kluang,Johor. Tiada perkara yang aneh yang berlaku sepanjang di Kluang, cuma sewaktu dalam perjalanan dari sana hendak pulang ke KL ada sesuatu yang terjadi.
Menurut cerita seorang teman yang mesra aku panggila Mala ini, sebelum pulang ke KL, sempat lagi dia bersama dengan seorang temannya yang dipanggil Kuna singgah beberapa tempat. Kira bila dah nak maghrib barulah mereka membuat perjalanan terus pulang ke KL.

Mereka menaiki kereta yang sama, jadi Kuna yang memandu. Mereka melewati kawasan kampung dimana disana hanya terdapat beberapa buah sebuah-sebuah. Iyelah, nama pun rumah kampung, masing-masing kebanyakannya ada lot tanah yang besar-besar.

Tiba-tiba tengah perjalanan, Kuna asyik memandang satu tiang lampu ni. Mala menegur, "Kenapa beb?", Kuna hanya menggeleng.

Kuna terus memecut kereta laju. Mala berasa pelik kerana selepas Kuna memandang tiang lampu terbabit, Kuna seperti kehilangan fokus, sampaikan sewaktu lampu isyarat bertukar isyarat warna merah pun, Kuna tidak memberhentikan kenderaan.

Mala terus jadi meradang, "Eh, kau ni kenapa?". "Aku tak ada apalah beb..", tegas Kuna. Kuna terus memecut kereta laju, tiba-tiba tengah perjalanan yang sunyi ada seekor kucing hitam berdiri di tengah jalan, Kuna terus langgar, mungkin tidak sengaja.

Mala yang merupakan seorang pencinta kucing hanya terdiam. Mala tahu, Kuna tidak sengaja. Akhirnya sewaktu tiba di KL, Kuna membuka cerita.

Menurut Kuna, sewaktu dia melewati satu tiang lampu terbabit, dia terlihat seperti ada satu lembaga berkain putih, berambut panjang mengerbang dan bermata merah sedang mencangkung atas satu tiang lampu.

Rupa-rupanya makhluk tersebut mengikuti Kuna hingga ke KL. Selepas Kuna berikhtiar dengan apa-apa yang patut akhirnya gangguan tersebut tak ada lagi.

Bila ditanya, adakah Kuna memang memiliki panca indera keenam, Mala hanya menjawab,"Tak. Kiranya kejadian malam itu, pertama kali dia ternampak 'benda' itu".

Lagi satu, mereka juga tidak pasti jika kucing yang mereka langgar itu memang kucing sebenar atau jelmaan kerana kereta Kuna terdapat sedikit remuk.

3 comments:

  1. Ni takut nak balik Johor sensorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe. Banyak2 lah baca apa2 yang patut. Memang dekat area Selatan ni jalan dia macam 'keras' sikit

      Delete
    2. Hehhehe. Banyak2 lah baca apa2 yang patut. Memang dekat area Selatan ni jalan dia macam 'keras' sikit

      Delete