Tone Excel

Saturday, May 30, 2015

Terjumpa Pocong di Linggi


Baru-baru ini aku berpeluang berjumpa dengan ibu angkat aku. Kebetulan terserempak, maka panjanglah kisahnya. Aku memang suka berborak dengan ibu ni sebab dia memang ada kebolehan tengok benda-benda halus ni. Bukan ibu seorang je yang nampak, dalam keluarga dia termasuk suami dan anak perempuan tunggalnya juga. Jom baca lagi.
Cerita pasal penampakan pocong ni melalui dari suami ibu, biarlah aku bahasakan dirinya sebagai ayah. Cerita ini sewaktu ayah dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Waktu itu ayah cuma menunggang motor dari Melaka. Kiranya Melaka itu kampung ayah. Kiranya ini perjalanan dari kampung nak balik KL.

Waktu sampai dekat Highway Linggi tiba-tiba ayah ternampak macam ada benda berbunjut dekat tepi jalan. Masa tu ayah memang dah nampak dia buat-buat tak nampak je lah.

Ingatkan kat situ dah settle, rupa-rupanya benda tu mengikut sampai balik rumah. Waktu ayah dah sampai rumah, benda tu boleh pulak baring sebelah ayah hihihi. Ya Allah, kalau aku jadi ayah waktu tu lah kan, mau aku pengsan. Kalau aku tak pengsan, aku buat-buat pengsan.

Mungkin sebab keluarga ibu dah biasa nampak benda-benda macam itu, jadi tahulah mereka buat apa yang patut.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal lebuhraya dekat Selatan ni memang macam-macam cerita tau, nanti aku cerita untuk entri akan datang.

By the way, terima kasih banyaklah buat korang yang suka baca blog aku ni. Aku perasan pembaca aku ni selain Malaysia, aku perasan ada juga dari Indonesia yang baca. Terima Kasih bangat, kita memang serumpun.

No comments:

Post a Comment