Barang Terbuang

Hai, entry kali neh aku nak cerita pasal barangan terbuang. Satu cerita yang aku sendiri dengar dalam Misteri Jam 12 & juga pengalaman dari orang lain yang diceritakan.

Apa yang aku dengar dalam Misteri Jam 12, ada satu pemanggil neh berminat untuk berkongsi kisah misteri tentang dirinya apabila dia terjumpa sebuah almari terbuang. Dia dan suaminya jadi tertarik untuk ambil almari itu memandangkan keadaan almari itu masih elok dan boleh dipakai.

Sewaktu dia dan suaminya bawak alamari tersebut ke rumah, tiba-tiba dia perasan macam ada kejadian aneh dirumah. Pada mulanya dia tak perasan yang gangguan-gangguan tu semua berpunca dari almari yang dibawa balik. Sampailah satu hari, pasangan suami isteri tuh dapat tahu yang almari tu sebenarnya, pemilik asal tuh buang sebab dia buang saka kat dalam tuh.

Apa yang aku ingat, antara gangguan yang pasangan tu kena, termasuklah dengar bunyi orang ketuk-ketuk dari dalam almari. Kemuncaknya, yang menyebabkan dorang memang dah tak tahan bila dorang terlihat kelibat perempun/nenek tua .

Itu kisah yang aku dengar dalam Misteri Jam 12.

Kisah yang aku dapat dari teman pulak, pasal satu pisau yang dia jumpa kat tepi pantai. Pisau tuh sekali pandang macam pisau rambo. Dia pon pelik, sapa lah yang tercicir pisau kat tepi-tepi pantai neh.

Dia cuma anggap yang pisau tuh mungkin dari orang-orang yang datang berkelah. Mungkin.. hurm..
Dari pengamatan teman aku neh, pisau tuh memang nampak macam agak lama, mungkin sebab dah terkena air laut yang pasang surut sebab tuh menyebabkan warna pisau tuh nampak macam karat sedikit. Tapi masih tajam, dia cuba mengerat akar pokok pon boleh putus katanya.. Katanyalah..

Nak dijadikan cerita, dia bawak balik pisau tuh, sampai ke rumah dia basuh.. Sangkanya karat tuh mungkin susah nak tanggal,, dia ingat nak gosok atau sental guna kertas pasir, tapi cuci dengan air, kesan kotor atau karat tu hilang.. cuma lalu dengan air jer,, tak sabun pon, bila lap dengan tuala berkilat macam baru.

Lepastu, dia perasan tiap-tiap malam dia asyik bermimpi.. Mimpi pelik-pelik.. Macam bukan-bukan jer.
Mimpi orang berbunuh-bunuh. Tiap-tiap malam nak dekat seminggu. Bila tersentak dari tidur tuh dalam pukul 1 hingga 2 pagi..

Klimaks nya, masa tu hari minggu, nak dijadikan cerita, bini dia neh macam buat perangai.. Cemburu tak menentu, asyik salah sangka atau berburuk sangka. Kawan aku neh memang jenis kerja dia outstation. Maklum lah lawyer..

Dah berapa tahun dorang kahwin selama neh, isteri dia memang understanding,, tapi tak tahu nape haritu tiba-tiba isteri dia tuh macam lain macam,, even dia kat ofis keep calling.. tengah prosiding kat court pon,, handphone selalu dia akan off,, bini dia text dia bermacam-macam tuduh dia bukan-bukan sebab off phone, padahal bukan isteri dia tak tahu yang suami dia ada trial pagi tuh..

Masa tu hari minggu, dia cuba berbincang dengan isteri dia, dia cuba tanya, apa yang menyebabkan isteri dia berubah, macam dah hilang kepercayaan, selama neh tak pernah macam neh, dari dorang bercinta memang dia kenal isteri dia neh memang understanding.. sebab tu lah dalam banyak-banyak perempuan kat dunia neh, isteri dia tu lah perempuan yang dirasakan sesuai buat bini lah.

Dah kahwin bertahun-tahun pon, anak dah dua. Pelik gak tiba-tiba bini dia jadi macam neh.. Perbincangan tuh dia ingatkan dapatlah membetulkan apa yang kurang,, dan jika ada kesalahan/kesilapan mungkin kawan aku neh cuba nak perbaiki. Kawan aku neh memang baik. Aku memang kenal dia sangat. Kawan aku neh memang jenis pentingkan family.

Bincang punya bincang tiba-tiba bini dia bertempik, lepastu lari masuk dalam bilik dorang,, kawan aku neh diam jer lah. Dia assume mungkin isteri dia neh nak cari ketenangan. Biarlah.. Tak sampai seminit, selang beberapa saat, Isteri dia keluar dalam bilik bersama dengan pisau yang dia jumpa, siap ugut nak kelar lengan dia lagi.

Apa lagi, berderau darah kawan aku neh, dia cuba nak rampas pisau dari isteri dia, sampai bergelut,, kawan aku sempat jerit kat anak-anak dia lagi.. Tolong call atuk & nenek.. Just In case if anything happen...

Agak lama jugak dorang bergelut, mungkin adalah kot dalam setengah jam. kawan aku neh memang rasa pelik gak, tiba-tiba kudrat bini dia neh kuat sangat. Lastly, pisau tu dapat gak kat kawan aku.. cepat-cepat dia balut pisau tuh dengan kain,, then dia masukkan dalam travel beg dia.

Agak lama dia terfikir,, kenapa isteri dia boleh terfikir nak ambik pisau nak kelar lengan dia. Sedangkan, kalau betullah bini dia cuma perlukan pisau, dia tak perlu nak masuk bilik nak carik pisau,, kat dapur pon ada pisau, lagi dekat untuk dicapai,, berbanding dengan pisau yang berada didalam bilik dia yang ada kat tingkat atas, nak kena naik tangga lagi berlari..

Tambah lagi pulak, isteri dia tuh seorang perempuan yang rasional dan sering berfikiran positif.. memang kawan aku neh tahu,, isteri dia tak akan buat perkara bodoh macam tuh. Orangnya pon sembahyang, baik.

Hari tu jugak, lepas Mak & Ayah dah datang, kawan aku ambik keputusan nekad nak buang pisau tu,, Dia buang kat sungai jer lah.. Nak pergi Port Klang semata-mata nak buang pisau macam tak berbaloi lak katanya.

Tiba-tiba aku pon teringat, masa sekolah dulu, aku pernah pergi ke sebuah pantai (sorry lah aku tak nak bagi tau tempat dia), aku pergi dengan saudara mara aku siap sewa apartment. Nak dijadikan cerita sepupu aku pon ada terjumpa pisau kat tepi pantai, memang aku ingat pisau tuh besar, pemegang dia kaler hitam dan boleh dilipat, tak tahulah pisau tuh pisau rambo ker tak..

Insiden yang lebih kurang berlaku, yang abang sepupu aku neh suka sakat adik dia yang paling bongsu. Nak dijadikan cerita, adik bongsu dia boleh pergi capai pisau tuh nak tikam abang dia.. Nasib baik pergaduhan tuh dileraikan oleh bapak dorang aka bapak saudara aku.

Lepastu , makcik aku sarankan supaya pisau tuh dibuang..

Tak pastilah jika pisau itu adalah pisau yang sama ker tak yang ditemui oleh sepupu aku & kawan aku tuh.


Comments

Popular Posts