Mimpi

Kadang-kadang mimpi neh ada makna, adakalanya mimpi hanyalah permainan tidur. Ada beberapa mimpi yang memang tak ada makna jika mimpi itu adalah hasil mimpi tidur disiang hari, terjaga/tersedar dari mimpi pada waktu subuh,  mimpi disebabkan angan-angan dan beberapa perkara lagi.

Tapi, ada juga yang berpendapat yang mimpi orang sekarang neh dah tah boleh dipakai aku pun dah lupa apa sebabnya.

Tapi tak bermakna mimpi tuh tak ada maksud. Adakalanya mimpi tuh berulang-ulang seolah-olah memberi petunjuk

Untuk entri kali neh, aku telah meminta izin dari rakanku yang baru sembuh dari sakit untuk berkongsi pengalamannya. Nasib baik dia bersetuju. Bukan apa, aku dengannya agak rapat, dia pun banyak berkongsi pasal masalah dia kat aku. Pernah jugak dia mintak aku rahsiakan, jangan cerita kat siapa-siapa. Tapi dia dah bagi green light aku laju jer update blog pagi neh.. Bukan apa, aku pun takut macam aku neh nak ambik kesempatan jer.. Kalau nak cerita semua pengalaman member aku neh, memang takut panjang berjela dan orang pun malas nak baca. Maka, aku akan ceritakan pengalaman rakan yang bernama Ita (Bukan nama sebenar) dalam enrtri-entri yang lain.. Heheheh barulah blog aku nampak banyak sangat. Sorry Ita.

Sebenarnya, Ita neh selalu sakit-sakit. Klimaksnya, sehinggalah apa yang terjadi baru-baru ini sampai tahap dia dah dirasuk. Terjerit-jerit. Ita neh dah berkahwin, biarlah aku namakan suaminya Boy. Ita & Boy dah lima tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin bukan rezeki lagi, tapi itu kata mereka dulu. Tapi, selepas kejadian Ita dirasuk, barulah Ita & Boy tahu penyebab mereka tak dapat anak.

Cerita pasal Ita sampai tahap kronik neh berpunca pada satu malam, waktu Ita & Boy tengah nak tidur kalau tak silap aku.. Boy baca ayat-ayat al-quran. Tiba-tiba Ita terus menjerit histeria. Jeritan histeria Ita tuh sampai boleh kedengaran dirumah jiran-jiran yang lain.

Esoknya, Boy terus telefon majikan Ita untuk memberitahu yang Ita tak dapat masuk ofis pagi tuh. Tapi yang Ita neh lain macam pulak, dia beriya-iya sangat nak masuk ofis. Tapi ditegah oleh suaminya. Nasib dapat boss yang memahami, Boss Ita bukan setakat memberi kebenaran Ita untuk bercuti, tapi dia turut beri Ita & Boy nombor telefon seorang ustaz. Ustaz tuh juga merupakan Ustaz dari Darussyifa.

Setibanya mereka di rumah ustaz terbabit, Ita dah mula tak sedarkan diri.. Dia dirasuk kembali. Hanya sang suami yang menjadi saksi perbualan antara Ustaz dengan makhluk yang merasuk Ita .

Setelah agak lama diasak, akhirnya makhluk tu mengaku yang dia dihantar oleh seseorang. Menurut makhluk tu, 'Tuan' nya memang tak nak tengok Ita ada zuriat. Nauzubillah..

Menurut Ita, di Darussyifa ada beberapa teknik perubatan. Tapi yang telah digunakan ustaz neh adalah merupakan 'senjata' terakhir, berikutan Ita sudah kronik sehingga tahap dirasuk. Menurut Ustaz tuh lagi, setakat pesakit-pesakit yang pernah datang ke Darussyifa neh, Ustaz tuh cuma membaca ayat-ayat quran dan memberi air penawar sebab penyakitnya tak kronik macam Ita, kalau dah tahap sampai merasuk tuh barulah Ustaz tuh keluarkan 'senjata' tersebut.

Mungkin apa yang aku nak ceritakan ada yang boleh percaya atau tidak.. Sebelum kes Ita, aku pernah mendengar yang ada beberapa pengamal perubatan 'memasung' makhluk halus. Tapi, apa yang digunakan oleh Ustaz yang mengubati ita neh, dia 'memotong' anggota-angota badan jin terbabit. Sebagai contoh yang berlaku pada Ita, ustaz tuh sendiri 'memotong' kaki makhluk tersebut dengan mengunakan bacaan ayat-ayat tertentu. (Bukan potong guna gergaji, kapak atau parang yer)..

Tapi kata Ita, dalam dia tak sedar tuh, dia boleh rasa sewaktu Ustaz tuh nak potong kaki makhluk terbabit,, dia terasa peritnya.. Aku sendiri melihat lebam kekuningan kat badan Ita. Nauzubillah,, itupun kata Ita, lebam tuh dah nak hilang.. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana rupa lebam Ita tuh sebenar-benarnya pada waktu kejadian.

Kata Ita lagi, kalau boleh mintak simpanglah kepada siapa-siapa yang terkena sakit seperti yang dideritainya neh. Menurut Ita, memang sakit & perit walaupun pada hakikatnya azab bacaan ayat ruqyah tersebut untuk 'makhluk' yang menumpang dalam badannya. Tapi, kesan kesakitan itu turut dirasai oleh Ita.

Sebenarnya, sebelum neh, Ita pernah bermimpi pasal seseorang. Tapi dia hanya menganggap mimpi itu cuma dari syaitan yang ingin merosakkan hubungannya dengan orang terbabit. Tapi, selepas kejadian Ita dirasuk, 'makhluk' tersebut memeberitahu nama' Tuan' nya. Alangkah terperanjat Boy. Dia rasakan ingin bersemuka dengan 'orang' tersebut, tapi ditegah oleh Ita.

Bukan setakat Ita, aku sendiri pernah bermimpi, dalam mimpi terbabit aku & Ita menuju ke Darussyifa, Ita siap cakap, ada orang buat dia sampai tak boleh beranak.

Bila aku cerita kat Ita, dia macam antara percaya & tak percaya. Tapi tak sangka , mimpi aku & Ita memang benar.  Sebab Ita pon pernah termimpi pasal 'orang ' tuh. Dia pun pelik kenapa 'orang' tuh ada dalam mimpi dia.

Ita hanya bersikap positif selama ini, mungkin itu cuma mainan tidur. Mungkin mimpi itu hanyalah sebuah mimpi yang tiada makna. Tapi ternyata, selepas insiden Ita dirasuk, segalanya dah terjawab.

Pengajarannya, jika kita kerap bermimpi sesuatu berulang kali. Janganlah hanya menganggap mimpi itu remeh. Mungkin ada petunjuk yang ingin disampaikan. Berjumpalah dengan pakar selayaknya, kerana salah satu petanda gangguan makhluk halus, salah satunya ialah mimpi yang buruk.

Untuk kali ini, sampai disini sahajalah cerita yang aku ingin kongsikan pasal Ita. Untuk entri akan datang, aku akan berkongsi pengalaman yang berlaku dirumah Ita.

jeng..jeng..jeng.. tunggu..


Comments

Popular Posts