Tone Excel

Tuesday, January 28, 2014

Misteri Jam 12

Kaki aku bengkak balik. Aku pernah jumpa tukang urut, tapi aku mintak urut satu badan. Barulah sedap sikit badan. Menurut tukang urut tuh, urut paling baik kena 3 kali berturut-turut. Bila aku nak set appointment untuk next urut.. menurut anak dia, mak dia tak boleh nak urut aku sebab, lepas mak dia urut aku jer, mak dia sakit-sakit macam tu.. Tambah kawan aku lagi, mak dia cakap, aku bukan nya sakit urat, mak dia tak nak cakap ada apa. Mak dia suruh aku jumpa ustaz. Aku pun lepas urut dengan mak dia,, petang tuh terus demam. Aku memang dah biasa & suka urut dengan mak dia.. Haish nak carik tukang urut lain takut tak serasi dengan badan aku. Natijahnya, last2 aku suruh jer mak aku urut aku masa aku nk tido,, ada dalam kul 12 kot masa tuh.. Sambil urut tuh mak aku cerita pasal cerita-cerita seram kat Melaka. Hohohoho memang layan gak,, macam lullaby song jer aku dengar mak aku cerita.

1) Tok Samad

Kat Kampung aku neh ada satu identiti seorang lelaki tua yang agak misteri.. menurut mak aku, orang kampung panggil dia Tok Samad, tinggal kat Berisu, tapi orang selalu jer nampak dia kayuh basikal dalam kampung. Baiknya, dia tak kacau orang. Tapi menurut orang kampung, Tok Samad tuh sebenarnya dah meninggal dunia lama dah.. Tak silap mak aku, dia tuh sebatang kara, sampai sekarang orang selalu nampak dia kayuh basikal tua.,, Lagi satu, tak silap aku, pasal Tok Samad neh, pernah keluar dalam Majalah Mastika tahun 90 an.

2) Wayang Kampung

Mak aku cakap, masa dia kecik-kecik, kat kampung aku kat atas bukit, kat Pekan Berisu ada orang buat macam wayang malam-malam. Tapi free jer lah.. Mak aku kata memang best, pernah satu kali mak aku balik dari tengok wayang, tak silap mak aku masa tuh dia baru pas tengok cerita lakonan "Suzana", pelakon seberang dari Indonesia, memang cerita seram lah, cerita hantu, baru jer dia nak turun bukit tiba-tiba rasa macam ada orang baling pasir. Pastu ada bunyi orang bersiul-siul. Hurm.. tak perlah mungkin ada orang nakal kot.

Tapi benda neh berulang balik, masa tuh aku ingat lagi arwah moyang laki & perempuan aku masih hidup, kitorang balik dari terawikh jalan kaki jer,, dalam masa yang sama lalu ikut bukit,, masa nak turun bukit tuh aku dengan mak aku sama-sama rasa sakit kaki & terdengar bunyi orang bersiul..

Menurut mak aku, rumah atas bukit yang dekat balairaya tuh, memang berhantu,, mak aku selalu dengar orang cerita macam-macam pasal rumah tuh..

Nasib baik bende tuh tak baling pasir,, aku neh dah lah panas baran,, mau nye aku menjerit nanti "Hoi!! apa main baling-baling pasir neh,, tunjukkan diri ko!!" hohohoho

3) Perempuan Mati Bunuh Diri

Mak aku ada cakap, masa mak aku kecik-kecik dulu kat kampung neh ada sepasang suami isteri. Isteri dia frust sebab laki dia selalu amik dadah,. Nak jadikan cerita, satu hari bini dia mati bunuh diri. Sejak kejadian tu, orang kampung selalu nampak dia merayau-rayau kat hujung kampung. Tak silap mak aku, kubur perempuan tuh pon ditanam agak terpencil dari orang lain,, aku tak tau lah bende neh Bid'ah ke aper.. menurut orang kampung, mayat mati orang bunuh diri neh tak leh tanam sekali dengan mayat-mayat yang lain, kena tanam dorang bawah pokok. hurm..

4) Mata Merah

Yang ini cerita mak aku dengar dari orang lain. Mak aku cakap neh cerita dari Datuk Sedara aku, kitorang panggil Tok Ngah. Mak aku cakap, Tok Ngah neh memang rajin dari dia muda sampailah akhir hayat dia.. Nak dijadikan cerita, ada satu malam, mungkin Tok Ngah pergi tengok wayang kampung. Nak dijadikan cerita Tok Ngah aku lalu satu rumah neh, aku pun tak berapa nak faham jugak cerita mak aku neh,, menurut mak aku, dekat depan rumah moyang aku,, kat bawah tuh rumah Nek Jah. masa tuh rumah Nek Jah kecik lagi,, ada orang pergi tumpang kotak batu nisan ker keranda ntah,, antara dua bende neh lah.. masa Tok Ngah aku lalu,, Tok Ngah aku perasan macam ada mata merah kat dalam kotak tu.

Tu lah antara beberapa cerita yang segar dalam otak aku,, masa malam mak aku urut sampailah aku tertido. Terima Kasih banyak2 mak, walaupun aku selalu gaduh dengan mak. Tapi kadang-kadang kitorang boleh jadi kawan baik. Nanti saya belanja mak gula-gula kapas kat Uptown Danau Kota tuh, jangan risau, air mineral nanti along standby satu tong besar, along tahu mak kencing manis.


2 comments:

  1. Ayah saya pun orang Melaka. Melaka dekat Brisu juga. Tapi bukan Berisu. Sebenarnya Brisu atau Berisu ek ? Kampung arwah atok nenek saya dekat tngah2 hutan. Tak ada jiran pun. Jiran pun jauh2 . Anyway,saya suka blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang satu tempat jer lah kot Kampung Berisu kat Lubok China kan?

      Delete