Laluan Jin

Hai, entri kali ini merupakan kesinambungan dari blog aku yang sebelumnya 'Mimpi'. http://lillysuryanimisterius.blogspot.com/2014/01/mimpi.html . Masih lagi menceritakan pasal rakan aku, Ita.

 Selepas Ita & Suami berubat di rumah ustaz tersebut, Ita & Boy meminta ustaz tersebut datang ke rumah untuk 'pagar rumah' dan memeriksa rumah terbabit, kot-kot ada 'makhluk' lain yang 'menumpang free tak bayar sewa' heheheh maksud aku 'makhluk halus' lah.

Mula-mulanya ustaz tu memang nak datang dalam minggu tu jugak, tapi tiba-tiba ustaz tuh kemalangan motor maka terpaksa tunda sehingga ustaz tu benar-benar sihat.

Akhirnya, minggu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ustaz tuh pun sudah sembuh. Rumah Ita pun penuh dengan sanak saudara yang datang bertandang, menyambut kedatangan ustaz tersebut. Ustaz bersama lagi tiga anak muridnya turut hadir untuk membantu,, ataupun mungkin untuk belajar dari pengalaman.

Ustaz beserta anak muridnya cuba membuat apa yang patut, seperti sembahyang hajat dan mengaji. Sewaktu ustaz berserta muridnya sedang mengajilah, penyakit Ita datang kembali menyerang. Ita menjadi pening dan sakit kepala kemudian kerasukan tidak sedarkan diri.

Sewaktu Ita kerasukan itu lah bermula dialog antara ustaz dan makhluk terbabit. Rupa-rupanya makhluk yang datang mengganggu kali ini bukanlah makhluk yang sama yang mengganggu Ita , selepas di asak, rupa-rupanya dalam badan Ita ada tujuh 'penghuni'.

Berlaku insiden yang mencuit hati sewaktu Ita dirasuk, dimana ustaz tersebut memberi amaran kepada 'makhluk' yang menumpang dalam badan Ita :

Ustaz : dengar sini, suami Ita, haramkan kau masuk dalam badan Ita lagi.
Ita/Jin : dia bukan suami aku!!
Ustaz : memanglah dia bukan suami kau! dia suami Ita.. Kau tu jin, mana boleh kahwin dengan manusia.

Hahahhahahahah tak sedar diri betul 'makhluk' halus tu, dah lah tumpang dalam badan orang, berlagak lak tak mengaku tu bukan suami dia menggunakan badan/mulut Ita.

Menurut ustaz, apabila seseorang itu sudah pernah disihir ataupun jika badan seseorang itu pernah dimasuki jin, maka selepas itu akan mudahlah jin-jin yang lain datang menumpang, seolah-olah 'laluan' untuk jin tersebut sudah terbuka, maka semakin mudahlah dia masuk ke badan seseorang. Rupa-rupanya jin tersebut bukanlah dihantar, sebaliknya mungkin dimasuki tanpa sedar sewaktu Ita pergi ke sesuatu tempat seperti sungai, air terjun dan sebagainya.

Saudara-mara Ita yang menyaksikan kejadian Ita dirasuk tergamam. Tak sangka rupa-rupanya selama ini, jika mereka hanya menonton di TV mahupun wayang tentang seseorang yang kerasukan, dapat dilihat oleh mereka secara 'LIVE'.

Menurut ustaz, rumah Ita tiada apa-apa . Ok jer. Walaupun sebelum ini, pernah terjadi satu kejadian, dimana Ita terkunci didalam biliknya sendiri. Sedangkan jika mengikut logik, tombol pintu untuk 'kunci' berada disebelah dalam bilik, puas Ita memulas, memaksa Ita menelefon suaminya di pejabat. Suaminya dari pejabat bergegas pulang. Sewaktu suaminya sampai kerumah, Boy memaksa Ita memasang ayat ruqyah yang kebetulan ada dalam masa telefon bimbit Ita, sewaktu Ayat Ruqyah dibacalah, pintu bilik Ita boleh dibuka oleh suaminya, Boy.


Comments

Popular Posts