Tone Excel

Sunday, January 5, 2014

Sixth Sense

Hai,
Entry kali ini, aku nak cerita pasal sixth sense atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Panca Indera Ke-6. So, entri kali neh memang tak ada kena mengena dengan band dari Indonesia kumpulan Sixth Sense tuh yek..
Orang yang ada Sixth Sense neh selalunya pandangan mata dia tembus, dia boleh melihat perkara-perkara ghaib seperti jin dan syaitan, langit ke tujuh dan sebagainya.

Punca atau penyebab seseorang yang ada sixth sense neh :

1) Dari lahir atau dari kecik
2) Disihir
3) Pengamal Ilmu Hitam
4) Seseorang yang alim/warak
5) Hijab dibuka oleh pakar
6) Dah Nak Mati (hehehhe)

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Sixth Sense neh, korang boleh lah tengok cerita Al-Hijab filem arahan Pierre Andre ( Alah cari jer lah kat youtube). Dari cerita tuh apa yang aku faham, hijab tuh macam selaput aura yang melindungi mata kita. Tanpa selaput aura tuh lah kita boleh tengok benda yang bukan-bukan macam jin syaitan, alam ghaib semua tu. Bila seseorang tu dah boleh melihat semua tu, barulah kita panggil yang dia tu dah mempunyai 'sixth sense'.

Sebenarnya, aku pun nak kongsi beberapa kisah tentang 'sixth sense' neh. Kisah pertama yang aku rasa memang nak kongsi pasal jalan cerita dalam Al-Hijab, aku tau ramai yang dah tengok ceritakan? Cuma aku cerita serba ringkas. Dalam cerita Al-Hijab tuh, mengisahkan Pierre Andre memegang watak sebagai pelakon. Tiba-tiba dia dapat tawaran berlakon cerita seram. Dia cuba menjiwai watak seram untuk drama terbabit, termasuklah menonton filem-filem seram, tapi malangnya perasaan seram tu memang tak ada. Akhir sekali dia berjumpa dengan seorang pakar perempuan yang mampu untuk membuka hijab nya, agar dia boleh menjiwai watak seram tersebut. Dia betul-betul teruja bila dia boleh nampak bermacam-macam makhluk ghaib. Pakar Wanita itu kemudian ingin menutup kembali hijabnya, tapi malang, Pierre Andre tak nak, dia berjanji  akan kembali  keesokan harinya untuk menutup hijabnya kembali. Sepanjang malam dia diganggu tanpa henti, dia boleh nampak hantu kat rumah kosong, pocong kat dalam rumah . Akhirnya keesokan paginya dia terus pecut nak ke rumah pakar terbabit tapi malangnya pakar tersebut dah meninngal pulak.

Ada sebab kenapa aku nak cerita pasal sinopsis Al-Hijab neh, sebab baru-baru ini, ada je kawan-kawan aku ajak main permainan. Aku tanya gak lah permainan apa. Katanya, permainan bukak hijab.. huish gila ker.. katanya tak payah takut, dia pernah cuba permainan tu, katanya. Tapi, aku tolak mentah-mentah sebab aku takut jadi macam citer Al-Hijab tuh.. mana lah tahu tengah-tengah syok tiba-tiba pakar tuh meninngal sebab kena strok ker, sesak nafas sebab tercekik taik idung ker,, apa-apa jer lah, last-last hijab aku tak boleh tutup kang tak ke naya nama nya tuh?

Dalam masa yang sama aku teringat jugak cerita dari abang sepupu aku. Katanya, dia pernah cuba permainan bukak hijab neh, katanya alam 'mereka' tuh tak ada angin, tak ada udara.. latar belakang macam warna merah dan makhluk-makhluk tu semua nampak hitam jer. Tak nampak pun lah seperti yang dilihat dalam wayang-wayang, drama dan seangkatan dengan nya, yang kononnya 'mereka' tuh bertanduk, lidah terjelir, kuku panjang dan ntah apa apa lagi ntah.

Kalau benarlah kata abang sepupu aku, maka tak hairanlah kawan aku cakap tak payah takut. hehehheheheh..
hohohohoh

Aku sebenarnya agak berminat gak nak tengok alam ghaib neh, tapi dalam masa yang sama aku mintak pendapat orang lain. Tak kurang juga sumber-sumber yang aku dapat dari Encik Google. Dari apa yang aku dapat maklumat baik dari Encik Google mahupun teman, apa yang aku faham :

Latar Belakang Warna - kalau korang pernah tengok cerita-cerita seram, terutama bila tiba babak seseorang tu tengah tembus ke alam ghaib, mesti akan ada warna latar macam kuning, hijau , merah dan sebagainya. Apa yang aku faham warna latar yang paling baik adalah warna hijau, maksudnya, 'sixth sense' yang diperoleh tuh adalah kurniaan dari Allah, memanglah semua bende berlaku atas kekuasaan Allah jugak. Tapi mungkin ayat yang lebih sesuai, Allah redha memberi 'sixth sense' kepada seseorang itu, berbanding dengan orang yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan. Jika latar belakang warna Merah seperti yang didakwa seperti sepupu aku tuh, maksudnya dia menggunakan perantaraan jin & syaitan untuk tembus melihat alam ghaib.. hurm.. yang kawan-kawan aku neh ntah warna apa lak background color untuk sixth sense nyer tuh , lupa pulak aku nak tanya hhahahaha.

Meter Ketembusan Mata - hahahha aku tak tahu ayat apa yang sesuai untuk ayat neh... Apa yang aku maksudkan ialah sejauh mana mata kita boleh tembus. Dari cerita sepupu aku neh yang aku faham, dia cuma boleh nampak rupa 'makhluk' tuh cuma warna hitam jer.. sebab itu sahajalah kemampuan matanya yang keenam yang boleh tembus ataupun bergantung kepada Kekuatan Pakar Pembuka Hijab tu gak..
Kalau macam cerita Al-Hijab tuh, mata dia boleh tembus sampai boleh nampak rupa sebenar makhluk tuh, yang kat dalam air, yang bertanduk, yang berdarah sebab 'Mata Batin' (sixth sense) Pierre Andre tuh kuat.. atau pun Pakar Pembuka Hijab tuh yang memang ilmu nya tinggi.

Tempoh Masa - macam yang aku kata kat atas tadi, ada sesetengah orang punca dia boleh nampak bende tuh bergantung. Ada orang boleh nampak bende tuh cuma masa  dia disihir,, lepas dia dah sihat, dia tak nampak lagi semua tuh. Ada jugak yang mata dia selalu boleh nampak 24jam selalu,, ha.. yang spesies macam neh seksa sikit..Tak kurang juga ada sesetengah orang cuma boleh nampak 'benda' tuh pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kiranya dia punya 'Mata Batin' dia tuh boleh on & off. Tapi ada orang kata, kalau buka hijab kalau guna perantaraan jin & syaitan neh kesan dia bergantung. Ada yang boleh nampak benda tuh masa Hijab dia dibuka oleh Pakar, bila Pakar tu dah tutup balik hijab tu, dia tak nampak lagi. Tapi tak kurang juga, ada setengah kes, yang walaupun bila Hijab dia dah ditutup, dia akan boleh jugak nampak 'makhluk' tu pada waktu-waktu atau tempat-tempat tertentu..

Hurm,, entri aku kali neh lebih kepada 'Table Talk' & 'Google Search' bukanlah perbincangan secara 'Ilmiah' yang merujuk kepada 'Jurnal' , 'Ensiklopedia' dan sebagainya.

Tapi, sebarang komen amatlah digalakkan. Aku memang macam berminat jugak nak tengok alam 'sana' tuh, tapi dalam masa yang sama, aku berbelah bagi nak ke tak nak join. Haish ni lah aku, lepas habis belajar, banyak waktu terluang. macam dah tak de kerja lak. Haish.. tengoklah macam mana.





2 comments:

  1. kalau smgt tu kuat ok je,tp ape2 tak payah la takut permainan jd serius..

    ReplyDelete
  2. sixth sense ni bukannya hijab mata semata-mata xp boleh jadi juga perasaan yang kuat terhadp sesuatu perkara.. contoh nya ssorg dpat tahu ttnt bhaya yg akn mnimpa mereka.. dan persaan itu smkin lama semkin kuat apabila dia semakin mghampiri bahaya tersebut..
    seorg ibu misalnya mempunyai sixth sense yang kuat terhdp keluarganya... dlam erti kta yg lain sixth sense blh ada pda sesiapa shaja wlaupun hijab mata merka tidak terbuka seperti sstgh org..

    ReplyDelete