Tone Excel

Monday, September 15, 2014

'Hellhound'


'Hellhound' atau 'Google Translate' nyer 'Orang Jahanam' hahahhaha. Sebenarnya 'Hellhound' neh adalah merupakan seekor anjing ghaib dalam kepercayaan mitos diseluruh dunia. Hellhound juga merupakan makhluk yang dipercayai dari neraka. Rupanya seperti anjing besar yang mempunyai mata yang merah atau kekuningan serta berbulu hitam. Sekiranya seseorang itu sudah terlihat 'hellhound' tiga kali ajalnya akan tiba.

'Hellhound' hanya akan memburu seseorang yang mempunyai kontrak dengan neraka/syaitan. Bunyi lolongan 'Hellhound' dapat didengari lebih dari satu batu.Hellhound mempunyai keupayaan untuk berkata-kata dengan manusia yang hendak dibunuhnya dan hanya manusia yang akan mati sahaja dikatakan mampu melihat Hellhound.

Selain itu, Hellhound juga mempunyai susuk tubuh yang besar(lebih besar dari anjing biasa) dan mempunyai keupayaan untuk bergerak pantas.

Didalam Lagenda Eropah, Hellhound merupakan makhluk yang menjadi petugas menjaga dipintu masuk untuk orang-orang mati seperti perkuburan dan tanah perkuburan, dan menjaga harta-harta dialam ghaib.

Akhir sekali, kepada sesiapa yang pernah melihat dan mendengar lolongan 'hellhound'  merupakan satu petanda kematian.



1 comment: