Tone Excel

Tuesday, September 9, 2014

'Pengajuk'





Kali neh aku nak bercerita tentang satu pengalaman dari Rancangan Misteri Jam 12, kata kawan neh, dulu dia neh memang berani sangat layan Misteri Jam 12.. walaupun suami dia keluar bekerja malam, dia tetap berani layan sorang-sorang. Tapi ada satu kejadian yang menyebabkan dia berubah. Dia hanya akan mendengar  Misteri Jam 12 sewaktu suami dia berada dirumah, jika suami dia bekerja malam, dia tak akan.

Lisa(bukan nama sebenar), pada suatu malam sewaktu suami dia bekerja malam, dia melayan Misteri Jam 12 seorang diri. Untuk korang yang pernah dengar Misteri Jam 12, pasti akan terbiasa kalau terdengar 'sound effect' perempuan mengilai dan menangis. Serius, memang bunyi suara hilaian dan ketawa itu menakutkan, Misteri Jam 12 neh radio Singapore, kalau korang yang duduk area Johor mungkin boleh tembus siaran radio tersebut 89.7fm. Kalau tak, korang boleh mendengar siaran dari Internet Radio seperti MeRadio dan sebagainya tak pon korang boleh dengar dari YouTube.

Ok, berbalik Kisah Lisa, sewaktu dia sedang melayan Misteri Jam 12, sewaktu 'efect' perempuan mengilai, Lisa akan tukar ke siaran radio lain, sebab bagi Lisa, effect perempuan menangis tuh memang menakutkan nak nak kalau dengar seorang diri.

Sewaktu Lisa sudah bertukar ke siaran Radio lain, tiba-tiba perasan suara perempuan mengilai tersebut masih kedengaran, terdengar jelas berada diluar rumah. 






No comments:

Post a Comment