Tone Excel

Wednesday, September 10, 2014

Permainan Mistik : 'Blue Baby, Baby Blue'

Ok kali neh, aku nak story tentang Permainan Mistik yang agak legend dekat negara luar sana iaitu permainan 'Blue Baby'.

Konsep permainan neh sama dengan Permainan 'Bloody Mary' cuma yang kiutnya permainan neh tak perlu korang bawak masuk lilin bagai.

Caranya korang pergi toilet sorang diri, kunci pintu dari dalam, padamkan lampu, mengadap cermin, lepastuh korang buat tangan ala-ala pegang baby macam gambar budak 'nerd' kat bawah neh :


Kemudian korang mula membaca mantera kat bawah neh :

" Blue Baby, Baby Blue"

Sebanyak 13 kali tanpa salah sebut.. Kalau korang tersalah sebut contohnya tetiba yang kali ke13 korang tersebut "Blue Baby, Baby Boo" (contoh) korang kene repeat balik..

Kalau korang buat ritual diatas neh dengan betul, korang akan rasa dekat tangan korang macam seolah-olah 'bayi ghaib' kat dukungan korang. Sebelum dia semakin berat, korang kena cepat-cepat buang kan baby tuh kat dalam lubang tandas dan korang terus 'flush'... ada jugak dakwaan mengatakan sewaktu 'bayi ghaib' tuh ada kat tangan korang, makin lama korang pegang, korang boleh rasa yang 'baby blue' tuh cakar-cakar tangan korang.


Kemudian, dekat dalam cermin akan keluar satu bayang perempuan sambil menjerit sampai pecah cermin "Pulangkan bayi aku"(Tapi, dia speaking London lah, aku terjemahkan jer)..

Ada satu cerita tentang sekumpulan pelajar yang pernah mencuba ritual ini, mereka menghantar seorang kawan untuk masuk ketandas seorang diri, yang lain menunggu diluar tandas, sekian agak lama, kawan diorang yang kat dalam tandas tuh senyap, puas ketuk pintu dan try bukak tak boleh, locked dari dalam.

Kemudian mereka mendapat bantuan dari rumah kawan yang lain, sewaktu tiba ditempat kejadian, selepas pintu berjaya dibuka, kawan diorang mati dalam keadaan yang cukup mengerikan, mata dikorek dan badan penuh dengan cakaran.

Masalahnya sekarang, korang percaya ke? Hahahhaha aku percaya jer kalau korang buat permainan Baby Blue, Blue Baby neh memang korang akan terdengar suara perempuan menjerit kalau korang duk lama-lama dalam tandas.

Tapi, bukan suara dari dalam cermin, sebaliknya suara mak atau bini korang kat luar tandas sebab mengamuk tunggu lama, orang lain pun nak guna tandas jugak, yer tak? kehkehkeh


No comments:

Post a Comment