'Slender Man'


Kali neh aku nak bercerita satu kisah yang agak famous lebih dari 20tahun. Tapi cerita neh popular dari negara luar seperti, Amerika, England,Norway, Jepun, Spanyol, Perancis, German, boleh dikatakan hampir kebanyakan negara, tapi kat Malaysia tak pernah dengar cerita pasal Slender Man neh dan tiada bukti yang kukuh 'Slender Man' neh berasal dari mana sebenarnya.

Kalau korang google translate maksud 'Slender' neh korang akan jumpa maksudnya ramping/tirus. Tapi bila aku hayati balik cerita pasal 'Slender Man' neh. aku rasa, nama 'Slender Man' neh diberi sebab ketinggiannya lebih dari 6 kaki hingga 7 kaki... Sebab tuh dia nampak 'slim' sebab dah tinggi.

Slender Man sering muncul dalam keadaan memakai kot berwarna hitam atau kelabu juga berbaju  putih dan 'neck tie' atau 'bow tie' berwarna hitam atau merah. Sekali pandang 'Slender Man' neh macam manusia, tapi disebabkan rupa dia tak macam manusia seperti tiada wajah (kat muka dia tak ada mata, hidung, telinga malahan rambut sekalipun.) Dia seolah-olah kelihatan macam ada beg putih kat kepala dia, lebih kurang macam tu lah. Lagi satu tangan dia terlalu panjang dan boleh cecah tanah. 
Setiap kali, 'Slender Man' neh muncul, mesti akan ada budak budak atau remaja yang hilang. Lagi satu, Slender Man neh akan muncul kat tempat-tempat yang ada banyak pokok-pokok atau taman permainan yang memang berkabus. Kebanyakan mangsa yang terjumpa dengan Slender Man neh akan dipukau sampai diorang tak boleh nak bergerak mana-mana.


'Slender Man' neh boleh muncul dan lenyap dalam sekelip mata mengikut suka hati dia je.. Tapi sampai sekarang masih tak terjawab, kenapa 'Slender Man' neh muncul dekat orang-orang tertentu je..

Ada yang mengatakan, sesiapa yang pernah terserempak dengan 'Slender Man' neh akan jadi gila, hidung berdarah, mimpi ngeri, berhalusinasi dan banyak lagi lah tanda-tanda lain. Cara 'Slender Man' neh bunuh budak-budak memang kejam kononnya selepas mangsa digantung dekat dahan pokok yang tinggi hidup-hidup dan akan dibiarkan berdarah-darah sehingga mati,'Slender Man' neh akan amik organ-organ badan mangsa neh dan akan masukkan dalam beg plastik.. Eeee kejam giler.. 

Sebenarnya banyak kes yang dilaporkan tentang 'Slender Man'.. Tapi pihak polis pun tak boleh buat apa-apa, sebab tak ada bukti satu, lepastuh kebaanyakan mangsa akan tiba-tiba hilang kalau sempat hidup pun sekejap jer untuk terangkan rupa "Slender Man" neh..


Sebenarnya Slender Man neh ada banyak gelaran lain contohnya 'Tree Man'(sebab dia suka menyorok dekat balik-balik pokok, sekali pandang dia dengan pokok macam sama jer), Slendy, Master, Schlanker Mann, Fear Dubh dan banyak lagi lah tak larat aku nak taip, korang boleh tengok kat wikipedia.

Kebanyakan 'footage' yang dimuatnaik kat youtube akan berakhir dimana, korang akan tertanya-tanya dorang neh hidup lagi ker tak lepastuh. Salah satu 'footage' yang bagi aku agak tertarik untuk aku kongsikan ialah merupakan sebuah rakaman pita dari soal siasat(kes polis) pada tahun 1989 pada 6/7 Oktober tapi disebabkan kes ini dah berlaku lebih 20 tahun jadi rakaman neh boleh ditunjukkan kepada umum, disebabkan kes ini memang dah ditutup atau dibuang kot. 



Untuk korang yang tak boleh dengar footage kat atas aku terangkan serba ringkas, Footage diatas berkisahkan Thomas, bapa kepada mangsa yang bernama Jessica. Jessica bermain kat luar bersama kawan-kawannya pada hari kejadian. Disebabkan hari dah semakin gelap, Jessica belum sampai kerumah, jadi Thomas(bapa Jessica) telefon ibu bapa kepada kawan Jessica yang bermain bersama Jessica pada hari tuh. Tap ibubapa kawan dia bagitahu Thomas, yang Jessica dah balik setengah jam yang lepas. Thomas pun risau, sebab perjalanan nak balik kerumah cuma ambik masa 5 minit jer. Thomas pun keluar ke rumah nak carik Jessica, Tengah dia carik Jessica tiba-tiba dia jumpa 'Slender Man' tengah pegang baju anak dia.. Kemudian tiba-tiba sedang 'footage' neh dirakam. Thomas menjerit-jerit katanya 'Slender Man' tuh ada kat belakang 'Pegawai Penyiasat(Polis yang soal siasat dia dalam rakaman neh). Tiba-tiba terdengar suara pegawai polis neh pon macam terkejut, terdengar bunyi tembakan, lepastuh bunyi tapak kaki, Footage neh tergantung begitu sahaja. Khabarnya, tiada khabar berita yang didengar tentang Thomas dan Pegawai Penyiasat neh. Cuma 'footage' neh jer lah..

Hurm korang rasa macam mana pulak? betul ker tak kisah neh? Ker cerita neh cuma direka oleh orang-orang tua dulu nak takutkan budak-budak?

Kalau tanya aku, mungkin kisah ini 50% betul sebab, cerita neh bukan sahaja berasal dari sesebuah tempat atau negara jer tapi cerita neh jugak popular dekat negara asia seperti Jepun dan kebanyakannya bila ditanya tentang rupa 'Slender Man' diorang akan bagi jawapan yang sama tentang ciri-ciri fizikalnya.

Tentang footage mungkin yer atau mungkin tak..

Selebihnya terpulang kepada korang untuk menilai...

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts