Tone Excel

Wednesday, September 10, 2014

Permainan : 'Bloody Marry'



Kali neh aku nak cerita tentang satu permainan mistik yang dipanggil 'Bloody Mary'..
Cara nak main permainan mistik neh, cukup simple.. Korang cuma kene tunggu pukul 12 tengah malam, kemudian korang masuk bilik air padam lampu.. bawak sebatang lilin dan nyalakan, berdiri depan cermin dalam bilik air rumah korang, kemudian korang sebut :

"Bloody Mary....
.......Bloody Mary......
................Bloody Mary "

Sebut perkataan kat atas tuh sebanyak tiga kali atau 13 kali.. lepastuh tada...!!! korang akan tengok, sape yang muncul kat dalam cermin hahahahhahahahhaha ...

Kononnya selepas korang buat ritual yang disebut kan diatas, akan ada satu perempuan dengan muka pucat lesi akan muncul dekat depan cermin sambil tersenyum sinis memandang korang.

Ada juga yang mengatakan, kalau korang tersalah ritual, aku pon tak pasti tersalah ritual macam mana ntah, mungkin lah kot aku rasa kalau korang tersalah panggil ker sepatutnya korang sebut 'Bladi Meri' tapi korang tersebut 'BALDI meri' ker..(kononlah,,, aku pun tak tau salah ritual tuh camner). 'Bloody Mary' tuh akan menggunakan bayang 'pemanggil' tersebut di dalam cermin dalam keadaan merenung tajam kepada pemanggil. Contoh mungkin macam gambar kat bawah neh



Sebenarnya, ada banyak kebarangkalian yang akan berlaku dengan ritual diatas, salah dua nya adalah:

i - 'Bloody Mary' akan mengorek mata pemanggil dan mencakar kulit pemanggil sehingga mati..


ii - 'Bloody Mary' akan menghantui hidup korang seumur hidup sehingga korang boleh jadi gila huhuhuhuhu..

Ada juga yang mengatakan, dalam kes agak terpencil, 'Bloody Mary' akan memulakan perbualan dengan pemanggil, dan hantu 'Bloody Mary' neh akan menceritakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Perbualan akan berterusan dalam jangka masa yang agak pendek sehinggalah dikatakan, pemanggil tersebut akan hilang dan tidak akan didengari lagi khabar berita darinya kerana dipercayai, ditarik oleh 'Bloody Mary' kedalam cermin dan korang akan terperangkap didalamnya SELAMA-LAMANYA...!!!



Korang mesti pelik kan? Amende lah 'Bloody Mary' tuh kan? Kalau Biskut Meri tuh korang kenal lah jugak iye dok?

Ok lah asalnya ada tiga nama yang merujuk kepada entiti yang sama seperti 'Bloody Mary', 'Mary Worth' dan 'Dead Mary'.

Versi yang paling popular ialah Bloody Mary merujuk kepada Ratu England I yang juga dikenali sebagai Mary Tudor. Beliau diberi gelaran Bloody Mary sebab dia berlaku kejam kepada rakyatnya sepanjang zaman pemerintahannya.Selain itu, riwayat mengatakan yang Mary Tudor neh tak boleh mengandung, kalau dia mengandung, kompom bayi dia hilang... Sebab tuh ada jugak yang mengatakan salah satu cara yang paling ekstrem nak seru Bloody Mary neh korang boleh jugak sebut "Mary, I killed your baby" sebanyak tiga atau 13kali...



Versi yang lain pulak mengatakan Mary Worth merupakan seorang ahli sihir yang hidup 100 tahun, satu hari tuh dah kantoi,, bila dah kantoi dengan orang kampung dia pun dihukum gantung sampai mati mandatori..


Versi yang lagi satu, macam agak 'noob' tapi boleh lah jugak digunapakai kot, kononnya Bloody Mary neh adalah Mary Worthington. Mary Worth neh seorang yang cantik, dan dia seorang yang sangat bangga dengan kecantikannya itu.. Sehinggalah satu hari dia terlibat dalam kemalangan dan mati ditempat kejadian. Dikatakan muka dia habis hancur remuk, sebab tuh, sesiapa yang seru Bloody Mary neh dengan perkataan "I believe in Mary Worth" sebanyak tiga atau 13 kali, Bloody Mary neh akan menjelma dalam cermin dengan muka yang remuk dan hancur sewaktu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dahulu..



Jadi, kesimpulannya.. korang rasa macam mana? Betul ke tak?

Kalau aku secara jujur aku rasa benda neh mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga tidak. Tapi aku tak berani lah nak buat, sebab aku rasa hidup aku cukup indah sekarang neh, So, kepada sape2 yang dah putus asa dengan hidup, asyik kene marah dengan boss, boyfie atau gugurl tak balas wechat/wassap, korang boleh lah cuba ritual neh.

Tapi pastikan waktu korang buat ritual neh waktu tengah malam dalam kul 12, bawak sebatang lilin masuk jamban, padamkan lampu tandas, mengadap cermin dan buatlah..

Oh yer lagi satu, pastikan korang menggunakan Bahasa Inggeris yang betol, sebab bukan aku nak berlagak ker atau nak suruh korang jadi Spain uOlzz,,,

Sebab Mary tuh kan Mat Saleh, kang kalau korang cakap Bahasa Melayu kang takut dia tak faham lak hahahahahah,, kang tin biskut meri lak yang datang kat korang lak kang!

Lagi satu kan aku nak cakap, sebelom aku update blog neh, aku ada terbaca, yang ritual neh 30% mungkin betul.. sebab yer lah kan,, ritual neh buat kat dalam jamban, korang tahu kan jamban tuh rumah sape??? So, ada kemungkinan ada benar jugak akan ada syaitan yang menyesatkan manusia..

Lagi 70% mengatakan ritual neh tak betul sebab, yer lah kot,, agak-agaklah sikit, ko ingat senang ker nak panggil-panggil & puja hantu neh??? lain lah korang neh dah bertapa dekat 7 pergunungan, 7 dasar laut dan 7 hutan belantara logik gak lah hantu tuh nak dengar korang panggil dia hahahahha.. Sedangkan orang yang dah tidur lena dalam kul 12 korang panggil bawak KFC, MC D, A&W pun belom tentu dia nak dengar, neh plak korang nak panggil setan dengan sebatang lilin jer kah kah kah kah.

Tapi, aku syorkan, janganlah buat.. Bukan apa, baik korang simpan lilin tuh untuk guna pada waktu-waktu kecemasan time black out ker.. ok?

Bye..



No comments:

Post a Comment