Tone Excel

Friday, September 18, 2015

Diganggu Puaka Sungai Sewaktu Tengah Memancing

Sekali lagi aku berterima kasih kepada likers KHK. Berkat dari perkongsian cerita-cerita seram. Akhirnya aku dapat lagi satu bahan menarik untuk aku muatkan ke dalam blog ni. Atas permintaan pencerita. Lokasi dan nama pencerita terpaksa diubah. Biar aku namakan pencerita ni sebagai Atan dan tempat ini terletak di salah satu tempat di utara Malaysia.

Sudah menjadi kebiasaan Atan dan tiga lagi kawannya memancing disini. Tempat ini boleh dikatakan sebagai lubuk emas ikan siakap. Tidak pasti mengapa pada malam itu mereka diganggu, padahal kata salah seorang dari mereka (bukan Atan) kononnya, "Alah... puaka dekat sini pun dah kenal dengan kita oranglah".

Mungkin kerana takbur? Bercakap besar? atau mereka berkata sebegitu hingga menyebabkan 'makhluk' yang telah lama mendiami tempat itu terasa tercabar. Oleh hal yang demikian, 'makhluk' tersebut menunjukkan dirinya yang sebenar pada malam itu.

Mengikut pengalaman mereka lagi, sebelum ini mereka tidak pernah berasa takut kalau-kalau bertemu dengan hantu. Tetapi apa yang paling mereka risaukan adalah jika bertembung dengan babi hutan.

Kata Atan, babi hutan disitu memang ganas! Entah mengapa pada malam itu, salah seorang dari mereka boleh pula bersembang tentang kisah-kisah seram. Sambil melayan kisah seram. Kata Atan, dia berasa sungguh geram bila melihatkan rakan-rakannya yang lain sudah berjaya membawa naik ikan siakap 1.5kg.

Kemudian tiba-tiba sahaja hujan turun renyai. Mereka teruskan memancing kerana bagi mereka mungkin hujan tersebut turun sekejap. Entah mengapa tiba-tiba Atan dapat merasakan bulu romanya tiba-tiba meremang.

Atan kemudian berlari ke salah seorang rakan sambil bertanya jika mereka ada rasa sesuatu. Selang beberapa saat, tiba-tiba sebuah pokok api-api yang agak besar berada dihujung tiba-tiba bergoncang..

Mereka terpana seketika, tiba-tiba dari celah-celah rimbunan pokok-pokok terbabit, mereka melihat ada satu objek berwarna putih keluar dari situ dan terus bertenggek dengan sebatang pokok yang hampir dengan mereka, dimana pokok itulah mereka berteduh.

Pada waktu itulah mereka terdengar hilai ketawa yang amat nyaring! Dalam kepanikan, masing-masing lari menuju ke motor. Ada juga yang terlepas joran termasuk dalam sungai. Pada waktu itu, memang tidak terfikir jika ada yang sanggup melompat ke dalam sungai untuk mendapatkan joran terbabit.

Sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah, salah seorang rakan Atan yang bernama Lan memerli, "Hai, kata dah kenal dekat puaka sungai ni, kenapa lari?". Tiada masa untuk marah. Pada malam itu mereka hanya berasa ketakutan yang amat sangat.

Beberapa hari selepas kejadian, barulah mereka mendapat tahu, rupa-rupanya, belakang sikit dari 'port' memancing mereka terdapat satu kuil. Jadi, di sungai yang sering mereka memancing itu sering menjadi tempat untuk membuang abu mayat.

Jadi, tenpat itu sememangnya 'keras'. Tapi mungkin kerana salah seorang dari mereka bercakap besar, jadi, makhluk itu menunjukkan dirinya yang sebenar.. Jadi, moralnya.. berhati-hatilah dalam berkata, sebab bila kita tersalah cakap, makhluk halus pun sakit hati kehkehkeh.



No comments:

Post a Comment