Tone Excel

Thursday, September 17, 2015

Penampakan Syaitan Betina Diluar Tingkap Dapur

Masih menggila berkongsi tentang kisah gambar-gambar penampakan makhluk halus yang terdapat di dalam foto. Semalam aku berkongsi tentang kisah admin KHK, Parjo yang telah diganggu, lepas spam link blog dekat page tersebut (nasib baik admin dia bagi aku peluang sekali spam kat situ, aku takut2 gak kalau kena ban, tapi aku janji tulah sekali aku spam link kat situ, sebab tu dorang tak ban aku huhu), aku mendapat satu gambar dari salah seorang likers.

 Macam biasa aku katakan, korang berhak untuk mempercayai ataupun hanya menganggapnya sebagai hiburan sahaja. Tetapi aku percaya, dalam setiap agama dan kaum mempunyai kepercayaan masing-masing tentang makhluk astral ini.

Jika korang melihat gambar yang aku kongsi ini, korang akan melihat ada satu kelibat yang terdapat diluar tingkap bersebelahan dengan kain putih yang tersidai disitu (aku ada bulatkan). Penampakan kali ini lebih jelas daripada gambar yang aku kongsi semalam.

Menurut kisah rakan yang berkongsi gambar ini dengan aku. Dia dan isteri tinggal disebuah rumah kampung.Sebelum ini sering mendengar suara orang menangis diluar rumah.

Kemuncaknya pada satu hari, beliau memanggil seorang ustaz. Mungkin makhluk yang dimasukkan adalah seperti didalam gambar. Seramkan?

Aku yang tengah taip tengah-tengah malam ni pun meremang bulu roma. Aku bukan nak berlagak berani, cuma aku nak katakan, dalam dunia ini, masih ada dimensi lain yang kita juga berkongsi dengan makhluk ciptaanNYA.

Apa pendapat korang dengan gambar ini?

No comments:

Post a Comment