Tone Excel

Tuesday, September 29, 2015

Rahsia Rintihan Pokok Ketapang

Secara jujurnyalah aku sendiri tak pernah kenal dengan rupa pokok ketapang. Aku dapat cerita tentang pokok ketapang ni dari seorang kenalan yang aku jumpa masa tengah promote jual tudung tadi. Alhamdulillah... aku dapat dua rezeki. Pertama jual tudung, keduanya dapat jugaklah sumber untuk blog aku ni.

Terima kasih Encik Google


Menurut teman aku yang berasal dari pantai timur ni. Cerita pasal pokok ketapang ni bermula sewaktu dia dengan rakan- rakannya pergi ke kelas mengaji pada waktu malam akan melewati pokok ketapang.Tak tahu kenapa, setiap kali mereka melewati pokok tersebut mereka akan terus berlari kononnya lumba siapa sampai simpang dimana mereka berlima akan berpisah.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam macam mana entah teman aku ni boleh pulak pulang bertiga je.. dua perempuan satu lelaki.Dari rumah Ustazah yang ajar mengaji mereka banyak berdiam pada malam itu. Tiba masa lalu di pokok tersebut. Bulu roma kawan aku ni dah meremang. Serentak dengan itu terdengar suara orang menangis.

Rupanya bukan kawan aku seorang yang dengar. Dua yang lain turut terdengar. Tiba-tiba salah seorang dari mereka yang lelaki tunjukkan sesuatu dari atas pokok. Kawan aku yang bercerita ni tak nampak apa-apa.Tiba-tiba salah seorang dari mereka terjerit histeria. Kawan aku dengan seorang lagi teman yang menunjuk ke arah pokok tu jadi kaget.

Nasib baiklah malam tu, ada orang lain yang lalu kat situ. Agak kawan aku, kalau tak ada orang lain mahunya kawan yang kena histeria tu terjun sungai agaknya.Nak harapkan mereka berdua sekuat manalah kudratnya. Pakcik dan makcik yang lalu tu baru balik surau cuba pegang budak yang kena histeria tu, memang agak susah jugak.

Sampaikan kena panggil orang yang pandai bacalah apa yang patut. Memang seram jugaklah. Budak tu jenis lemah lembut. Suara halus tiba-tiba suara berubah garau. Paling seram dengar macam bunyi suara mendengus. Lebih kurang macam bunyi suara kucing nak bergaduh.Dari cerita orang kampung, pokok tu memang ada sesuatu. Rupa- rupanya pokok tu pernah jadi tempat orang buang 'belaan'. Kalau tengok kat pokok tu macam ada satu paku. Jadi siapa-siapa yang buang paku tu, automatik orang yang buang paku tu akan jadi 'tuan baru' kepada belaan terbabit.

Selang beberapa tahun, pokok tu ditebang. Kecoh sekampung bila orang nampak kat dahan atas pokok macam ada satu ' benda' rupanya macam patung kecil. Berambut panjang mata dan hidung rompong, bertaring dan berkuku panjang. Tak tahulah nak kata jenglot ke. Sampai sekarang tak tahu, apa orang kampung buat dengan 'benda' tu atau siapa yang simpan.

1 comment: