Tone Excel

Saturday, September 19, 2015

Pokok Berpenunggu Dipanah Petir

Sebenarnya dah lama aku nak kongsikan kisah seram ni. Ini adalah pengalaman dari pakcik aku yang mesra dipanggil Pakteh. Pakteh aku ni memang ada kebun. Tanah memang luaslah beb!Kalau ada semput ke aku tak suggest korang ke sini. Biasalahkan, bila kita dah masuk ke hutan-hutan ni memang dah jadi tempat dia. Jadi, aku nak share dengan pembaca tentang satu pokok yang berpenunggu ni.


Dalam bulan Ramadhan tahun ni, aku dapat panggilan dari makteh aku, buah durian dekat kebun pakteh dah gugur. Wah.. buat "Hantu Durian" macam aku ni, nyata berita ni memberi aku khabar yang gembira.Aku terus ke Puchong ke rumah Maklang sebab kami naik satu kereta. Senang. Akhirnya sampailah kami ke Tampin, Negeri Sembilan.

Mula-mula kami sampai petang tu, pergi kebun tengok-tengok durian dah tak ada. Pakteh aku pun bengang, sebab katanya pagi selepas sahur dia memang dah longgokkan durian ni kat satu tempat. Katanya, mesti orang-orang yang dia kenal jugalah yang ambil tu.Kami pulang hampa petang itu. Tapi, keesokan paginya selepas sahur kami memulakan misi menjejak durian.

Wah pagi itu, hasilnya memang cukup lumayan... banyak durian yang best kami jumpa. Ajaibnya, walaupun kami bermandi peluh sampai naik hangit ketiak pun, kami tak berasa letih langsung sepanjang hari itu.Mungkin keberkatan bulan Ramadhan ataupun mungkin inilah hikmahnya sebab kami teraniaya petang semalam ceh!. (Mohon gelak).

Waktu tengah cari durian ni lah Pakteh aku terbuka cerita. Dekat puncak kebun paling atas sekali ni ada satu pokok besar.Kata Pakteh aku, dia sendiri tak nafikan mungkin pokok itu agak 'keras' sebab macam ada penunggu. Katanya setiap kali kalau dia lalu bawah pokok ni, tak sah kalau bulu roma dia tak meremang.

Pernah satu kali, Pakteh aku balik dari kebun, bahu dia terasa berat sangat.. Tiba-tiba ada orang nasihatkan suruh pakteh aku pergi berubat.Sewaktu dalam sesi berubat, dapat tahu 'benda' yang bertenggek atas bahu tu rupa-rupanya 'betina'. Wargh...kakkakah patutkah miang, dasar "betina" hahhaha.

Nak dijadikan cerita pada satu hari ada petir. Dalam banyak-banyak pokok yang ada dalam kebun tu, pokok yang Pakteh aku maksudkan itu je yang kena panah petir.Tapi kata pakteh aku, lepas pokok tu kena petir, setiap kali dia lalu kat situ dah tak ada lagi dia merasa meremang macam dulu lagi.

Jadi dibawah ni, aku kongsikan lagi dua gambar pokok yang dikatakan berpuaka ni. Seperti yang kamu lihat, ada kulit dia dah terkopak sebab kena panah petir.


No comments:

Post a Comment