Padah Membuat Perjanjian Syaitan, 3 Keturunan Disumpah Mati

Cerita ini disampaikan oleh seorang yang bernama Ita (bukan nama sebenar). Cerita ini terjadi kepada kenalannya di Utara tanah air yang dikenali sebagai Maz (juga bukan nama sebenar).
Menurut Ita, nenek moyang sebelum Maz telah membuka tanah (meneroka tanah baru), didalam hal ini telah terjadi rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.

Yelah, mana taknya, dalam hal ini ada satu pihak yang tidak berpuas hati. Oleh hal yang demikian ada yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghancurkan keturunan Maz.

Entahlah.. ada yang kata perjanjian tersebut dibuat bersama jin Islam. Tetapi agak mustahil jika jin Islam terjebak dengan kancah tersebut. Ada juga yang mengandaikan jin tersebut dikenali sebagai bajang yang menjaga tanah terbabit.

Sebenarnya keluarga Maz iaitu mak ayah, nenek moyang sebelumnya sudah mati akibat penyakit misteri. Sehinggalah pada satu hari Maz juga mengalami penyakit yang sama.

Akhirnya pada satu hari, keluarga Maz berjumpa dengan seorang hamba Allah. Katanya, Maz sakit bercampur iaitu terdapat elemen-elemen mistik di dalam penyakit tersebut.

Hamba Allah tersebut mencadangkan agar suami Maz berubat secara perubatan tradisional. Proses perubatan tidak boleh dilakukan dirumah, maka perubatan tersebut dibuat dirumah mak saudara Maz.

Mengapa rumah mak saudara Maz? Ada sebab mengapa. Kononnya mak saudara Maz ada membela hantu raya. Mak saudara Maz sudah tua, mungkin oleh kerana itulah dia mula ingin memberikan belaannya kepada sesiapa yang terdekat.

Cara dia memberi belaan ini semudah seperti dia memberi kain kepada orang lain. Tetapi kain tersebut bukan kosong. Ingat tu!.

Ok lah berbalik dengan cerita Maz, hamba Allah tersebut berpesan. Bila malam nanti naik ke atas bumbung. Jadi suami Maz naik ke atas bumbung. Pada waktu itu suami Maz terlihat ada banyak atap-atap yang lusuh cuma ada satu sahaja yang masih berkilat!.

Memang betullah, dekat situlah adanya 'benda' itu menumpang. Malam itu hijab suami Maz terbuka. Suami Maz lihat dengan mata kepalanya sendiri, ada satu benda putih bersayap kemudian terus terbang.

Bagaimana proses perubatan itu berlaku, Ita pun tak ingat. Tapi yang pasti, selepas itu Maz tiba-tiba sembuh. Sedangkan sebelum ini Maz seperti sudah teruk bertebuk sana bertebuk sini sebab dah masuk kan?.

Setahun selepas itu, Ita dapat berita mengejutkan Maz meninggal sewaktu dalam perjalanan, betul-betul atas pangku suaminya.

Dapat tahu, rupa-rupanya keluarga Maz lupa nak buat satu lagi perjanjian iaitu hendak memberi makan kepada anak-anak yatim.

Tetapi macam itulah, ajal maut ditangan Allah. Bertambah misterinya pada malam kematian Maz, mereka ternampak seorang lelaki tua sedang menghisap rokok dihadapan rumah sambil tersenyum memandang ke dalam rumah. Wallahualam..

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  3. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts