Anda Mempunyai Panca Indera Keenam? Jom UJi Mata.. Ada Berani?



Aku dapat gambar ni dari admin Kepala Hotak Kamu (KHK) yang merupakan sebuah laman troll yang popular di Malaysia. Tiba-tiba lepas maghrib, salah seorang admin yang dikenali sebagai Parjo memuatnaikkan gambar ini. Katanya hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh melihat ada 'sesuatu' dalam gambar ini. Ada berani? Jom uji mata, samaada korang ada panca indera keenam (sixth sense) atau tidak.


Kalau korang jengah ke page sekarang ni, korang tak akan jumpa lagi gambar ni. Sebab admin ni dah padam, kata admin dia sudah berbual dengan seorang ustaz yang berada di luar negara, makhluk yang ada dalam gambar ni kononnya makhluk ni memang sudah lama berada diluar rumahnya, cuma bila dah dipertontonkan di khalayak ramai, 'benda' ni jadi marah.

Sekarang 'benda' ni mungkin sudah berada didalam rumah. Salah seorang likers page terbabit pun komen kononnya makhluk ni jembalang. Ada juga yang komen kononnya nampak benda ni dalam wujud syaitan betina.

Lama-lama admin ni dah terangkan gambarnya, aku pun tilik punya tilik, aku pun macam perasan ada something dalam gambar ini. Jadi mana yang aku bulatkan ni, adalah benda yang aku nampak bila tenung lama-lama.

Pada mulanya aku nampak macam ada 4 ekor.. bila tengok betul-betul macam ada lima ekor. Aku puas tunjukkan dekat adik aku, adik aku memang tak boleh nampak apa-apa. Jadi, dekat sini aku nak tunjukkan kat korang.

Kalau korang lemah semangat, tak digalakkan melihat gambar ini dengan lebih lanjut. Jadi mana yang aku bulatkan ni, adalah benda yang aku nampak dengan mata aku lah ye.. Kalau korang tak boleh nampak juga, maka mungkin korang pun tergolong sama macam adik aku, dia pun tak boleh nampak apa-apa. Ataupun mungkin hanya perasaan aku sendiri. Wallahualam..


Hah? Nampak tak? Kalau korang tak nampak jugak biar aku explain dari kanan gambar ye. Nampak tak belah kanan sekali yang paling lonjong? Kalau korang nampak macam ada satu syaitan betina merenung korang tajam. Sebelah dia pulak yang aku bulatkan pun rupa syaitan betina, kemudian ada dua bulatan kan sebelahnya? Biar aku explain, yang belah atas nampak macam rupa binatang, macam anjing gitu, kemudian bawahnya nampak mata yang tajam. Last sekali, belah kiri sekali bulatan korang akan nampak satu wajah yang jelas, mata dia memang bulat, dekat dahi dia macam ada bulatan tak pasti samada bulat tu bunjut 'pocong' ke apa. Sebab kalau pandang lama-lama macam pocong pun ada juga.

Kalau korang boleh nampak, maksudnya korang sama dengan aku. Kalau tak, jangan kecewa ramai lagi yang tak boleh nampak. Macam admin ni kata tadi, cuma orang-orang tertentu je boleh lihat. Walau bagaimanapun, aku sendiri tak pasti. Apakah yang aku lihat ni sama atau tak seperti yang admin ni lihat. Atau cuma aku ni je yang perasan ada sixtsense kahkahkahkah.

Sebab admin ni cuma nampak seekor sahaja. Kesahihan gambar ini juga tidak dapat dipastikan. Apakah benar dan apa motif admin ini mengambil gambar tersebut tak dapatlah aku pastikan. Seperti yang pernah saya katakan, anggap sahajalah blog ini sebagai hiburan dan janganlah mudah terikut-ikut.

Wassalam..


Comments

  1. Hmmmm nmpk mcm ad 7 pnmpakn, mmng ad, tpi jgn tkut ykin pd Allah SWT

    ReplyDelete
  2. Berdasarkn pd pngalaman saya, benda mahluk jin ne, selalunya mngikuti org yg lemah semangat atau di suruh untuk mnganggu iaitu melalui sihir & sebagainya, sya cuma perawat ruqyah sambilan....l

    ReplyDelete
  3. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts