Arwah Atuk

Entri kali neh, cerita pasal Arwah Atuk aku. Kami semua cucu-cucu dah maklum yang Arwah Atuk neh memang garang @ bengis orang nya, terus terang aku katakan, walaupun begitu, tapi dia seorang yang penyayang. Pemergian Atuk, memang sesuatu perkara yang memang tak terjangkakan. Sebab sewaktu hayat beliau, kami cucu cucu Atuk, tak pernah tengok Atuk sakit terlantar dan sebagainya, cuma hari-hari terakhir dia sebelum meninggal dunia, itupun Atuk pergi dia tak menyusahkan orang,, yerlah maaf cakap lah, setengah orang-orang tua kadang-kadang nak-nak dapat yang macam sakit terlantar tak boleh bangun, kena beri perhatian yang penuh, tapi Arwah Atuk sakit sebab satu malam tu tiba-tiba dia mengadu sakit perut, bawak pergi hospital, doktor cakap, Atuk ada ulser perut.

2,3 hari sebelum Atuk meninggal dunia, Makcik-makcik dan sepupu aku bercerita, masa tu kat hospital, nampak Arwah Atuk macam dah sihat, dah boleh angkat tangan bagai, dah selera makan, tapi rupa-rupanya tu lah kali terakhir nampak Atuk sihat dan bertenaga sebab  2, 3 hari lepastu aku dapat panggilan dari makcik aku, Maklang, yang atuk dah nazak, aku terus meraung,, sebab aku betul-betul tak sangka yang atuk dah nak meninggal.

Sebenarnya, sebelum atuk meninggal, Maklang ada telefon aku beritahu atuk masuk wad, aku tanya gak lah kenapa? Maklang cakap atuk sakit perut. Aku cuma ingat Atuk sakit biasa jer, sebab aku tak pernah tengok Atuk tu sakit, demam pon tak pernah lah kot. 

Dalam aku dok meraung, nasib baik Abah aku rela hati hantar kami adik beradik dengan mak aku sekali pulang ke kampung, Tampin, Pulau Sebang, Negeri Sembilan. Aku memang respek @ salute dengan bapak aku, walaupun dia dah bercerai dengan mak masa kami tingkatan 1, tapi abah tetap jugak masuk tengok mayat atuk buat kali terakhir, dan malam tu jugak abah terus pulang ke Selangor.

Jangkakan nak kebumikan jenazah atuk malam tu jugak, tapi disebabkan salah seorang makcik aku belum sampai, sebab dia tak ada kenderaan, maka Jenazah Atuk dikebumikan keesokan paginya, malam tuh kami semua cucu-cucu atuk, makcik-makcik tak henti-henti baca Al-Quran kat sebelah jenazah atuk, aku siap tidur sebelah jenazah atuk lagi, aku betul-betul ralat sebab aku tak tengok atuk masa dia kat hospital. Itulah kekesalan yang paling besar aku rasa dalam hidup aku waktu tu.

Keesokan paginya, dalam pukul 11 macam tu, Jenazah Atuk selamat dikebumikan. Makcik-makcik aku berpakat nak buat kenduri Tahlil 3 malam (tak silap aku).Aku masa tuh ngam-ngam tak keje lagi dapat lah aku duduk lama sikit kat kampung.

Korang mungkin dah biasa dengar, malam pertama kematian, roh akan kembali ke rumah. Nak dijadikan ceritalah, lepas jenazah atuk dikebumikan, malam tuh makcik-makcik aku buat kenduri. Dah lepas kenduri kami semua masuk tidur, kami selesa tidur diruang tamu beramai-ramai, aku ni memang jenis susah nak tidur malam sebenarnya, tengah-tengah malam, waktu tu semua dah tidur nyenyak, aku dengar dekat dapur macam ada orang tengah susun barang-barang, macam bunyi periuk, pinggan mangkuk macam tu lah. Tiba-tiba aku teringat, masa Atuk hidup, Atuk memang rajin orangnya, rajin buat kerja rumah, mencuci semua tu lah, sampai sekarang aku ingat, dekat dapur dia ada tadah air dalam satu tong merah, kalau nak masak air, memang akan guna air kat dalam tong merah tu jer, sebab mengikut teori Arwah Atuk aku ni, dalam air paip walaupun dah bersih dah letak klorin, tapi masih ada debu/hama dalam air tuh, bila simpan air dalam tong merah, debu/hama akan mendap kebawah, jadi, kita cuma cedok air tuh kat bahagian atas jer lah,lepastu jimat tak payah beli penapis air.. hahahah geliga Arwah Atuk aku ni taw. 

Selepas Arwah Atuk meninggal, memang kami semua tak guna lagi dah air dalam tong merah tuh, setahu aku lah masa tu baru jer satu hari atuk meninggal, kami dah tak ingat nak guna tong merah tu. Jadi, masa malam atuk dikebumikanlah aku terdengar macam ada orang bukak tong merah tuh, macam ada orang cedok-cedok air kat dalam tuh.. Ya Allah,, aku cuma mampu berdoa "Ya Rabbi, kalau betul tu atuk, biarkanlah dia, aku tahu, atuk tak akan mendatangkan kecelakaan kepada kami, atuk sayang kami, tapi jika itu gangguan syaitan, jauhilah kami dari gangguan/mara bahaya makhluk yang direjamMu itu Ya ALLAH.."

Lepastuh aku tak ingat pukul berapa aku tertidur.

Selepas atuk meninggal, Arwah Atuk kerap masuk dalam mimpi aku.. Tak tahulah kenapa aku asyik mimpi atuk, mungkin aku asyik ingat kat atuk, antaranyalah aku termimpi arwah atuk marahkan aku suruh aku baca Yaasin, aku mimpi aku bersama dengan Wan (Nenek, dekat sana kitorang panggil nenek, Wan) naik kereta dengan atuk, ada jugak aku mimpi Arwah Atuk datang kerumah Arwah Moyang kat Melaka, dia pakai kain batik hitam.

Sekarang neh agak lama aku dah tak mimpi atuk... Tiba-tiba aku rasa rindu kat dia.. Tak tahu kenapa aku rindu sangat kat atuk...

Comments

Popular Posts