Saka Keturunan???

Bunyi macam antara percaya dengan tak percaya jer.. Tapi tu lah yang mak aku ceritakan. Mak aku cakap Arwah nenek aku dulu ada saka, tapi dah buang larut kat sungai katanya. Aku tanya mak, macam mana cara arwah nenek tu buang saka tu sebenarnya? Kata mak aku, caranya macam arwah nenek aku tu dulu pergi hanyutkan 'saka' tu kat sungai.

Aku pelik, aku tanya mak aku balik, kenapa saka tu  nak kena buang kat sungai? Sungai kan kecik jer, kalau buatnya orang pergi memancing ker ape ker tak ker naya jer kalau orang ter 'ambik' 'bende' tuh?.
Mak aku cakap, arwah nenek aku hanyutkan bende tuh, guna daun .

Haish, lagi aku pelik.. bukan kita buang saka selalunyer yang pernah aku nampak kat filem-filem dia masukkan dalam botol atau pon dia simpan dalam jagung rebus lepastu dia tanam, ataupun botol tu dia hanyut kat laut..

Dengan kemudahan taknologi yang ada skang neh, aku pon start meng 'google' sampailah aku terjumpa beberapa blog dan artikel tentang saka . Aku tak ingat blog mana.. Aku carik jugak tentang kaedah yang dibuat oleh arwah nenek seperti yang didakwa oleh mak aku, hanyut bende tu kat sungai guna daun. Tapi sebaliknya pulak aku jumpe, aku terjumpa artikel tentang 'ancak' dan 'sangkak'.

Untuk pengetahuan korang, ancak dan sangkak neh macam kita beri makan kat hantu, kaedah dia letak makanan atas daun pisang, sama ada di atas busut atau hanyutkan kat sungai. Kalau tak silap aku lah, upacara menghanyutkan makanan kat sungai untuk bagi hantu makan memang popular kat Thailand.. Tak silap aku, kalau kat sana (Thailand), upacara memberi makan kat hantu dengan kaedah menghanyutkan makanan kat sungai neh upacara tahunan kedua popular selepas 'Song Khran' (Pesta Air).

Lepastu aku berbalik dengan mak, aku cakap terus terang 'Mak, yang sebenarnya, yang mak cakap arwah nenek dah buang saka tu kan, sebenarnye betul ker nenek dah buang?". Mak aku cakap, "Dah, dia hanyut kat sungai bende tuh ".. Aku pon tak puas hati perlukan kepastian, aku cakap balik "Mak, Along google kat internet, kalau hanyut bende kat sungai guna daun,, ada dua daun, pertama daun kelapa , kedua daun pisang, yang itu sebenarnya bukan buang saka mak, yang itu bagi hantu makan"..

Mak aku tu macam tu je lah, bila aku cakap, dia buat dengar tak dengar  jer.Tapi aku bertegas, aku suruh jugak mak aku buang kalau betul bende tu ada lagi . Nak dijadikan cerita, mak aku carik lah Pakar, yang konon-konon nya pandai membuang saka, dia jumpa pakar tuh, masa tu aku tak ikut, yer lah dia pergi dengan kawan-kawan dia.. Aku pon pelik, mak aku neh kalau bab-bab berubat tradisional neh,, mesty banyak jer port dia.

Nak dipendekkan cerita, mak aku dan kawan dia pergi berubat, pakar tu siap pesan bawak botol. Mak aku bawak lah botol, seperti apa yang diceritakan, cara pakar buang saka tuh dengan cara dia menekan hujung jari kaki (kesepuluh jari kaki) satu per satu dengan lada hitam, kat tempat mana yang sakit, kat situ lah bende tuh duduk.

Lepastu, kat salah satu jari kaki mak aku, dia terasa sakit yang amat, pakar tuh suruh dia tahan.. Last2 saka mak aku tuh, dia masukkan dalam botol. Rupa saka mak aku tuh boleh menjelma kat dalam botol, rupa saka mak aku tuh seolah-olah macam lembu. Sama hal jugak dengan kawan-kawan mak aku yang lain, ada yang saka dia rupa harimau, dan yang paling seram yang rupa pocong pon ada. Aku memang tak tengok secara live, tapi aku tengok dalam henfon salah seorang kawan mak aku, memang penampakan bende tuh jelas.

Sejauh mana kebenaran bende neh, aku pon susah nak percaya, macam tak diterima dek akal pon ada.

Sebenarnya, kalau mengikut cara perubatan Islam lah, saka neh bukan senang nak buang macam tu ajer.
Korang kene selalu baca-baca atau pon dengar bacaan ayat ruqyah . Lepastu, korang baca ayat-ayat Al quran tertentu dekat segelas/ sebotol air, korang jadikan air tuh macam air minuman harian korang. Tak silap aku air yang dah siap dibacakan 30 juzuk Al-Quran tuh dah dijual semakin meluas kat pasaran, nama dia Air Anugerah, dulu dalam botol biru jer, sekarang neh aku tengok dalam botol pink (serius aku tak wat lawak neh) pon ade gak.

Kalau betul seseorang tuh ada saka, waktu korang minum air tuh,  korang akan rasa pijar/ panas kat tengkuk. Korang terus jer minum air tuh, jangan berenti. Amalkan minum air tuh selalu. 

Comments

Popular Posts