Tone Excel

Wednesday, September 18, 2013

BOMOH EKOR

Untuk pengetahuan korang, aku ni selalu sakit. Selepas aku berubat dekat Darussyfa dulu, aku still jer sakit-sakit. Dari rumah aku nak pergi Darussyifa memang agak jauh, Bangi kot.

Kebetulan masa mak, bapak tiri & pakcik aku ni  nak g berubat , aku pulak tiba-tiba demam tak kebah-kebah. Sebenarnya, asalnya bapak tiri aku yang nak berubat sebab gigi dia sakit. Selepas maghrib, kami pon bergerak berjumpa Pakar Perubatan Tradisional, biarlah aku kenalkan nama Pakar tu Pak Ali.

Masa aku sampai kat rumah Pak Ali, aku nampak dia tengah ubat kan orang, kami pon tunggu lah sampai kitorang punya giliran...

Kemudian aku terlihat, ada 3 wanita yang bukan warganegara sini keluar dari bilik Pak Ali, bilik untuk tempat dia berubat. Aku tahu lepasni giliran kitorang lak.

Bila aku masuk jer bilik Pak Ali, aku mula tak sedap hati, aku tengok perkakasan bomoh dia,, ada sebesen air dia rendamkan batu, ade limau purut, bekas kemenyan dan KERIS.. oh ya,, ada tulang sekali,, kata Pak Ali konon-konon nyer Tulang Rimau, cis tulang rimau ker tulang b**i.. bukan lah aku nak perlekehkan tapi dah nampak sangat macam menyimpang.

Aku kuatkan tekad, aku tak nak berubat dengan Pak Ali neh,, KHURAFAT.. tiba-tiba aku rasa kepala aku sakit yang teramat sangat,, memang sakit, macam nak mampus rasanya. Lepastu Pak ALi senyum tengok aku, dia siap tegur "Napa dik?",, aku pon jawab "Kepala sakit".. lepastu Pak Ali tu boleh lak cakap "hurm.. patotlah,, kat kepala & bahu ko, ada 3 ekor tengah bertenggek,, xpe2 tunggu jap,, nanty Pak Cik ubatkan ko".  Ya Allah, tak leh blah aku dengar orang tua tu punya statement,, 3 ekor ape? hurm.. mungkin 3 ekor nyamuk kot,, getus ku dalam hati untuk menyedapkan hati.

Lepastu, aku plak dipanggil untuk mengadap Pak Ali,, aku memberi isyarat kepada emak,, aku geleng kepala, aku tak nak berubat dengan Pak Ali,, lain macam jer.. tapi aku tak boleh mengelak,, mak aku beriye2 memaksa aku,, haish,, aku banyak2 kan berzikir dalam hati,, kemudian Pak Ali memulakan proses perubatan dengan membaca Bismillah,, lepastu aku tengok dia hanya berkumat-kumit ayat tak jelas,, tak macam aku berubat dengan Darussyifa,, bacaan ayat-ayat nya jelas, ayat-ayat Al-Quran.. Sebenarnya, aku ni bukan lah Promoter Darussyifa,, asyik nak bercakap pasal Darussyifa jer,, sebab aku dah alami berubat Darussyifa, simple jer, datang jumpe Pakar Darussyifa, dorang baca ayat2 ruqyah lepastu balik minum air ubat tu & ikot jer saranan pakar. Orang2 kat Darussyifa tuh tak de lah nak mengarut-ngarut cakap, kau terkena buatan orang ker,, ade berapa ekor hantu ker  kat badan ko.

Ok lah berbalik semula pengalaman aku berubat dengan Pak Ali, selepas dia berkumat-kamit dia merenjis aku dengan air rendaman batu yang aku nampak masa mula2 masuk bilik tadi,, lepastu dia tepuk tapak kaki aku, tak semena-mena aku menangis teresak-esak... aku rasa sebak sangat,, aku tak tahu nape aku nangis.. lepastu boleh lak  Pak Ali tu cakap dekat mak , bapak tiri & pakcik aku " tengok,, bende neh menangis".

Ya Allah geramnyer aku,, boleh lak dia cakap 'bende' yang menangis?? wei, aku lah yang menangis sekarang neh, ko tak nampak ker?(jerit aku dalam hati,, aku sabar n tahan jer).

Selepas tuh, dia rendam cincin dia dalam segelas air,, suruh aku minum,, aku pon bodoh pergi minum jer air tuh..

Lepas malam tuh, itulah malam terakhir aku berubat dengan Pak Ali,, air ubat yang dia bagi tuh aku tak minum pon.

Selang beberapa hari, mak aku telefon,, ajak aku berjumpa dengan  Pak Ali, konon2 nyer aku berubat haritu tak habis, aku mengamuk lah aku cakap, aku tak nak pergi lagi..

Aku ingatkan lepastu takde pape dah . Petang esok nyer lak,, mak aku telefon lagi "Along, Pak Ali kata, kalau tak nak berubat dengan Pak Ali lagi, Pak Ali mintak bagi ayam hitam seekor nak putus ubat ".. Mintak maaf lah, aku terus hilang hormat dengan mak aku, aku menjerit aku siap warning,, jangan kacau aku dan telefon aku waktu ofis semata-mata nak bercakap pasal Pak Ali.. mak aku kata lagi "tolong lah along,, jangan keras kepala,, kalau tak nanti kau sakit, lagi teruk lagi tau ".. aku macam kesian melihat mak aku yang agak naif,, aku tahu, sebagai seorang mak, mahukan yang terbaik untuk anak nya, tapi masalah nya, mak aku sudah berurusan dengan orang yang salah,, dengan cara memilih Pak ALi sebagai Pakar. Aku pon merendah kan suara sambil berkata pada mak "Mak, takpelah , along tawwakal jer ape nak jadi lepas neh,, lepasneh kalau sakit pandai lah along berubat dengan Darussyifa ker,, Ayah Cik (bapak sauadara aku yang pandai berubatkan orang) ker...".. lepastu mak aku hanya cakap, "sukati kau lah " dia terus matikan telefon.

Tujuan aku menulis pasal pengalaman aku neh, bukan lah aku berniat nak 'condemn' atau jatuhkan orang-orang yang tertentu,,cuma aku nak lepasni kalau siapa2 yang nak berubat dengan Pakar Tradisional ade beberapa perkara korang kene alert :

1) Pakar tu sembahyang tak?

2) Ade tak dia berubat guna pakaian/seragam tertentu macam kaler kuning lah,, hitam lah (pakaian persilatan) atau pon hijau (konon2 nyer jin islam)

3) Ade tak perkakasan perbomohan yang pelik2 macam Kemenyan, tangkal, azimat, tulang, keris.
Tak silap aku,, perubatan yang menggunakan keris neh Bomoh Ekor . Tiba-tiba aku teringat masa aku berubat dengan Pak Ali, memang ade jer orang g mintak nombor ekor kat dia (Nauzubillah),, tapi kalau nak mintak nombor ekor, Pak Ali mintak syiling lama sebagai pengeras.

4) Mintak pengeras atau syarat yang pelik-pelik contoh macam pengalaman aku lah neh, mintak ayam hitam nak buat putus ubat.

5) Pastikan bacaan-bacaan yang dibaca kan kat korang jelas dan  korang faham yang ayat dia baca tuh ayat-ayat quran, Korang jangan silap, asal korang dengar  Bahasa Arab jer korang ingat Ayat Quran. Sama jugak hal nya, walaupon pada awal perubatan korang dengar macam Pakar tuh baca Bismillah,, lepastu terkumat kamit,,


tu jer lah yang aku ingat,, kalau korang nak tahu lebih lanjut,, korang google search jer lah,, Ciri-Ciri Bomoh Yang Mengamalkan Sihir, Pakar Ilmu Hitam,,, atau pun ape2 jer lah..

Sekali lagi aku mintak maaf kalau penulisan aku ni  menyinggung mana-mana pihak. Pada pendapat aku,, bende2 yang melibatkan jin kafir dan setan neh,, bukan sahaja beri kesan sampai mati, malahan boleh mengganggu gugat orang-orang yang hampir dengan kita. So, dengan pengalaman yang aku ada,, aku rasa macam tertarik nak berkongsi pada yang sudi .


P/S : Aku lupa nak cakap,, aku ade google image Tulang Rimau,, ternyata Tulang Rimau yang aku tengok dalam Internet dengan Tulang Rimau yang aku tengok kat Rumah Pak Ali TAK SAMA. Tulang Rimau yang aku tengok dalam Google Image, tulang nyer pipih atau leper,, sebalik nya Tulang yang aku tengok kat Rumah  Pak Ali ,, tulang nyer gemok, seolah2 macam tulang haiwan berkaki 4, macam lembu, kerbau tapi aku rasa bukan tulang kambing, Sebab tulang tu memang besar,,




6 comments:

  1. Wei.....aku pun pernah tjebak gak secara x sengaja... pegi rmh br nmpok peralatan mcm2...mcm ko gak la nk elak x blh....lps tu mmg aku x pegi lg la...1st and last la tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha,, ntah2 tempat yang ko pergi tuh sama dengan aku kot

      Delete
    2. Kat mana tu.sama ke tmpat sya pgi dlu iaitu pak Ali kota tinggi?

      Delete
    3. kat mana alamat Pak Ali ni

      Delete
  2. Pak Ali yg kat kulai ke?

    ReplyDelete
  3. Boleh kongsikan tak kT kitorang. Nom.phone or address pak Ali ni. Tq.

    ReplyDelete