Lanchong Jaya

Setahun aku menetap di Melaka, kami dua beradik berpindah mengikut abah di Lanchong Jaya, Seksyen 28, Shah Alam. Walaupun Lanchong Jaya hanya kawasan kampung seperti Bukit Lanchong, tapi tempatnya bersih dan indah. Aku, adik dan abah menyewa dekat satu rumah, rumah tu tak lah terlalu besar, tapi cukup selesa untuk kami diami 3 beranak.

Dalam usia 14tahun dan adik ku baru sahaja berusia 13 tahun, kami sudah terbiasa tinggal dirumah 2 beradik di saat ketiadaan abah. Abah hanyalah seorang bapa tunggal, tapi dia tabah dan nekad membesarkan kami dua beradik. 

Sebenarnya tiada lah yang terlalu misteri tentang Lanchong Jaya neh, mungkin disebabkan kami tinggal dua beradik bila abah kerja malam, jadi kadang-kadang, bak kata Chom Prak (watak bomoh siam dalam cerita Kak Limah Balik Rumah), "Ado oghe nok gura (ada 'orang' nak bergurau)".  Hahahah pengalaman kami dua beradik lah, tak ada ah terlalu misteri, tapi cuma banyak perbualan atau percakapan dari mulut ke mulut.

Antara cerita yang popular aku pernah dengar,penduduk Lanchong Jaya yang sejahtera neh ,pernah ternampak kelibat Hantu Bungkus atau Pocong & pasal satu lombong puaka neh. 

Cerita pasal pochong neh bermacam-macam versi aku dengar, tapi ada satu versi neh yang aku ingat sampai sekarang pasal mak kawan aku, nama kawan sekolah aku ni Taufik Billah (bukan nama sebenar), itupun aku tak dengar dari mulut Taufik Billah mahupun mak dia, sebaliknya aku dengar dari orang ketiga, konon-konon nya ada satu maghrib mak Taufik Billah kayuh basikal nak balik kerumah, tiba-tiba dia ternampak "bende" tuh berdiri dekat celah-celah pokok atau semak. Yer lah nama pon rumah kampung, memang banyak belukar kan.. Tapi mak Taufik neh, dah nampak buat-buat tak tahu jer lah, dia terus jer kayuh basikal balik rumah, yer lah kata orang, bende-bende macam neh, memang lagi suka kalau tengok anak cucu cicit Nabi Adam takutkan dia. 

Cerita pasal Lombong Puaka ni lak, Lombong neh memang betol-betol duduk depan rumah aku masa tuh, actually situasi paling tepat yang boleh aku gambarkan, kedudukan lombong neh dekat balairaya, then rumah aku berdepan dengan balairaya. Cerita pasal lombong ni plak, tak tahulah betul ataupun kebetulan, tiap-tiap tahun ada jer orang mati lemas kat lombong tuh... Mungkin kebetulan lah kot,, sebab adik aku dulu tiap-tiap malam pergi buang sampah kat lombong tuh, tak ada apa-apa pon,, siap dekat balai raya tuh ada couple berani 'merendek' lagi depan lombong tuh. Tapi bila cakap pasal kematian, aku duduk kat situ dari tingkatan 2 sampai 5 (adalah dalam 3 tahun) memang aku perasan tiap-tiap tahun ada jer orang mati lemas kat lombong tuh.Tetapi bagi orang kampung antara kematian yang paling misteri dalam kampung tuh masa tuh ada sorang pakcik neh dia memang pandai berenang, tapi penduduk kampung pelik macam mana dia boleh mati lemas.. HUrm.. 

Kalau nak cerita pengalaman aku & adik plak,, cuma ada sesekali waktu malam, bila abah tak ada rumah jer kami perasan, dekat area rumah kitorang neh bau kemenyan, tak tau lah siapa yang bakar kemenyan.. korang mesti terbiasa bau kemenyan neh macam bau colok atau pacai yang selalu orang India atau Cina buat sembahyang tuh. Tapi pelik, kat area rumah kitorang, majority penduduk kat Lanchong Jaya semua Melayu, ntah lah,, mungkin ade lah kot,,, orang-orang kat situ suka bau kemenyan, nak halau nyamuk ker,, kami dua beradik berfikiran positif jer lah..

Comments

Popular Posts