Tone Excel

Sunday, September 22, 2013

Rumah Kampung Atas Bukit

Cerita ni masa aku ada dekat Melaka, ni atas pengalaman kawan aku yang duduk dekat rumah kampung atas bukit. Tak sangka, nasib dia sama dengan aku, dia berasal dari Gombak, Kuala Lumpur. Aku dengan dia sama-sama bersekolah dekat SMK Bukit Naning, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

 Aku sekarang pon dah tak ingat, macam mana dia boleh duduk dekat rumah tu. Mungkin rumah mak ayah dia jugak kot. Katanya, tiap-tiap malam, masa nak tidur malam, dia akan dengar bunyi orang berjalan atas atap. Tak tahulah bunyi musang ker, sebab maklumlah rumah kampung kan.

Tapi yang paling dia tak boleh lupa, dekat rumah dia ada basikal tua. Kadang-kadang malam-malam dengar bunyi orang kayuh basikal.

Dia dengan keluarga dia memang tak berani nak intai, takut lain pulak yang nampak.

So, apa yang selalu dia dan keluarga dia buat. Tiap kali lepas solat maghrib sementara nak tunggu waktu Isyak dia satu keluarga akan mengaji kuat-kuat.

Pada pendapat aku, ini bukan lah pasal rumah ni berhantu ker tidak,, sebab sana kawasan kampung, keliling rumah memang hutan belukar. Aku rasa normal kot kalau ada gangguan macam tu.

Aku pernah dengar orang tua-tua cakap, tiap-tiap rumah mesti ada penjaga. Aku cuma dengar macam tu jer lah. Nak percaya sangat tu pun tidak.

Sebab selain dari cerita kawan aku neh, ada lagi satu teman pernah cerita, nama dia Norra, Ayah dia seorang anggota polis. Masa mula-mula pindah kat Balai Polis Simpang Ampat, dia sekeluarga duduk dekat berek polis. Untuk Pengetahuna korang, Balai Polis Simpang Ampat neh, kiri & kanan dia diapit dua buah kubur, belah kanan Jirat Cina, and belah Kanan Perkuburan Islam.. hehehhe bayangkan...  Aku memang salute dengan polis-polis yang kerja shift malam kat Balai Simpang Ampat,,

Dari pengalaman Norra, dia cerita, satu malam bapak dia ada operasi, kiranya bapak takde rumah lah, tiba-tiba mak dia dengar bapak dia bersiul-siul, mak dia tegur, tapi pelik bapak dia tak menyaut. Lepastu baru mak dia  teringat, bapak dia ada pesan, operasi mungkin sampai pagi, tapi waktu tu baru pukul 1 lebih pagi.. hahahhaha kalau aku lah, kalau aku jadi Mak Norra, memang aku akan paksa laki aku carik rumah lain..

Cuma tu jer lah, beberapa pengalamam misteri dekat Melaka yang menggamit kenangan.Pada aku, gangguan tuh macam normal dekat sana. Tak ada yang pelik pon, sebab dia makhluk Allah jugak, cuma kita neh kene kuat.


No comments:

Post a Comment