Tone Excel

Wednesday, September 25, 2013

Kisah Bunuh Diri.

Cerita pertama, cerita berlaku kat tempat aku duduk sekarang neh. Sebenarnya cerita neh memang dah lama, 5 tahun berlalu, masa tuh aku dah habis tingkatan 6. Aku dah pindah dan menetap kat PJ. Terus terang aku katakan, masa mula-mula pindah ke tempat neh, aku tak berapa nak berkenan sangat dengan suasana  dan orang-orang kat sini. Kalau aku bagi tau nama tempat aku duduk sekarang neh, aku rasa dari Sabah, Sarawak hinggalah ke Perlis tahu sejarah hitam tempat neh. Nak buat macam mana dah rezeki kami disini.

Tahun pertama aku beraya kat tempat neh, dah kua berita, masa pagi raya ada anak beranak mati bunuh diri. Dengar cerita orang, lelaki neh bagi anak-anak dia minum racun, lepas dua orang anak dia mati, dia pulak minum racun tuh (aku tak pasti,, ade yang aku dengar diorang cakap dorang minum air bateri, ade lagi versi aku dengar dia minum air untuk cuci aircond, mana satu Wallahuallam,,, aku tak ada kat tempat kejadian). Aku sebenarnya tak kenal keluarga arwah neh, memandangkan aku memang tak bercampur gaul dengan masyrakat sekeliling, aku dapat tahu pon masa tuh aku tengah beraya kat Terengganu. Tapi memang aku betol-betol simpati mengenangkan nasib diorang...

Tapi biasalah, bila ade kematian yang luar biuasa contoh seperti mati akibat dibunuh, bunuh diri ataupun kemalangan akan keluar bermacam-macam cerita. Antara cerita yang pernah aku dengar, aku dengar dari sorang kakak, adik dia atau adik angkat dia kot, macam boleh nampak bende-bende atau kita panggil "Sixth Sense" (Panca Indera Ke-6)  masa malam kematian, dia ternampak, ada satu laki dengan dua budak kecik, dia syak laki yang mati bunuh diri tuh, pergi kat tempat buang sampah macam carik sesuatu, mungkin dia nak carik tilam dia,, sebab dengar cerita, orang-orang kat situ pergi buang tilam dia yang berdarah-darah tu dekat tempat buang sampah tu jer,, dorang tak cuci atau bakar tilam tuh..huhhuhuu.. ngeri jugak dengar walaupun aku tak nampak.

Lagi satu cerita yang aku dengar, pasal 3 beranak neh, ada orang pernah nampak, diorang 3 beranak pernah macam naik turun lif.. huhuhuhu .. ntah lah,, dari pengalaman aku, dulu aku ni sosial ,,  balik rumah pukul 3 pagi, subuh pun pernah kot baru balik rumah,, tak pernah lak aku terserempak dengan dorang.. bukan aku nak takbur atau cakap besar,, tapi memang nasib aku baik lah kot.. Tapi ada satu malam tu jer, aku terasa macam tak sedap hati nak naik lift, aku suruh kawan aku temankan..

Cerita ke-2 pulak, cerita dari pengalaman mak aku masa dia kecik-kecik.. Masa zaman kanak-kanak dia, mak aku tak duduk dengan mak ayah dia dan adik beradik dia yang lain. Memandangkan mak aku neh anak kembar, dia dengan Maklong aku, jadi Arwah Moyang aku ambik bela dia. Cerita mak aku, masa kat Melaka ada satu perempuan bunuh diri. Mayat dia dorang tanam bawah pokok. Punca dia, sebab dia gadoh dengan lelaki dia, sebab tuh dia bunuh diri.

Lepas permpuan tu mati, orang-orang kampung selalu nampak Arwah Perempuan tuh merayau-rayau dekat dalam kampung, especially dekat satu bukit, nak pergi ke Pekan Berisu tuh, orang pernah nampak macam dia naik bukit.

Sejauh mana kebenaran cerita-cerita di atas, tiada bukti yang dapat mengesahkan kebenarannya. Anggaplah blog ini macam satu hiburan, sama macam kita menonton cerita hantu atau cerita seram.. janganlah kita terikut-ikut.

Cuma ada beberapa pengajaran yang dapat kita pelajari ialah, macam mana berat dugaan yang kita lalui.. Janganlah sampai mengambil jalan singkat seperti membunuh diri.. Mungkin kita boleh terlepas didunia,, tapi mampukah kita menanganinya di alam sana?

Kita sendiri pon tak tahu, apa menyebabkan seseorang itu nekad untuk membunuh diri,, cuma kita yang masih hidup dan waras ni sama-sama lah berdoa agar dimatikan dalam keadaan orang beriman. Mungkin korang boleh baca ayat kat bawah neh sebagai Doa Harian Korang untuk ditetapkan iman  dalam islam :

"Robbana La Tuzik Qulubana, Ba'da iz hadaitana, wahablana, min ladunkar rohmah. Innaka Antal Wahab"

(korang boleh google search ayat neh "Doa mendapat Taufik dan Hidayah")








No comments:

Post a Comment