Tone Excel

Thursday, September 19, 2013

Rumah Kampung Tepi Jalan

Sejak tulis blog neh, ade jer bende yang dok teringat kisah-kisah misteri termasuklah cerita lama masa sekolah dulu-dulu.

Lepas habis darjah 6, masa tu ngam ngam lepas UPSR, aku mula berpindah ke Melaka untuk jangka masa setahun jer kat sana. Niat keluarga aku, nak berhijrah kat Melaka neh, nak mulakan hidup kat kampung , saja nak bertukar angin, ingatkan nak tumpang rumah Arwah Moyang (masa tu moyang ade lagi).. Sebaliknya, kehadiran kami sekeluarga di sambut oleh Keluarga Nek Jah, untuk pengetahuan semua, kehidupan kat kampung memang tak sama macam kehidupan kat KL neh.. Satu kampung tu macam bersaudara, kalau ade jer berita apa-apa memang gempaq lah korang satu kampong masa tuh.

Nak dijadikan cerita, Nek Jah ni kasi lah kami sekeluarga duduk rumah dia,, katanya sekurang2 nya adelah jugak lah orang yang jaga rumah tuh. Untuk pengetahuan korang, Nek Jah neh semenjak kematian suami dia, Tok Hussain, dia tak berani duduk rumah tu sorang2.. dia terus duduk dengan anak2 dia kat KL,, cuma sekali sekala macam musim2 perayaan baru lah dia balik rumah tuh.

Nak dijadikan citer, last2 kitorang pon duduk lah rumah Nek Jah. Nek Jah & anak-anak dia ada pesan, kalau nak tidur malam, jangan padam lampu dapur, pasal apa, kami pon tak pasti. Nak dijadikan citer, kitorang memang duduk kat rumah tu, kitorang ikut apa yang dipesan sampailah satu hari tuh..

Hah..! ni lah aku nak citer, sampailah satu malam,, kami tido, kami tertutup lampu dapur.. kalau korang nak tahu,, kalau rumah-rumah kampung , antara kampung dengan ruang tamu memang ada pintu.. kitorang pon tutup pintu dapur sekali,, masa tu, abah tak ada kat rumah, tinggal lah aku, adik laki & mak. Kami bertiga tidur di ruang tamu..

Tiba-tiba,, tengah-tengah malam, aku tak ingat pukul berapa, cerita neh pon dah 12 tahun berlalu, tapi aku ingat masa tu memang tengah malam. Aku tersedar tengah malam, aku tengok mak terkebil-kebil kat sebelah aku sebab tak boleh tidur kot. Ye lah aku percaya jer kalau dia takut sampai tak boleh tidur sebab aku terdengar sesuatu kat dapur. Memang jelas aku dengar bunyi orang tarik kerusi meja makan, bunyi pinggan mangkuk kat dapur. Lepastu,, ada satu bunyi ni memang aku akan ingat sampai bila-bila, aku terdengar bunyi orang tengah makan, seolah-olah dia tengah mengunyah ,,"Nyam,, nyam nyam,, nyap nyap nyap chap chap chap". Aku pandang mak, mak pon pandang aku, kami hanya terdiam,, kami hanya berpandangan.  Tak berani nak bersuara sekalipon...

Keesokan nya, aku berborak dengan mak pasal peristiwa malam tadi, mak aku cakap, mungkin sebab malam tadi kita tidur tutup lampu dapur,,

Haish,, sebenarnya, sebelom peristiwa neh, kitorang tido, memang selalu jer bunyi macam orang berjalan kat luar rumah, bunyi macam orang tarik pelepah kelapa dan sebagainya, tapi kami menganggap mungkin bunyi kerbau, lembu atau babi hutan merayap-rayap. Kami selalu jer berfikiran positif, walaupun Anak Nek Jah pernah jugak tegur "Korang berani yek tinggal dalam rumah ni sorang-sorang".. waktu tuh anak Nek Jah, Kak Maria datang kerumah,, melawat kami sekeluarga, bertanyakan kami soalan tuh, bunyi macam pelik, tapi aku  hanya menjawab "Alah,, siang-siang hari nak takut apa "...

Oh ya,, lupa nak cakap, sebenarnya Rumah Nek Jah dengan Arwah Moyang aku sebelah-sebelah jer... Rumah Arwah Moyang atas bukit, Rumah Nek Jah, rumah baruh.

Untuk pengetahuan korang aku selalu jer dengar makcik-makcik aku bergosip pasal kampung kami di Melaka neh,, antaranya ada yang pernah nampak kelibat Perempuan Rambut Panjang pakai baju orang Kota Tinggi merayap rayap dalam kampung, rambut Perempuan tuh panjang sampai cecah tanah, sejauh mana kebenaran cerita neh, aku sendiri pon tak tau, sebab aku tak pernah nampak,, lagi satu cerita yang agak glemer,, setiap kali kalau nak berlaku kematian dalam kampung, akan bunyi orang mengilai-ngilai tengah-tengah malam. yang pasal orang mengilai tuh pon aku tak taw cerita neh betul ker tak,, sebab aku memang tak pernah dengar pon.

No comments:

Post a Comment