Kawan...

Aku just nak share pengalaman misteri dalam hidup aku...
Dulu aku dengan beberapa kawan yang lain berkawan dengan satu kakak ni.
Kitorang semua memang respek habis ngn dia, ingatkan paling tua, paling matang lah, atau pun sekurang-kurangnya paling berakal antara kitorang, rupa-rupanya tidak..

Ok lah nak dipendekkan cerita, satu hari tu, kitorang semua plan nak ke kampung dia,, aku malas nak sebut tempat dia,, kalau aku sebut satu tempat kat Selangor neh, mesti korang leh agak jugak kot.

Tujuan kitorang semua join dia balik, niat saja-saja, Yer lah, orang macam kami ni macam tak ada kampung.
Sesampai di kampung dia, kami diperkenalkan dengan pakcik dia,, cukuplah aku perkenalkan nama dia Pak Uda.

Mula-mula tu kami semua memang hormat sangat dengan pakcik dia,, untuk pengetahuan korang, pakcik akak ni, seorang Pengamal Perubatan Tradisional. Kami semua suka-suka buat rawatan resdung di sana, padahal kat KL bersepah-sepah spa atau saloon yang tawarkan khidmat resdung neh.. Tapi takpe lah, nak cuba, lagipun rawatan yang ditawarkan agak murah. Agak-agak dah petang macam tuh, baru lah kitorang planning balik ke KL.

Terus-terang aku cakap, itulah kali pertama dan terakhir aku ke sana. Tapi kawan-kawan aku yang lain, masih lagi berkunjung ke rumah pakcik tu.. Sebab tak tahu lah, macam ade jer bende yang menghalang,.
Sebenarnya, masa kali pertama aku datang ke sana, pakcik tu ade cakap, "lepasni, kalau datang lagi, bawalah ......(adelah barang-barang yang dia suruh bawak,, aku pun tak ingat,,lagipon bukan nye penting aku nak ingat sangat)". Mungkin, kali kedua kehadiran rakan-rakan aku neh cuba bawak barang-barang yang dia mintak, sekali lagi aku ckp, aku memang tak pergi lagi dah, tapi kawan-kawan aku ada cerita, yang pakcik tu ramas-ramas barang yang dibawa, kemudian sapu kat muka. kawan-kawan aku siap mengadu,, "Aduh Sue,,, pedih kau tau tak".. hahahha aku cuma ketawa..

Kemudian, aku perasan, persahabatan kami macam bermasalah.. secara kebetulan, kami semua sakit kepala yang teramat sangat.. Kemudian kakak ni cakap, konon-kononnya pakcik dia tuh tahu.. ada seseorang hantar "barang" kat kitorang.. Orang tu laki .. warh hahhahaha ketawa aku dalam hati,, Siapa lah orang bodoh yang dengki kat kita orang neh?..

Sekali lagi, untuk kali ketiga, aku tak dapat kesana, sebab aku ada hal. Untuk kali ini,, konon-konon pakcik tu nak buang lah barang-barang yang ada kat kami neh.. Last-last nak dijadikan cerita, seorang kawan kami ni lemah semangat, dia pengsan. Sesedar dia pengsan, pakcik tu bagi dia minum air,, siap pakcik tu cakap, "Pakcik bagi air ni, (ntah lah aku tak ingat, dia suruh kawan aku tu minum ke sapu kat muka) nanti korang akan tahu siapa yang buat korang." lepastu, kawan-kawan aku ni buat lah seperti yang disaran, tiba-tiba dengan kuasa Allah (bukan kuasa Pakcik tu yer..) diorang nampak muka aku.. Masa tu aku tak taw cerita lagi..

Keesokan nya, aku pun bertanya dengan kakak tu, lepastu akak tu bercakap lah apa yang terjadi "tu lah tak sangka kan orang tu yang buat kita, dia rapat jer dengan kita, baik dengan kita".. masa dia bercerita tuh depan kawan-kawan aku yang lain,, kawan-kawan aku semua dah tahu cerita,,  Tapi, aku macam tak puas hati,, aku bertanya jugak,, siapa yang buat?.. akak tu cakap "ade lah..orang tu".. aku tak boleh lupa akak tu siap cakap kat kawan-kawan aku yang lain "Korang jangan risau, Pak Uda dah pagar (aku tak tau lah dia guna pagar apa, pagar kayu ker, besi ker atau elektrik).. konon2 nyer ,, pembuat (aku lah tu) akan terima balasan.."

Demi Allah, aku memang tak tahu,, macam mana seperti yang didakwa, diorang ternampak aku masa diorang berubat tu, Aku tak tahu menahu lansung pasal hal ni,, bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran aku,,

"Aku ada saka ker, tanpa aku sedar selama ni?"
"Aku ada hantu raya ker yang menyerupai aku ?"

Ntah lah sesak aku memikirkan nya,

Aku mengetahui kebenaran ini pon, pada satu hari aku memaksa kawan aku untuk memberitahu ape yang terjadi,, baru lah dorang bercerita "Sebenarnye Sue, yang dia dok perli2 tu hang la sebenaqnya, tapi ang jangan risau,, aku tak percaya ang buat lagu tuh, sebab aku tengok ang pon sakit..aku rasa,, lebih baik ang pi  berubat pergi Darussyifa"..

Memang aku dah agak, yang dia dok perli selama ni, aku..

Sebenarnya, aku jugak mengalami gangguan seperti :

1) Mimpi yang pelik-pelik macam dukung budak kecik,dalam mimpi tu aku rasa, aku sayang sangat kat budak kecik tuh. Selain itu aku bermimpi macam ular, aku masuk tanah perkuburan kristian, aku termimpi rahib/biarawati kristian.
2) Dalam sedar pulak, aku selalu sakit kepala, bile pergi klinik, doktor cakap aku stress.
3) Masuk minggu yang ke berapa ntah,, tengah aku buat kerja,, dok mengadap  paper work, aku perasan ada darah tiba-tiba tersembur kat liang roma kulit-kulit aku,, aku suspek aku terkena denggi,, aku pergi jumpa doktor,, pon doktor cakap aku tak ada apa2.. mngkin aku alergik atau pun stress.. stress lagi..???
4) Selang berapa hari, aku pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur,, nak cek darah, kot2 ada denggi,, pon doktor cakap tak ada apa2.. Pelik aku..
5) Tiba-tiba aku asyik terbatuk2 sampai hilang suara, aku pergi cek, doktor cuma bagi ubat biasa. Yang kali ini aku betul2 tak tahan,, memang seksa betul hidup aku,, suara aku sampai berubah garau,, sebab asyik terbatuk,, pergi hospital pon semua cek, doktor cakap aku batuk-batuk biasa, yer lah aku risau,, aku batuk sampai hilang suara,, batuk kering ker, kahak tak ada, aku takut TB.

Lepas tu, last2 aku tergerak hati nak telefon sorang pakcik aku kat Terengganu, dia dengar suara aku, dia suruh aku berubat dekat Darussyifa secepat mungkin.. Pakcik aku neh pon pandai berubat kan orang. Untuk pengetahuan korang, Arwah Atuk aku kat Terengganu ni pon Pengamal Perubatan Tradisional jugak.

Atas nasihat pakcik dan cadangan kawan-kawan yang lain, diorang semua setuju aku berubat kat Darussyifa.. yer lah dah puas berubat doktor tak berhasil kan..?

Aku ditemani dengan seorang kawan, emak dan seorang rakan mak aku bergerak ke Darussyifa selepas waktu pejabat,, sebelum aku kesana,, aku dah telefon sana nak buat temujanji, syukur, ade seorang ustaz menawarkan diri untuk mengubati aku. katanya, kalau aku ke sana, orang nya terlalu ramai,, kene ambik nombor giliran, kadang-kadang, sampai lepas maghrib pukul 9 mlm, pukul 12 baru kena panggil nombor.

Sesampai kami disana, kami bertemu dengan Ustaz Arif, pakaian serba putih, Jubah Putih, songkok putih.
Kami dipelawa masuk ke dalam bilik perubatan, perubatan tersebut dimulakan dengan bacaan ayat ruqyah. Tak tau kenapa, sewaktu ayat ruqyah dibaca, aku terbatuk teruk2,, dalam masa sama aku terasa loya macam nak muntah,, aku tak boleh kawal batuk2 ,, sampai meleleh hingus keluar,, aku sampai hilang rasa malu,, sebab keadaan aku memang tak boleh dikawal.. memaksa Ustaz Ariff memberhentikan bacaan ayat ruqyah, sambil menghulur sekotak tisu, dia tanya ok x? aku jawab ok, kemudian dia sambung balik.. Kemudian tak ade apa2 terjadi, cuma aku rasa pelik, tiba2 aku terasa panas,, padahal dalam bilik tu ada aircond.

Nak dijadikan cerita, selepas berubat kami singgah makan, kemudian terus minum air ubat dari Darussyifa tuh, terpulang lah korang nak percaya ker x.. dengan kuasa Allah,, selang beberapa minit jer, suara aku yang garau sejak berminggu-minggu beransur-ansur menjadi normal,, malam tu jugak,, suara aku dah ok,,

Malam tu sebelum tido, aku terbatuk-batuk lagi, aku pergi ke sink,, aku terasa pening n loya semacam,, tengok2,, ade satu ketul kecik berwarna merah keluar.. aku tak pasti ape bende tuh,, mungkin ketulan darah kot,, yer lah dah asyik terbatuk jer mungkin sebab tu tekak tu terluka....




Comments

Popular Posts