Ilmu Pengasih

Aku mempunyai seorang teman yang agak taksub dengan Ilmu Pengasih , Pemikat dan seangkatan dengannya. Biarlah aku namakan dia Intan.

Aku tak nafikan yang Intan agak naif dalam bab-bab Ilmu Agama. Hal ini, menyebabkan dia menjerumus dalam lembah khurafat dengan mudah. Pernah sekali dia aku herdik, bila dia terpengaruh dengan kawannya dari Negara Seberang yang mengajaknya memasang susuk yang konon-konon nya boleh dibuat solat. Susuk apa yang boleh bawak solat?


Sebenarnya, Intan sudah lama menjanda, dan baru sahaja berkahwin lagi tahun lepas selepas lebih 10 tahun dia menjanda. Aku bersyukur, akhirnya dia bertemu jodoh.

Aku tak nafikan yang Intan memang pernah mengmalkan Ilmu yang salah, walaupun kini dia memang tak mengaku bila di tanya. Aku pernah secara tak sengaja terbuka buku nya, kelihatan seperti diari, tapi aku tak nampak ada satu bende yang privacy. Buku tu lebih kepada rancangan bajet bulanan, nombor telefon. Aku hanya menyelak sepintas lalu, tiba-tiba mata aku tertancap dengan muka surat di tengah-tengah buku tersebut yang tertulis seperti Pantun :

           Kat Ku Rikat Rikat
          (Perenggan Kedua & Ketiga aku tak boleh bagi tau)
          Semoga Cantik Seperti Bidadari..
P/s : Baca sambil mengadap cermin


Terus terang, rangkap dia terlalu pendek, sampai aku boleh terhafal, aku pernah tanya dengan Pakcik aku, Ayah Cik, katanya normally ilmu yang pandang ke cermin neh ilmu memuja atau memanggil pelesit. Wallahuallam...

Sebenarnya, bukan niat aku nak mengutuk atau mengumpat Intan dekat pakcik aku, punca aku & pakcik aku bercerita pasal Intan ni kerana ada satu tahun, tahun bila aku tak ingat, Intan ada datang ke kampung aku di Kuala Terengganu.

Selepas aku dan pakcik menghantar Intan di perhentian bas, untuk Intan pulang ke Kuala Lumpur dalam perjalanan pulang, pakcik aku bukak mulut.

"Sorry lah, pakcik nak tanya, kawan kamu Si Intan tu, lain macam jer pakcik rasa, masa dia ada dekat Pakcik, sepanjang kita hantar dia pulang tadi, meremang bulu roma pakcik, seolah-olah dia macam ada pendamping "..

Agak lama aku terdiam, akhirnya aku bukak mulut tentang ayat yang aku jumpa dan aku pernah ternampak si Intan ada calit minyak dekat dagu, pipi dan dahi (macam kat kening pon ade gak), memang aku nampak secara live waktu dia sapu bende tuh.

Pakcik aku hanya beristighfar, dan dalam masa yang sama dia juga menasihati aku supaya jangan melakukan perkara-perkara yang menjerumuskan diri kita dalam perjanjian jin dan syaitan.. Akibatnya nanti jadi macam Intan. Sebenarnya, sewaktu Intan datang ke Terengganu masa tu, dia masih lagi menjanda. Sebenarnya kehidupan Intan macam tak tentu arah, seperti menjadi terlalu sensitif sebagai contoh, dia mudah terasa, dia tak boleh lihat orang macam ketawa kuat-kuat, dia macam terasa orang tu ketawakan dia.

Dia ada keluarga dan adik beradik, tapi sering berburuk sangka dengan adik beradik sendiri, itulah punca dia boleh datang beraya ke kampung aku Terengganu. Bukan tak boleh beraya di terengganu, tak salah, tapi macam agak pelik lah.

Aku sangka kan, lepas Intan berkahwin, dia berubah, tapi makin parah. Suami dia selalu menjadi mangsa, Intan bagaikan menjadi manusia yang terlalu cemburu. Bayangkan, kalau hanya perempuan melintas depan suami dia, dia akan maki dan menjerit sesuka hatinya, konon2 nya , suami dia tuh pantang tengok perempuan lain.. Padahal aku sendiri yang menyaksikan, yang suami dia bukan lah macam tu.

Haish Intan.. Intan

Tapi sebenarnya, yang paling mengejutkan aku ialah, aku pernah datang ke rumah Intan, waktu itu ketiaadaan suaminya di rumah, Suami dia bekerja shift malam. Aku terlihat coklat dalam peti ais. Aku menjerit sebab terlalu seronok, sambil berkata Intan.."Wah Intan!! Coklat!!!"..

Cepat-cepat intan menjegilkan matanya sambil berkata "Jangan! jangan makan!".. Aku terkejut seraya bertanya "Kenapa ".

"Itu untuk suami aku . Aku geram & sakit hati. Aku nak ajar dia. Pantang nampak betina!!!"

Nauzubillah... aku tak terkata apa,, apa salah suami dia, patotlah aku tengok, suami dia tu macam orang bodoh.. Macam lembu dicucuk hidung.. Suruh berdiri, dia berdiri. Suruh duduk dia duduk, Walaupun si Intan selalu menjerit dan memaki hamun suaminya di khalayak ramai, Suamniya hanya terdiam. Macam tak ada hati dan perasaan.

Sebenarnya Si Intan neh ada tekanan perasaan. Dia memang ada surat yang mengatakan yang dia sakit. Kiranya, kalau dia bunuh orang, dia tak akan didakwa dimana-mana mahkamah.

Tapi, bagi aku, Intan tak gila.

Kalau orang gila, pandai ker nak berbomoh dan menunudukkan orang ?

Mungkin apa yang terjadi dengannya, adalah kesan dari perbuatan dia, yang bersekongkol dengan syaitan.

Tujuan aku menulis kisah Intan di blog neh, bukanlah nak memburukkan Intan.Sama-sama lah jadikan pengajaran, apa yang dikatakan pakcik aku memang betol, bila hidup kita berkawan dengan Syaitan, dia akan buat hidup kita tak tentu arah..Sama seperti macam Intan.

Baru-baru ini, Intan mengadu dia sakit-sakit,, dia kata dia ada SAKA. Aku sarankan dia berubat dekat Darussyifa. Dia dah pergi berubat dekat Darussyifa, katanya konon2 nya, masa dia berubat dekat sana, dia masuk dalam bilik gelap, ada Ustazah suruh dia bukak baju, dalam bilik itu, suami dia pon tak boleh masuk, lepastu kata Intan, dia muntah, keluar kaca berkilat-kilat.

Aku pelik? dekat Darussyifa ada ker jenis perubatan yang macam tu? Aku tanya suami Intan. kata suaminya memang benar mereka berubat di Darussyifa, tapi sayang nya Suami dia tak dibenarkan masuk dalam bilik gelap. Jadi suaminya tak dapat mengesahkn sama ada benar atau tidak, ada kaca berkilat-kilat keluar dari mulut Intan.

Selepas dia berubat dekat Darussyifa, Intan mula menuduh seseorang yang bomohkan dia, yang membuatkan dia Muntah kaca. Katanya orang tu yang selalu bagi dia makan. Nauzubillah..

Padahal orang yang dia kata, yang bomohkan dia tu lah yang banyak menolong dia selama ini. Semenjak kajadian itu, aku menjauhkan diri dari Intan, bukan apa, aku takut, nanti tiba-tiba aku pulak yang bersangkut paut nanti Haish...

Sudah banyak kali aku nasihatkan Intan, kalau ada bende2 neh (maksud aku pendamping atau saka) buanglah selagi dia masih hidup. Sebab nanti bila nak mati susah.

Aku terkilan, bila Intan berani bertegas dia tak ada bende2 tuh, siap berani bersumpah atas Nama Allah.

Nauzubillah.. habistu selama ini, yang aku namapak dia calit minyak, dengan coklat kat dalam peti ais itu apa..??

Sudahlah,, ternyata Intan bukan lah manusia yang mudah untuk ditegur, aku mengambil langkah untuk menjauhkan diri dari Intan.

Semoga Allah memberi dia Hidayah untuk berubat.

Sebenarnya, kalau setakat nak Ilmu Pengasih, ada sahaja cara Islam. Iaitu Pengasih Umum..
Korang boleh Baca Surah Yusuf ( ayat berapa aku tak ingat, tapi korang boleh google) dengan Surah Toha (ayat berapa pon aku tak ingat, pon korang boleh google).

Cara-caranya tiap kali lepas solat :

1) Baca Al Fatihah.

2) Baca Surah Yussuf :

Iz Qola Yussufi Li Abihi Ya Abati Inni Ro Aitu Ahada Asyaro Kau Kabau Wash Syamsa Wal Qomaro  Ro Aituhum Lii Sajidin.. (Baca Satu Nafas).

3) Baca Surah Toha

Wa al Qaitu Alaika Mahabbatan Minni, Walitus Na 'a A'la Aiini.

P/s : Baca Ayat no 2 & 3 , sebanyak 3 kali.




Comments

  1. MINYAK PENGASIH BOMOH ORANG ASLI UNTUK DIJUAL...UNSUR PUTIH BUKAN HITAM...KALAU HITAM JATUH SYIRIK.......RM250 SEBOTOL SEKALI POSLAJU SELURUH MALAYSIA.....WHATSAPP 0163168815 ( terima kasih tuan punya blog )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts