Perubatan Tradisional Vs Perubatan Islam.

Ramai terkeliru bila sebut tentang perubatan Islam dan Perubatan Tradisional. Ramai yang menganggap Perubatan Tradisional dan Perubatan Islam adalah sama asalkan ada bacaan dalam Bahasa Arab maksudnye Ayat Al-Quran. No! No!! No!!!...

Korang kena tahu ok, ada jugak ayat yang kita dengar dalam Bahasa Arab sebenarnya merupakan mantera sihir.. sekarang ini kita didedahkan Tulisan Arab/Jawi juga digunakan ukiran untuk Kitab Injil. Aku bukannya 'racist' atau nak bercakap benda benda yang menyentuh sensitiviti keagamaan. Aku cuma nak kongsi kan apa yang aku tahu serba sedikit, selebihnya terpulang kepada pembaca untuk menilai. Aku tak ada latar belakang belajar di Universiti Al Azhar jadi korang berhak untuk pertikai di ruangan komen dibawah.

Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional jenis perubatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Bunga, Daun, Akar dan jenis-jenis tumbuhan yang lain sebagi medium perubatan. Perubatan Tradisional juga berbeza dengan perubatan barat yang menggunakan 'drug'.

 Perubatan Tradisional juga menggunakan bacaaan dan mentera mentera tertentu. Perubatan Tradisional adakalanya menggunakan simbolik dan upacara-upacara yang agak pelik. Walaupun pengamal perubatan itu menggunakan Ayat-Ayat Al Quran didalam medium perubatan nya, masih tidak boleh dianggap sebagai Perubatan Islam selagi menggunakan tangkal dan azimat walaupun ditulis dan dijampi menggunakan ayat Al-Quran.

Tidak keterlaluan juga dikatakan pengamal Perubatan Tradisional menggunakan khadam-khadam tertentu melalui jampi serapah untuk menyeru makhluk halus.

Walaubagaimanapun, Pengamal Perubatan Tradisional juga tidak semuanya syirik.

Video dibawah dapat menerangkan serba sedikit tentang pengamal perubatan Tradisional yang Syirik dan Bukan Syirik :



Perubatan Islam


Rawatan Islam dapat dilihat dari caranya, keadah, bahan yang digunakan, alatan dan juga tidak terpesong dari akidah.

Didalam rawatan Islam, tidak menggunakan bahan-bahan yang kotor seperti darah, najis dan sebagainya dalam medium perubatan Islam.

Selain itu, dalam Perubatan Islam tidak menggunkan jampi serapah yang menyeru nama-nama keramat ataupun nama-nama Jin. Penggunanaan jampi serapah dalam Perubatan Islam tidak semestinya menggunakan Ayat-ayat Al-Quran, kerana pada zaman Nabi Muhammad S.A.W . Baginda membenarkan dirinya dirawat oleh orang lain seperti kaedah berbekam. Ada juga peristiwa Nabi Muhammad S.A.W mengarahkan sahabatnya berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam penyembuhan penyakit tertentu dengan menggunakan jampi tradisi arab. Dalam hal ini, maka jelaslah rawatan Islam haruslah diperluaskan dengan menjadikan rawatan nabi sebagai tunjang dalam perubatan Islam.

Selain itu, Perubatan Islam juga tidak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan fitnah seperti perawat lelaki dan pesakit wanita berduaan sewaktu rawatan dijalankan.


Sunber Penulisan :

1) http://bmpengurusanc17.blogspot.com/
2) http://citrus-soleh.org/rawatanislam/?page_id=2

Comments

  1. Ye saya juga setuju dengan apa yang Admin tulis..sebenarnya banyak sgt terjadi seperti yg ditulis oleh Admin..

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts