Pengalaman Bermalam di Hotel Putrajaya


Kali ini sekali lagi aku nak bercerita tentang satu hotel yang berhantu kali ini di Putrajaya. Tak payah lah aku sebut nama hotel tersebut. Pengalaman dari seorang teman yang kebetulan terpaksa bermalam disitu kerana 'out station' demi memenuhi tuntutan tugas. Sebenarnya teman aku neh bukanlah check in seorang diri, tetapi dia dan beberapa lagi rakan sekerja yang satu jabatan juga bermalam disitu, cuma bilik berlainan,. Temanku yang mesra ku sapa Ika (bukan nama sebenar) pada mulanya bermalam dengan seorang lagi rakan sepejabatnya Izah (bukan nama sebenar) dalam satu bilik. Tapi pada malam keesokannya, Izah sudah pulang lebih awal.

Masa mula-mula check in disitu, kebetulan Izah, Ika dan kawan-kawan yang lain dapat bilik yang sama di tingkat 11. Kemudian Ika merasa pelik apabila penyambut tetamu disitu berkata "Take Care".. Tapi tak mengapalah, mungkin dia hanya minta Ika dan kawan-kawan yang lain berhati-hati sahajalah seperti pesanan yang biasa.

Ika dan Izah naik lift terlebih dahulu, setibanya di tingkat 11 mereka rasa pelik, keadaan terlalu sunyi. Mungkin yer lah kot, laluan hotel, tak kan lah ada orang nak main bola dekat situ.

Kemudian sedang mereka mencari bilik, tiba-tiba mereka terlihat ada dua orang 'Maintenance' sedang membaiki salah satu pintu bilik hotel ditingkat tersebut, salah seorang dari mereka menegur "Hai dik, duduk sini ker? Ok tak duduk sini?" jelas Ika dan Izah  berasa tidak selesa dengan sapaan tersebut dan terus berlalu tanpa mempedulikan mereka, getus Ika dalam hati "Aku baru jer sampai, belum duduk sini kot, yang ko beriye-iye nak tanya aku ok ker tak neh pe hal?"..

Mereka terus berjalan dan masuk kebilik. Pada malam tersebut, Izah sudah tertidur terlebih dahulu dan asyik terjaga, manakala Ika masih belum melelapkan mata sampai pukul 3 pagi, kerana berasa 'nervous' untuk 'presentation' nya keesokan pagi. Dalam Izah yang asyik-asyik tersedar sewaktu tidur, tiba-tiba pada waktu 3 pagi, Izah bersuara "Ika, kau dengar tak ada bunyi orang asyik ketuk-ketuk pintu dari tadi?".. Ika terus menjawab "Siapa pulak yang nak ketuk pintu tengah malam-malam buta pukul 3 pagi neh. Merepeklah!"..

Keesokan paginya, Ika bergerak ke dewan untuk 'Presentation', Ika perasan housekeeper disitu membersihkan satu bilik sampai 5 orang?  Tambahan lagi mereka membuka bacaan ayat Al-Quran denga kuat. Ika masih tidak berfikir apa-apa lagi. Mungkin sudah menjadi kebiasaan pekerja disitu buat kerja bersama atau pun tidak banyak bilik kosong untuk dibersihkan jadi mereka membersihkan satu bilik beramai-ramai.

Kemudian pada malam kedua, Izah sudah balik terlebih dahulu, manakala Ika masih menginap di hotel tersebut semalam lagi sebelum mengambil keputusan untuk pulang keesokannya.  Masih tidak mampu melelapkan mata, Ika hanya berbaring sehinggalah dia perasan jam menunjukkan pukul 1 pagi, tiba-tiba terdengar bunyi orang ketuk pintu, kemudian seolah-olah orang tersebut berlari.

Kemudian, sekali lagi terdengar bunyi orang mengetuk pintu kemudian berlari. Hampir dua tiga kali berulang bunyi ketukan tersebut. Tapi Ika masih terdiam dan menganggap mungkin ada budak-budak nakal yang masih lagi bermain-main diluar.

Tiba-tiba langsir disebelah katil Ika bergerak-gerak seperti ada orang sedang menyentap berulang kali. Pada waktu itu, Ika sudah mula terduduk. Terasa seperti mahu check out masa tuh jugak. Tapi dia beranikan diri, bukak tv dengan suara yang agak kuat.

Tiba-tiba...

Terdengar satu suara tangisan bayi yang agak nyaring. Memang terlalu kuat. Bagi Ika adalah mustahil jika suara tangisan itu adalah bunyi tangisan dari orang sebelah. Seolah-olah bunyi itu berada dalam bilik itu sendiri!.

Ika tidak mampu hendak berbuat apa-apa, terus selubungkan diri dengan kain selimut, entah bila dia terlelap pun tak sedar. Esoknya apabila berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat yang lain sewaktu check out mereka juga mengalami pengalaman yang sama di Tingkat 11 hotel tersebut! Ada yang diganggu dengan cara 'benda' tersebut bermain-main dengan TV, bukak tutup TV dan sebagainya.


Comments

  1. Putrajaya banyak hotel.. hotel apa berhantu tue kat tingkat 11 nak tahu gak... kena kacau ketuk intu.. bdk nangis da biasa la tue.. 5 org housekeeping bukak ayat quran.. persoalan kenapa xbukak ngaji je ni sampai nak selimut.. benda tue kalau takut lagi dai suka.. buat cam biasa.. ak byk gak kena kacau kadang2 nampak naik bulu roma tp buat cam biasa dje.

    ReplyDelete
  2. Hotel pe..kan mna2 da Bantu..tp mgkin da kisah di tgkt 11 tuh kot...sundal bolong.ke..ha4

    ReplyDelete
  3. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts