Pengalaman Membela Kuntilanak



Kali ini, aku ingin bercerita tentang satu pengalaman seorang wanita yang pernah membela kuntilanak. Sebenarnya terdapat banyak versi tentang kuntilanak, ada yang mengatakan kuntilanak adalah makhluk yang berambut putih, jika di Malaysia dipanggil polong. Tapi ada juga yang mengatakan Kuntilanak adalah Pontianak dipercayai Hantu Betina yang mati ketika melahirkan anak.

Menurut Mak Kiah ( Bukan nama sebenar), walaupun membela kuntilanak boleh membuatkan hidup seseorang itu mewah, tetapi nerhati-hatilah kelak ianya akan memakan diri. Mak Kiah menambah, makhluk itu sebetulnya hanya dia saja yang mampu melihat, jika ada orang lain yang pernah terlihat makhluk tersebut, orang itu akan diganggu sehingga meracau-racau dan boleh menjadi gila

Menurut pengalaman pertama Mak Kiah, waktu mula-mula membela kuntilanak teramatlah mudah, pada mulanya makhluk tersebut hanya mahu darah-darah haiwan, jadi Mak Kiah kadang-kala hanya memberi darah-darah seperti arnab, ayam dan sebagainya.

Tetapi semakin hari, makhluk tersebut semakin 'demand'. Kemudian, makhluk tersebut mahukan sesuatu yang lebih 'enak' seperti darah manusia. Kebetulan, Mak Kiah mempunyai seorang kenalan yang berkerja di hospital, maka senanglah Mak Kiah hanya meminta dari temannya sahaja.

Kemudian, makhluk tersebut semakin melampau apabila dia meminta uri. Kata Mak Kiah, untuk kali pertama, kedua dan ketiga boleh lah ditunaikan, tapi lama-kelamaan  Mak Kiah merasakan makhluk itu makin menyusahkan. Iyer lah, bukan senang untuk dia mendapatkan uri walaupun dia mempunyai teman yang berkerja di hospital.

Akhir sekali, Mak Kiah meminta tolong dari seorang lagi rakan sepeguruannya yang sama-sama menuntut ilmu ini, untuk membuang makhluk kuntilanak tersebut. Dengan bantuan Pak Man ( bukan nama sebenar), kuntilanak tersebut dibawa ditengah-tengah hutan, lalu dipakukan disebatang pokok.

Mak Kiah berpesan, jika ada sesiapa yang masuk ke hutan tersebut dan berada berhampiran dengan pohon terbabit, dia akan terdengar suara tangisan suara perempuan merayu-rayu meminta tolong. Jika ada orang yang melayan, makhluk tersebut berjanji akan memberikan harta kekayaan kepada sesiapa yang melepaskannya.

Tetapi bukan semudah itu, selepas ia dibebaskan, kuntilanak tersebut akan meminta pula permintaan yang lain seperti yang terjadi dengan Mak Kiah, jika seseorang itu tidak mampu memberikan apa yang dia mahu. Makhluk tersebut akan menghisap darah dijari kaki Tuan barunya sehingga habis, sehingga mati!...

Jadi berhati-hatilah. Cerita ini mungkin betul atau rekaan. Tapi kita seharusnya menjadikan pengalaman Mak Kiah ini sebagai pengajaran. Sesuatu perkara yang melibatkan jin dan syaitan tidak pernah mendatangkan kebaikan, mungkin anda akan berasa senang sekali, tetapi menderita sepanjang hayat.

Comments

Post a Comment

Popular Posts